June 04, 2011

Sayangilah ibu anda


Ketika umur setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia dua tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengah lari sambil ketawa terkekeh – kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia tiga tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia empat tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia lima tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia enam tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengah menjerit “tak nak! Tak nak!”

Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara kita mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang lapan tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia sembilan tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng sekolah.

Berusia sepuluh tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengah tidak bertegur sapa dengannya.

Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa menonton wayang, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan-kawan.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memandu kereta, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar tembok.

Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting , kita bergayut di telefon sepanjang malan.
 
Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersukaria bersama sama kawan².

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan².

Berusia 20 tahun, ibu bertanya samada kita ada teman istimewa, kita kata “... itu bukan urusan ibu”.

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita berkata “...saya tak mahu jadi seperti ibu..”.

Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot utk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan kawan “....perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuuu...”.

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut..”..ibu..., tolonglahhhh....”

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung segala perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dgn berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelifon dan memberi nasihat dan petua mengenai penjaggan bayi, kita dengan megah berkata “..itu dulu....sekarang zaman moden....”

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelifon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita berkata “kami sibuk, tak ada masa nak datang...”

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak².

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal..!! khabar itu bagaikan petir..!! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu...

Jika ibu masih ada, sayangilah ia. Jika ibu telah meninggal, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu..


4 comments:

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...