June 06, 2011

Perhatikan apabila bercakap


1. Setengah org tidak dpt bercakap dgn jelas. Mereka bercakap dalam keadaan samar2 dan terlalu berperaturan dan kaku. Mereka menyangka adalah suatu perbuatan yg hormat dgn menggunakan tanda2 kadangkala pendengar2 tidak dpt menangkap maksud dgn jelas dan kadangkala tersalah faham. Ini akan menimbulkan banyak tandatanya. Dgn itu bercakaplah dgn nada yg jelas tanpa ada keraguan.

2. Bercakaplah di dpn jgn di belakang seseorang. Bercakap di belakang akan menimbulkan sesuatu yg mengelirukan.

3. Apabila mengulangi permohonan kepada seseorang, sebutlah dgn penuh tanpa bergantung kpd apa yang telah dikatakan sebelum ini. Jgn nyatakan secara kurang sempurna atau samar2 bergantung kpd penerangan awal. Berkemungkinan sebahagian drp penangan yg sebelumnya
mgkn telah dilupai dan pendengar mgkn tersalah faham mengenai permintaan tadi jika tidak dijelaskan semula.

4. Setengah org duduk di belakang majlis sambil melawaskan tekak dan batuk agar perhatian dpt
ditumpukan kpd mereka. Jikalau benar2 ada perkara yg hendak diperkatakan, pergilah ke depan dan terangkan. Tidaklah wajar mengganggu org yg sedang bertugas. Tunggulah dia selesai menjalankan tugasnya, maka bertanyalah kpdnya.

5. Jika pada masa sesuatu tajuk tidak habis dibincangkan, jgnlah mengutarakan tajuk yg lain. Jika seorang sedang bercakap jgnlah mencelah dgn tajuk yg lain.

6. Apabila menjawab soalan, jawblah dgn penuh dan jgn jawab secara ragu2. Jgnlah menjawab dgn kenyataan2 yg bercelaru yg menghendaki pengulangan soalan.

7. Sewaktu makan, jgnlah menyebut sesuatu yg menimbulkan rasa jijik atau tidak disukai oleh org lain. Pembawaan seseorang itu tidak sama dan terlalu halus dan tidak boleh mendengar sesuatu yg jelik dan kotor disebut ketika makan.

8.Jgn bercakap didepan org yg sedang sakit atau keluarganya sesuatu yg mendatangkan dukacita serta hilang harapan utk hidup. Berkatalah dgn sesuatu yg memberansangkan utk meringankan sakit dan kesedihannya.

9. Jikalau anda terpaksa bercakap secara rahsia mengenai seseorg yg secara kebetulan ada disitu, maka jgn menunjukkan sesuatu melalui gerakan tgn atau ekoran mata kpd satu sama lain. Jgnlah menjadikannya sedar bhw anda sedang berkata sesuatu mengenainya. Ini hanya boleh dilakukan apabila perkara mengenainya memperolehi keizinannya. Jikalau perbincangan itu dilarang maka memperkatakan sesuatu mengenainya adalah berdosa.

10. Apabila menerima berita ttg seseorg yg sakit,kematian dan sebagainya, jgnlah diumumkan
sehingga anda telah sah ttg kebenaran berita tersebut. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...