June 10, 2011

apa punya pelindung negara

TAMPIN: Seorang anggota tentera dikesan menjadikan adik iparnya sebagai tempat pemuas nafsu serakahnya sejak mangsa berusia 19 tahun lagi. 

Lebih malang, mangsa yang kini berusia 25 tahun turut didera dan diugut jika melaporkan kejadian itu kepada sesiapa termasuk keluarganya.

Malah, lebih keji lagi apabila kakak kandung wanita itu turut bersubahat menyembunyikan kegiatan jahat suaminya sehingga mangsa melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia dua tahun.

Difahamkan, gadis yang tidak tahan menanggung derita apabila kerap dirogol tampil membuat laporan di Balai Polis Gemencheh, dekat sini, Jumaat lalu.

“Kejadian terakhir berlaku kira-kira jam 10 malam Khamis lalu apabila mangsa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada abang iparnya itu meminta dia pulang segera ke rumah di Gemencheh,” katanya.

Katanya, mangsa yang mengetahui musibah buruk bakal menimpanya enggan pulang ke rumah dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan suspek yang bertindak mencarinya di tempat kerja.

“Namun, belum sempat sampai di tempat kerja mangsa, suspek bertemu mangsa berhampiran stesen minyak di Pekan Gemencheh, sebelum mengheretnya menaiki motosikal dan memukul kepala mangsa dengan tangan.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah kebun getah berhampiran Taman Bunga Raya menghala ke Kampung Seri Ashan, dekat sini, lalu merogolnya. Mangsa yang tidak tahan dengan kelakuan abang iparnya itu kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintenden Mohd Isa Ujang mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu.

“Polis menahan suspek yang berusia 38 tahun bertugas di sebuah kem tentera dekat Gemas atas tuduhan merogol,” katanya.

Katanya, suspek kini di reman tujuh hari sehingga 10 Jun ini mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

mymetro - 10/6/11

(ni lagi sekoq...seorang pelindung negara tapi tak melindungi keluarga sendiri...yang si bini tu plak support laki dia...apa punya pompuan da...sanggup melacurkan darah daging sendiri untuk setan ni....kalau tak leh nak layan nafsu si suami kahwinkan je si suami dengan wanita lain biar ianya disalurkan secara halal ni dak habis dirosakkan hidup si adik tu...apa nak jadi dengan nasib anak si adik tu ya...sha heranla...takkan family si adik tu tak perasan langsung sampai dah keluar anak sorang berumur 2 tahun?...macam ni kah corak kehidupan akan datang?...ibu bapa tidak mempedulikan anak2 mereka sehingga bersepah anak2 luar nikah dilahirkan?makin maju kehidupan kita makin takut..)

5 comments:

  1. sepatutnya report masa first2 lagi..dah tujuh tahun jadi lauk..

    ReplyDelete
  2. Tak faham betul dunia skg ni...org mcm ni bukan manusia namanya.

    Sha...ada tag.klu rajin join la.

    http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/06/neenaanuar-giveaway-autumn-in-melbourne.html

    ReplyDelete
  3. bg sy isteri syaitan tu sgt lemah..apalah pegi support suami rosakkan adik sndiri

    ReplyDelete
  4. idiotlah ... must shot tis type of ppl..

    ReplyDelete
  5. fizan: tu la...masalahnya ramai yg diamkan je...

    CK: mmg pun...

    rina: tu la pasal...lemah sgt smp biarkan adik jd mangsa

    rebe: ye lor...shot at d spot

    ReplyDelete

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...