June 10, 2011

patut kena rejam sampai mati tak pun sula je

KLANG: Seorang penjual barangan lusuh dijatuhi hukuman penjara 25 tahun dan dikenakan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku salah merogol kanak-kanak berusia 8 tahun dalam tandas ketika mangsa menghadiri majlis perkahwinan, di sebuah dewan sekolah, di Sekinchan, Sabtu lalu. 

Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman itu terhadap M Suresh, 27, dan memerintahkan ia berjalan mulai tarikh tangkap tertuduh iaitu pada hari kejadian.

Lelaki itu yang berbaju jersi biru dan berseluar trek dilihat tenang dengan keputusan itu tetapi mula mengalirkan air mata apabila dibawa ke lokap mahkamah. Mengikut pertuduhan, Suresh didakwa merogol mangsa dalam tandas perempuan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Kuan, di Sekinchan, antara 9 dan 9.15 malam, pada 4 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nizi Shazril Ithnin.

Terdahulu, Suresh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya dengan memberi alasan bahawa dia berada dalam keadaan mabuk ketika melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun, Nizi Shazril memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira usia mangsa yang hanya lapan tahun dan 11 bulan dan kecederaan dialaminya.

Beliau berkata, perbuatan tertuduh juga menyebabkan masa depan mangsa terjejas.
Selain itu katanya, tertuduh mempunyai dua rekod lampau berhubung kesalahan rompak.

“Hukuman untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat,” katanya. Abang ipar budak itu dengan bantuan orang awam berjaya menahan tertuduh di dalam longkang tidak jauh daripada tempat kejadian.

Akhbar sebelum ini melaporkan tindakan seorang lelaki gila seks merogol kanak-kanak di dalam tandas sebuah sekolah di Sekinchan membawa padah apabila dia dicekup orang ramai ketika cuba melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas mangsa menjerit.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa datang ke sekolah terbabit bersama kakak dan abang iparnya untuk menghadiri majlis perkahwinan di dewan sekolah berkenaan.

mymetro - 10/6/11

(geram sangat kat setan ni...apala yang ada dgn budak umur 8 thn tu...habis punah masa depan budak tu...macam manala budak ni nak hilangkan trauma..mesti kekal sampai bila2....hukuman yang diberikan memang tak setimpal sepatutnya setan2 macam ni patut kena rejam sampai mati ataupun sula je bagi dia rasa betapa deritanya budak ni....nak kurangkan hukuman sebab mabuk konon...sebab air setan tu la hidup budak tu musnah...sorila emosional sgt pas baca berita ni...terbayang keadaan budak tu)

5 comments:

  1. sgt setuju...elok gak kalu org mcm nie disula..biar dia rasa...geram tul baca paper tadi..

    ReplyDelete
  2. kalau baca psl liwat kanak² dgn alatan tajam lg menyala-nyala kemarahan sy (kat mastika salu ada cerita gini)..ish mmg smpi nangis kalau baca..x blh byg mcm mana menderitanya budak tu..lg yg smpi mati..rs mcm nk seksa pulak si pelaku..kerat² kemaluan dia kasik anjing makan..geram betoll..

    ReplyDelete
  3. stupid f****...he vil get ample punishment on his judgement day wit God..

    ReplyDelete
  4. rina: geram sgt2 pada setan yg menjadikan kanak2 sbg pemuas nafsu...sepatutnya setan mcm ni diberikan hukuman yg berat smp dia fobia tgk kanak2


    rebe: u r rite...

    ReplyDelete

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...