Air mata ibu mana yang tidak tertitis melihat anaknya mendapat kejayaan cemerlang? Hati ayah mana yang tidak bangga menyaksikan anaknya ditabalkan sebagai pelajar pintar? Dan siapakah yang tidak bersyukur mendapat anugerah dari Allah sebagai seorang yang cerdas dan tajam akal fikirannya.Bagaimana untuk menjana pemikiran anak agar lebih berkembang, mantap dan matang? Tentunya, setiap ibu bapa mempunyai ramuan dan petuanya yang tersendiri untuk berusaha ke arah itu. Walau bagaimana pun, cara yang dilakukan mestilah bersesuaian dan berkadaran dengan kemampuan diri kita.
Semoga dengan tip dan panduan berikut akan menjadi pedoman bagi diri kita sebagai ibu bapa yang sememangnya mahukan anak-anak yang bijak dan cerdas mindanya:
1. Pemakanan
Sebagai ibu bapa, kita semestinya begitu prihatin dengan setiap suap makanan yang dinikmati oleh anak kita. Memberi makanan yang berzat dan seimbang adalah penting untuk menjamin tumbesaran anak. Tahukah bahawa perkembangan mental dan fizikal anak juga berkait rapat dengan jenis pemakanan yang diambil?Untuk membina kecerdasan mental anak, seseorang ibu perlu mengambil langkah awal yaitu semenjak dalam kandungan lagi. Seseorang itu mestilah mengambil makanan berbentuk protein, karbohidrat, vitamin dan kalsium yang mencukupi. Ini akan menjamin bayi yang dilahirkan berkeadaan baik dan sihat.Bagi kanak-kanak pula, digalakkan diberi bahan bantuan untuk kesihatan anak. Contohnya pil vitamin, kismis dan buah badam. Menurut pakar kesihatan, makanan begini penting untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan dan kecerdasan mental anak.
2. Adakan Aktiviti Rekreasi
Menganjurkan aktiviti rekreasi dan senaman adalah baik untuk meningkatkan lagi ketajaman fikiran anak-anak. Aktiviti kembara dan perkelahan misalnya, secara tidak langsung akan membentuk fikiran kreatif dan tahan tekanan dalam diri anak. Mereka dapat mempelajari cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan idea yang bernas dan kreatif. Di samping dapat menenangkan hati dan membantu menghilangkan tekanan.
3. Layani Percakapan
Kebiasaannya, anak-anak kecil minatnya lebih cenderung untuk bertanya itu ini dan berceloteh panjang. Sebagai seorang ibu, layanilah dengan sabar setiap apa yang ditanya dan diperkatakan oleh anak-anak. Semoga ianya dapat memupuk minat mereka terhadap apa yang mereka lihat, dengan menceritakan kepada mereka kejadian alam, keajaiban cakerawala dan keindahan ciptaan Tuhan.Pastikan setiap jawapan kita hendaklah berbentuk positif agar sifat ingin tahu terus subur di hati mereka. Mereka akan lebih bersungguh-sungguh untuk mencari sesuatu yang ingin mereka ketahui dan menjadikan mereka lebih `sensitif’ dengan perkembangan ilmu.
4. Melatih Berfikir Secara Rasional
Dengan pemikiran yang rasional, diri kita akan lebih terpandu ke arah kebaikan. Sehubungan dengan itu, kita perlulah melatih anak sejak kecil agar dapat berfikir secara rasional dan kreatif. Terdapat banyak cara untuk kita memupuk daya pemikiran anak agar rasional dalam bertindak. Cara yang terbaik ialah dengan melatih mereka membuat keputusan sekiranya menghadapi masalah. Bimbinglah mereka cara yang terbaik dalam menyelesaikan masalah.Melatih anak berfikir secara rasional dan positif, akan menjadikannya orang yang suka berfikir sebelum bertindak. Mereka juga akan lebih berhati-hati dalam menimbang baik buruknya sesuatu perkara. Justeru, fikiran mereka lebih pantas berhujah dengan bernas dalam mengutarakan pendapat.
5. Latih Berdikari
Melatih anak berdikari akan mematangkan mereka dalam bertindak dan juga berfikiran lebih kreatif. Ini kerana, anak yang sudah dibiasakan dengan hidup berdikari lebih cekap menyelesaikan sebarang masalah hidup dengan lebih baik.Anak-anak juga perlulah digalakkan agar sentiasa meringankan tugas
kita. Selain daripada membiasakan mereka mengurus diri, mereka juga perlulah dilatih untuk hidup sederhana.Apabila sudah terbiasa berdikari, fikiran mereka akan mudah menilai keadaan sesuatu perkara. Mereka akan menjadi perancang masa depan yang bijak dan tidak akan khuatir dengan sebarang mehnah yang menggugat.
6. Sediakan Bahan Bacaan Dan Permainan
Minda anak-anak juga boleh dikembangkan dengan menggunakan bantuan beberapa jenis material seperti bahan bacaan dan permainan. Bagaimanapun, bahan bacaan yang dipilih mestilah bersesuaian dengan peringkat umur dan kematangan mereka.Bahan bacaan tidak semestinya berbentuk proses pembacaan sahaja. Ia juga boleh berbentuk praktikal seperti aktiviti mengira, mengolah, mewarna dan sebagainya. Pastikan juga bahan bacaan tersebut bukan sekadar buku cerita, malah berkisarkan pengetahuan sains,matematik, geografi ataupun sejarah. Bahan bacaan seperti ini bukan hanya dapat mengembangkan minda anak-anak, tetapi juga mendidik anak-anak cintakan ilmu.Anak-anak juga boleh dihiburkan dengan permainan-permainan yang bermanfaat, yang menyeronokkan tetapi pada masa yang sama boleh mengembangkan daya pemikiran. Antaranya, seperti catur, kuiz mengeja, kuiz matematik dan sebagainya.
7. Melazimkan Hafalan Ayat Al-Quran
Sejarah telah membuktikan bahawa ulama dan cendikiawan dahulu, mempunyai daya ingatan yang cukup hebat. Mereka bukan sahaja mampu menguasai ilmu sains dan matematik, tetapi juga mendalami ilmu Islam seperti fekah dan tauhid. Lebih mengagumkan lagi, mereka mampu menghafal al-Quran semenjak kecil. mempunyai kekuatan daya ingatan yang tersendiri. Sekiranya ia dipupuk dengan menghafal sesuatu yang bermanfaat, ia akan memantapkan lagi kekuatan yang ada. Lebih-lebih lagi kalau yang dihafal itu ialah ayat-ayat al-Quran.Bukankah Allah menjanjikan ketenangan hati, lapang jiwa dan ketajaman akal bagi orang yang cinta akan al-Quran? Adalah wajar kita mendorong anak-anak agar menghafal atau melazimkan mereka membaca al-Quran. Pada peringkat kanak-kanak, jiwa, hati dan fikiran mereka bersih. Lantaran itu mereka lebih mudah menghafal. Jangan persiakan zaman kanak-kanak, semoga minda anak kita lebih bersih daripada sebarang anasir `kotor’ yang boleh menggelapkan hati.
8. Berdoa Kepada Allah
Adalah baik sekiranya kita sering meluahkan kata-kata yang baik seperti memuji anak-anak, semoga ia turut menjadi doa buat mereka. Ia juga akan dapat membangkitkan lagi semangat anak untuk terus membaiki diri.Berdoalah setiap kali selepas solat, agar kita dikurniakan anak yang pintar dan semoga kebijaksanaan itu dapat menambah kebahagiaan keluarga kita. Alangkah baik jika kita dapat mendirikan solat hajat untuk anak-anak kita yang bakal menduduki ujian atau peperiksaan. Merayulah kepada Allah agar anak kita diberi kemudahan untuk menerima ilmu dan berjaya meraih cita-cita dalam hidupnya. Kecerdikan dan kepintaran anak itu adalah anugerah Allah, maka kepada-Nyalah kita merayu dan berusaha agar anak kita turut sama menikmati anugerah itu dengan cara yang paling baik.Semoga dengan kebijaksanaan kita, akan mendekatkan diri kita kepada Allah dan dapat mengekalkan kemesraan sesama keluarga.

gd sharing
ReplyDelete