June 21, 2011

Dengarilah anak anda

as u all know amzar kan jenis becok....kalau bertanya mmg non stop ok...pening kepala sha fikirkan jawapan utk setiap soalan amzar takut kang dia tak faham ke, 18sx ke, 18pl ke...ye lorr kan...kadang2 soalan yang ditanya oleh budak tecik ni tak terjangkau dek akal maklumla pengaruh keliling specially tv....

amzar ni plak paling tak leh trima jawapan 'tak tau' dari sha...bila sha jawab 'tak tau' selamba dek je amzar cakap, 'mak ni semua tak tau, tak tau, tak tau...habih apa yang mak tau?'...gullppp..k fine...so utk memudahkan amzar memahami setiap jawapan, sha terpaksa banyak menggunakan tips, helah, bohong sunat nak kasi dia serap yang baik sajork...soalan2 amzar slalunya sha layankan je but kadang2 timbul plak kemalasan nak jawab maklumla macam2 benda yang berlingkar dalam pala otak.....so seperti biasa today masa hantar amzar gi kindy bermacam-macamla soalan yang ditanyanya..

'mak, pasepa keta tu masuk jalan tu?pasepa tak masuk jalan ni?'

'sebab rumah dia ada kat jalan tu'

'mak, pasepa mak kona (belok) sini?pasepa mak tak kona sana?'

'sebab jalan nak p school ada kat sini'

'mak, pasepa mak tak stop kat traffic lite tadi?lampu kan dah yellow'

'sebab traffic lite tu lambat sangat, lagipun yellow boleh jalan gi'

'mak, pasepa mak boh biskut dalam beg amzar?'

'sebab mak nak amzar makan'

'bila mak nak amzar makan?'

'bila amzar lapar'

'mak, bila amzar lapar?'

'hmmm'

'mak, bila amzar lapar?'

'hmmm'

'makkkkkk, dengar tak amzar tanya bila amzar lapar?'

'hmmmm'

'mak ni terukla tak mo jawab....dengan kawan mak, mak bleh cakap....nak taip komputer mak bleh...nak cakap dengan makmak mak bleh....nak tengok tv mak bleh...nak baca buku cita mak bleh....tapi nak cakap dengan amzar mak tak bleh...hmmm...tak mo cakapla dengan mak'..sambil muncungkan bibir & peluk tubuh...hahaha cute

tapi sentap ok...tambah2 pas cakap ayat tu terus amzar diam melayan perasaan...aduhai rasa bersalah plak...sunyi je dalam keta sampai bleh dengar nyamuk bercengkerama....

bila difikirkan balik rasa hmm bukan rasa tapi memang betulla apa yang amzar cakap tu...kadang2 kita sebagai ibu bapa lebih banyak peruntukkan masa untuk hal lain & kita abaikan masa untuk melayan budak2 bersoal jawab...sedangkan melalui soal jawabla mereka mengenali dunia...

selalunya kita akan gunakan alasan kita sibukla, malasla, tensionla dan ayat yang selalu keluar tiap kali budak2 bertanya ialah 'jangan kacau makla, mak tengak sibuk ni'...'boleh tak duk diam2, mak nak masak ni'...'mak ada kejala, jangan bising' & banyak lagi....paling sadis bila kita diam je biarkan mereka keep on bercakap...selalunya kita tanpa rasa bersalah akan teruskan dengan kerja kita tanpa hiraukan langsung perasaan budak2 ni & budak2 ni plak terpaksa melayan diri sendiri dalam dunia mereka...tak kesianke pada budak2 yang teruja sangat nak mengetahui segala hal?....

bila dibiarkan tanpa jawapan mereka akan bersendiri & berimaginasi keseorangan....lepas tu watak mereka pun akan terus berubah dari seorang yang becok ke seorang yg pendiam kerana mereka rasakan tiada sesiapa yang ingin mendengar mereka...maka segala masalah yang dihadapi oleh mereka akan dipendamkan kerana takut untuk bersuara....kawan2 yang lebih dipercayai berbanding ibu bapa mereka....dari situ bermulala segala gejala such as ponteng sekolah, merokok, melarikan diri, depression, gugur anak, rogol, sumbang mahram...

cuba anda fikir, jika ibu bapa menjadi kawan kepada anak2 mereka maka setiap aktiviti anak2 boleh dipantau dengan mudah tanpa menghampakan kedua-dua pihak...anak happy cos ibu bapa mahu mendengar mereka & ibu bapa puas hati kerana anak berterus terang dengan mereka..betul tak?

so apa kata selepas ini kita curi2 atau peruntukan masa untuk melayan mereka...actually tak susah pun nak curi masa ni...anda bleh gunakan masa drive, masa masak ke, masa tgk tv ke, masa lipat kain baju ke, masa sidai kain ke or bila2 masa yang anda rasa sesuai utk melayan mereka....cos melalui kaji selidik tahap pemikiran budak2 yang lebih banyak bersoal jawab dengan ibu bapa yang rajin melayan mereka adalah lebih matang, berkeyakinan & independent berbanding tahap pemikiran budak2 yang jarang2 berbual dengan ibu bapa mereka....

hmm no wonderla amzar lebih matang berbanding budak sebayanya cos my mum rajin sgt melayan amzar bercakap berbanding maknye yang mmg malas sikit nak buka mulut...huhuhu pasni kena sedar2 kan diri untuk lebih banyak melayan amzar bersoal jawab

9 comments:

  1. anak i yg sulung tu pon suka berckp n bertny..kengkadang suh diam pon x serik haha

    ReplyDelete
  2. hahaha...biasala budak2 tengah membesar mmg banyak yg mereka nak tanya sebab nak tau

    ReplyDelete
  3. haha amzar sgt cumel..
    akoo suke budak2 =)

    ReplyDelete
  4. anak ct sekarang ni bila tgk aje benda,tanya macam mana ejanya..sbb abangnya sekarang sekolah tadika,sedang belajar mengeja, jadi dia pun sama nak belajar mengeja

    ReplyDelete
  5. cute je...tak sabarla tu nak masuk tadika belajar macam abgnya

    ReplyDelete
  6. buy him a hp..ask him to col n ask q..i vil ans him

    ReplyDelete
  7. rebe: hahaha...sure...phone BEN10 RM5 kat pasar malam tu...but once he start ask u question definately u'll hav to cabut ur hair

    ReplyDelete
  8. hehe i wont...am trained well in tis...BEN10..erkk i tink i hv to get one oso..coz d current nokia cant get connected wit BEN10..

    ReplyDelete

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...