April 08, 2014

Sumbangan Kilat

Mari sama membantu sahabat IPSI kita yg ditimpa musibah...dan semoga Allah menggantikannya dengan lebih baik..tumpang pilu tapi harus tetap tabah menghadapi ujian Allah...sy menyeru anda semua sama2 membantu meringankan beban ... Bismillah, Assalamualaikum w.b.t, Sekitar Jam 9 pagi tadi berlaku kebakaran di tingkat 3( Pejabat Pengurusan) bangunan IPSI. Setakat ini anggaran kerugian sebanyak RM200000. ... Dengan ini kami melancarkan derma kilat bangi mengutip dana untuk membaik pulih bangunan yang rosak teruk. Semoga Allah mengganjari setiap sen yang anda keluarkan untuk membantu agama Allah. Jakallahu khoir kathira. Sekian.

April 04, 2014

Renungan bersama


RENUNGAN DIRI & BERSAMA~

PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall, Sogo, One Borneo, Centre Point, Suria, Giant dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan do'a ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Juma'at supaya boleh cepat keluar....
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

March 29, 2014

Lost Love


Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita berada diatas dengan segala kesenangan. Allah Maha Adil.. Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk hamba-Nya..

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak.” ~ (Al-Baqarah 216)

Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yang kau alami.. Setelah sekian lama kau bertahan. Setelah sekian lama kau memendam luka. Setelah sekian lama kau rendam nestapa, rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu. Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu..

Sahabatku, ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Ada orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan.. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kerana kita sendiri menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya..

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang itu ketika hati kita sering berkata, “Aku sangat mencintainya..”

Ingatlah.. Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru..

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu!

Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu? Yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),
Kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap.” ~ (QS.94:1-8)

“Kadang-kala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNYA dan belajar daripadanya"

sumber

March 27, 2014

Berakhirnya MH370

 
Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang begitu berhati-hati dalam menangani kehilangan MH370. Sebarang kenyataan yang dibuat hanyalah berdasarkan laporan penyiasat dan pihak SAR.


Sepanjang dua minggu kehilangan pesawat ini, hampir setiap kali kita dikhabarkan berita yang tidak dapat disahkan di samping tekaan-tekaan atau harapan semata-mata. Dua perkara yang dapat disahkan, telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri iaitu pertamanya mengenai perubahan haluan pesawat secara sengaja pada minggu lalu, dan pengumuman yang menyayat hati semalam, iaitu mengenai ‘berakhirnya’ penerbangan MH370 di tengah-tengah Lautan Hindi.


Perdana Menteri memilih perkataan ‘berakhir’ tanpa menjelaskan ‘cara pengakhirannya’ kerana ia masih tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti, di situlah pengakhirannya berdasarkan penemuan serpihan oleh pasukan pencari. Dalam kata lain, ‘berakhir’ bermakna pesawat itu telah terhenti penerbangannya di situ. Sama ada ia terhempas, atau menggelongsor dan tenggelam atau meletup di udara atau apa saja, masih belum dapat dipastikan.


Justeru, perkataan ‘berakhir’ adalah yang paling tepat untuk menjelaskan apa yang diketahui setakat ini. Pengakhiran penerbangan di tengah-tengah lautan yang luas, ganas dan dalam, serta gagal ditemui selama lebih dua minggu, membawa kita kepada satu kemungkinan sahaja iaitu tiada yang selamat. Memandangkan kawasan tersebut adalah jauh terpencil dari mana-mana kawasan pendaratan, maka sebarang teori atau spekulasi lain dianggap sebagai tidak logik dan diketepikan oleh pihak penyiasat. Justeru, semua pihak wajar menerima pengakhiran ini sambil menanti keputusan penyiasatan.


Namun, di masa yang sama, harus bersedia akan kemungkinan tidak akan mendapat jawapan untuk selama-lamanya. Cubaan untuk terus mencipta teori dan spekulasi hanya akan menyiksa emosi keluarga yang terlibat kalaupun tidak memburukkan keadaan. Apa yang tinggal kini, hanyalah untuk kita mendoakan mereka yang pergi. Doa juga dipanjatkan kepada keluarga yang terlibat agar mampu menerima hakikat dan bersabar dengan ketentuan.

 

Kita juga tidak harus lupa mengucapkan penghargaan tertinggi kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat yang bertungkus lumus tanpa mengira masa dan cuaca. Selain itu, setinggi-tinggi penghormatan diberi kepada pihak kerajaan Malaysia yang kekal tenang dan professional mengendalikan insiden ini walaupun ditekan dan difitnah oleh berbagai pihak. Kerajaan telah membuktikan bahawa keutamaan diberi kepada pencarian MH370 serta tidak sedikit pun berganjak dari keutamaan itu, sehinggalah ke akhirnya. Tolonglah hentikan spekulasi daripada terus mempolitikkan isu Tragedi MH370 ni dengan berbagai tohmahan kerana ianya tidak dapat membantu keluarga mangsa merawat kehilangan mereka melainkan menambahkan lagi kesedihan mereka.

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...