June 11, 2011

REJAB

Bulan Rejab dah masuk 8 hari dah tapi baru sekarang sha nak buat entrinya...hehehe...alaa kalau sha tak buat entry pun bukan korang tak tau kan...entry ni saja nak bagi tambah lagi pengetahuan korang..well rejab dah masuk...pastu syaaban...pastu ....hmm...RAMADHAN...yeeee rindu sgt bulan RAMADHAN ni...erk....tinggal lagi sebulan je nak posa, korang dah ganti posa ke?...aik apasal laju je belek kalendar tahun lepas...nak cek berapa hari korang tinggal ye...hehehe..ok ok i understand....kalau koran tak ganti posa lagi apa kata korang ganti cepat2 bulan ni...lagipun berpuasa bulan ni kan banyak ganjarannya...so cepat2 la ganti posa korang ye...bagi yang nak berpuasa sunat pun digalkkan sgt2..

1 haribulan Rejab, bersamaan 03 Jun 2011.

 Rasulullah s.a.w bersabda :

 "Sesungguhnya Rejab adalah bulah ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku dan bulan
 Ramadhan adalah bulan umatku". "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar
pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada
bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta
tidak akan rasa lapar  dan  haus bagi mereka.". 

“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan
  bertaubat kepada Allah”

“ Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.”

“Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

“ Puasa 3 hari di bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang , yang akan menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

“ Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajjal pada hari Kiamat”

“Puasa 5 hari dalam bulan Rejab, akan aman daripada azab kubur.”

“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, bila keluar dari kubur bercahaya mukanya”

“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu neraka”

“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

“Puasa 9 hari dalam bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki Syurga”

“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titi Sirotulmustaqim pada hari Kiamat”

“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

“Puasa 16 hari dalam bulan Rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga, dan akan  menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga.”

“Puasa 19 dalam bulan Rejab, akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

“Puasa 20 hari dalam bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang lalu.  Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)”

“Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”


Berkata Saidina Ali r.a.:

“Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3 000 tahun”

“Berpuasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun.”

“Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun.”


Rasulullah s.a.w. bersabda :


“Pada bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu,  dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

“ Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus.”

“Sesiapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3 000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa dosa besar tiap tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajat didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotulmustaqim.”

“ Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti.”

“Puasa pada 27hb Rejab seperi berpuasa 60 bulan pahalanya.  Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1 000 tahun kerana kebesaran hari Israk dan Mikraj


 27 haribulan Rejab bersamaan 29 Jun 2011


Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah bersadba :

"Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.:
"Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini?. Maka berkata Jibril a.s. : "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini".

 Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :- "Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi s.a.w. melalui sebuah kubur ,lalu Nabi berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH s.w.t. Lalu saya bertanya kepada baginda "Ya Rasulullah s.a.w, mengapakah anda menangis?" Lalu baginda bersabda :
 "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka" Sabda baginda lagi : Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur".

Tsauban bertanya : " Ya Rasulullah s.a.w, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?' Sabda baginda : "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.

No comments:

Post a Comment

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...