KEBANYAKAN tapak Web dikendalikan badan komersial atau bukan komersial yang dibiayai menerusi iklan baner yang mesti ditayang. Apabila pengiklan mahu iklannya ditonton sebanyak mungkin, maka pemilik tapak Web perlu tahu profail pelawatnya - pelawat kali pertama, kedua atau seterusnya - supaya mereka boleh menayangkan iklan berlainan mengikut profail tersebut.
Objektif ini cuba dipenuhi menerusi cookies yang dibina dan disimpan dalam PC anda, biasanya dalam bentuk: namaanda@tapakyangandakunjungi.
Jika anda temui cookies seperti "namaanda@pasaraya.txt", ini bermakna pelayan (server) "pasaraya" sahaja boleh meminta cookies tersebut. Jika PC anda tiada cookies yang sepadan dengan nama "domain" tersebut, maka anda ditafsirkan sebagai pelawat kali pertama dan cookies baru perlu dihantar kepada PC anda untuk disimpan (selalunya dalam direktori C:WINDOWSCookies). Jadi, setiap kali anda kembali ke tapak Web tersebut, cookies ini dibaca dan dikemaskini supaya tapak itu tahu anda adalah pengunjung tetap atau tidak.
Sebenarnya, cookies hanya fail teks semata-mata yang terdiri daripada pasangan "nama-nilai" (name-value). Fail ini dibaca dalam pengkalan data tapak Web dan berfungsi berdasarkan kepada ID pengguna (user ID) - milik anda yang unik. Biasanya pasangan nama-nilai itu terdiri daripada ID pengguna yang berupa angka menokok atau rantaian aksara yang dihasilkan pelayan Web. Jika fail cookies itu dipadam, maka anda akan mendapat ID unik lain apabila anda mengakses tapak Web tersebut di lain ketika, dan begitulah seterusnya.
Selain mengandungi data asas yang dinyatakan tadi, fail cookies - terutamanya yang melibatkan tapak Web beli belah dalam talian - mungkin menyimpan beberapa data tambahan. Antaranya: ID pengguna; penyedia perkhidmatan; sistem operasi (OS); jenis pelayar Web; resolusi dan warna skrin; jenis pemproses atau CPU; pelayan "proxy"; alamat IP anda; tapak Web terakhir yang dilawati (rujukan). Jika cookies dipadam, anda biasanya diminta "log on" semula bagi menerima salinan lain cookies dengan ID pengguna yang sama.
Data dalam cookies yang ditulis pada pemacu keras hanya boleh diminta tapak Web berkenaan sahaja dan tapak Web lain tidak boleh meminta data tersebut. Tetapi dengan syarat, pilihan ‘only allow cookies to be sent to originating server’ mesti dipilih. Cara paparan sesebuah tapak Web, iklan tertentu yang dipaparkan, adalah berdasarkan data yang disimpan cookies. Manakala butiran peribadi, tempat tinggal, dan kad kredit pengguna tidak disimpan dalam cookies, tetapi dalam pengkalan data tapak Web yang diharapkan selamat.
Orang lain boleh melihat cookies yang tersimpan dalam PC yang dikongsi dan mereka boleh mengetahui tapak Web yang anda lawati. Selain itu, ada kes di mana syarikat iklan membeli pengkalan data pelanggan dari syarikat lain. Lalu mereka menempatkan iklan baner pada ribuan tapak Web lain yang dihubungkan kepada pelayan mereka (pengiklan tadi) untuk membina profail pelayaran pengguna. Data pengguna seperti alamat IP akan direkodkan apabila mereka mengakses iklan berkaitan pada mana-mana tapak Web terlibat.
Jadi, di lain ketika anda mengakses salah satu pelayan mereka, identiti anda (menerusi kaitan ID pengguna dan alamat IP) akan diketahui. Bagaimana pula jika anda menggunakan penyedia khidmat Internet (ISP) dengan alamat IP tidak tetap atau berbeza setiap kali memasuki Internet? Jika demikian, syarikat pengiklan boleh berpakat dengan rakan kongsi lain supaya menjual data pelanggan mereka (seperti nama dan alamat IP) yang sepadan dengan mana-mana alamat IP dan ID pengguna dalam profail pengguna milik pengiklan.
Katakan anda pernah mengunjungi tapak Web seperti "pasaraya.com" dan ID pengguna dalam fail cookies anda direkodkan sebagai "123456" dan tanpa anda ketahui "pasaraya.com" tadi adalah rakan kongsi sebuah syarikat iklan. Ini bermakna syarikat iklan tersebut boleh memperolehi butiran anda yang dikaitkan dengan alamat IP dan tabiat peluncuran anda. Lebih buruk lagi jika profail yang dibina daripada tabiat peluncuran anda tadi digunakan untuk menjual produk, sama ada melalui e-mel (spam) atau alamat pos (mel sampah).
Sekiranya anda ingin menyimpan atau tidak mahu memadam mana-mana cookies yang hendak dikekalkan, maka anda boleh menggunakan perisian percuma seperti Lavasoft Ad-aware, IE Cookies dan lain-lain lagi. Perisian seperti ini boleh ditetapkan untuk mengenali mana-mana cookies yang ingin disimpan. Kemudian, anda boleh menetapkan agar perisian ini hanya menyenaraikan mana-mana cookies yang baru. Maknanya, anda boleh menambah cookies baru dalam senarai "untuk tidak dipadam" dan memadam yang selebihnya.
Bagi Windows, cookies boleh dipadam secara manual, biasanya dalam direktori C:WINDOWSCookies. Kadangkala anda menerima cookies yang tidak diingini dalam pemacu keras, tetapi ia terus dikembalikan selepas anda memadam failnya. Masalah ini boleh diatasi dengan membuka fail cookies ini menggunakan penyunting teks. Padamkan isinya dan taipkan kata-kata "sampah" di dalamnya. Simpan (save) dan tetapkan failnya sebagai "read only", "hidden" dan "system" agar ia tidak boleh dibaca atau ditulis oleh pelayan Web.

No comments:
Post a Comment
1000 of thanks for your comments