June 14, 2011

kalau anda....

kehidupan kita sehari-hari dikelilingi dengan bermacam-macam manusia & kejadian samada yg baik atau buruk....diantara kejadian2 itu siapa yang paling banyak berbuat baik?...anda? atau insan disekeliling anda?...selama sha hidup didunia ini sha telah melihat banyak kebaikkan & keburukkan...yg buruk tu kita buang tepi la...so sekarang kita fikir yang baik je ok....sebenarnya sha nak anda fikirkan apabila baca kisah2 yang pernah sha alami kat bawah ni...apa yg anda perlu fikir tu anda boleh tau di setiap ending kisah tersebut...kira macam homeworkla...kalau suka buat kalau tak suka, ada aku kesah?...hehehe

kisah1
pada suatu hari...eceh...k k...sbenarnya beberapa minggu sebelum ni sha gi atm nak withdraw cash..tekan tu tekan ni last2 sha withdraw $200...ntah apa yg dok jalan dlm pala otak sha time tu sha pun tak tau la...sha cuma amik kad atm & terus jalan...bleh sha lupa trus duit yg dah terkeluar kat atm tu...ya ALLAH...& korang tau mcm mana sha sedar pasal duit tu?...actually adalah sorang chinese guy yg berhati mulia yg beratur dibelakang sha panggil sha sambil amikkan duit tu utk sha...cer bayangkan kalau guy tu berniat jahat sudah tentu $200 sha lesap mcm tu je kan...alhamdulillah dah mmg rezeki sha kot sbb tu guy ni yg jumpa duit sha...kalau anda di tempat insan tu apa anda akan buat?

kisah 2
my mum terpaksa gi medical check up kat gov klinik yg terletak dibawah bukit yg sha tinggal...utk turun kebawah mmgla tak susah tapi bila nak naik tu yg penat specially if melibatkan orang tua & budak kecik...so pas check my mum & amzar pun berjalan la di tepi jalanraya menuju ke bukit tu...tetiba berhenti sebuah kereta sebelah my mum & seorang chinese lady offerkan diri utk tumpangkan my mum & amzar...mula tu mmg my mum tak nak cos takut tapi lepas diyakinkan oleh lady tersebut my mum pun naikla...& alhamdulillah my mum & amzar telah sampai ke rumah dgn selamat...lady tu rupanya tinggal area lain tapi sebab dia tak sampai hati tgk my mum & amzar dok jalan bawah panas terik dia pun tolongla...kalau anda tengok org tua dgn budak kecik mcm tu apa anda buat?

kisah 3
sha tinggal di tingkat 2...apart sha takde lif cos hanya 3 tingkat je...so nak dijadikan cerita satu pagi tu sha terpaksa turunkan bungkusan kotak & tin utk di recycle...kira beratla gak...terpaksala sha usung takkan nak biar my mum usung plak kan...dengan susah payahnya sha turunkan bungkusan tu sambil menyeretnya...nak usung mmg tak larat...sampai je tingkat 1 jiran sha seorang hinese lady yg ternampak kepayahan sha tu terus offerkan diri utk tolong usungkan...pada mulanya sha mmg tak nak terima cos tak nak dia susah..yela ada lagi 1 tingkat je takkanla tak leh nak seret lagi kot tapi my neighbour insist gak...so sha izinkanla je la...dah sampai ground floor sha minta dia tinggalkan tapi dia insist nak tolong usung sampai ke kreta plak....hubby my neighbour yg tengok terus dia plak yg offerkan dia usung bungkusan tu sampai ke kreta, tu pun dia nak tunggu sampai sha buka bonet nak tolong masukkan bungkusan tu tapi sha je yg tak nak lebih2...kesian plak...how sweet...hmm kalau anda tengok jiran anda dalam keadaan macam tu apakah yang anda buat?tunggu sampai dia turun bawah sambil ikut belakang dia sambil tengok dia bersusah?

kisah 4
anda tau kan sha la yg hantar & amik amzar dari kindy...walaupun dah jenuh sha cari transport tapi tak dapat2 lagi....tetiba pada suatu hari my bf shazwani nak cuti sem & dia offerkan diri nak amik amzar balik....sha yg terharu pada mulanya terpaksa setuju gak...alhamdulillah...then pada hari ini sha diwajibkan datang keja awal kul 645....kiranya kul 6 sha kena kuar umahla...kindy amzar stat kul 830...paling awal kindy buka pun kul 730, takkan nak biar amzar tunggu kat luar kot....so dlm pada sha tgh pening fikir sha teringatkan shazwani...apalagi sha pun mintala tolong dia hantarkan amzar...alhamdulillah dia setuju....walaupun hanya sehari menolong sha tapi sehari tu dah jadi macam 10 hari plak cos bagi sha bukan senang orang nak tolong buat keja tu kan...sebenarnya ni bukan yg pertama dr shazwani tapi sebelum ni masa my mum operate mata pun dia yg tolong hantar & amik cos sha mmg tak leh nak cuti sgt2 time tu...bagi sha pertolongan shazwani merupakan jasa yg tak dapat sha nak balas balik melainkan hanya doa yg sha bleh berikan utk dia....inilah dikatakan kawan kan...hmmm kalau anda la kan, if  kawan anda perlukan pertolongan sebegini anda akan buat?

kisah 5
walaupun lif di komtar ni banyak tapi bila dah terlambat sudah tentu kita kelam kabut nak naik lif yg mana buka dulu kan?...so tengah sha kelam kabut berjalan ke berlari cos dah terlambat tetiba sha ternampak ada satu lif di hujung skali dah nak bersedia utk tutup tapi seorang indian lady tolong tahankan lif itu utk sha & akhirnya sha punch cukup2 830...alhamdulillah...hmm kalau anda penah tak tolong tahankan lif utk org lain sedangkan anda sendiri dah terlambat masa tu?

kisah 6
disebabkan hanya sha seorang yg memandu di umah so bila sha takde & family sha nak gi mana2 mereka kenala naik bus...sebenarnya sha selalu gak risau bila my mum naik bus dgn amzar bukan apa kesian plak if mereka terpaksa berdiri tapi my mum inform mmg tak perlu risau langsung cos selalunya bila my mum & amzar naik bus, naik je bus tu terus ada beberapa manusia yang offerkan tempat duduk mereka utk my mum & amzar...selalunya penduduk tempatan la...jarang sgt warga asing ni nak korbankan tempat duduk mereka ni maybe cara pembesaran mereka di negara mereka macam tu kot...kalau anda sanggup ke anda korbankan tempat duduk kepada orang lain & anda plak terpaksa berdiri?

well kisah2 ni tak berhenti disini saja...terdapat lebih banyak lagi kisah melibatkan kebaikkan orang lain terhadap kita...kalau nak tulis semua terpaksa dibukukan je...

anda sedar tak soalan2 yang sha tanya pada anda? sebenarnya soalan2 tersebut bukan ditujukan untuk anda saja tetapi untuk diri sha sendiri gak...ya betul....apabila kita melihat situasi2 seperti ini kita akan hanya melihat tanpa memikirkan utk membantu tapi apabila kita sendiri mengalami situasi seperti itu barulah kita akan fikirkan samada kita penah buat kebaikkan tersebut atau tak & jika kita mencontohinya alhamdulillah tapi jika tidak hmm sedar2 la diri tu sikit ye...peace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...