April 12, 2011

Cara berhenti merokok

 
pic credit to google


 7 cara untuk membantu anda berhenti merokok..

1) Bersihkan dan buang.
Bersihkan dan buang semua rokok yang ada dalam simpanan anda.

2) Buat nota galakan dan peringatan.
Tulis nota seperti "Anda sekarang bukan perokok" dan tampalkan pada tempat-tempat yang kerap anda kunjungi - di dalam bilik tidur, atas meja dsb.

3) Lakukan terus.
Terus sahaja berhenti merokok pada hari yang telah anda tetapkan untuk berbuat demikian. Jangan berhenti secara beransur-ansur.

4) Tumpukan perhatian pada hari-hari yang dilalui.

5) Fikir positif.
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang bukan perokok. Sekiranya ada pelawaan, katakan kepada rakan anda itu "Saya tidak merokok".

6) Dapatkan sokongan dari keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja untuk membantu anda membuang tabiat buruk ini.


7) Melawan keinginan untuk merokok.


- Melengahkan tindakbalas sekiranya anda rasa ingin merokok. Katakan pada diri anda "Nanti!!"

- Menarik nafas panjang. Tarik nafas panjang selama lima saat dan lepaskan perlahan-lahan.

- Minum air dengan banyak. Elakkan pengambilan air yang mengandungi kafein seperti kopi, teh atau kola.

- Penuhkan masa anda dengan aktiviti. Ini penting supaya anda tidak selalu terfikir untuk merokok. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berkebun, membaca buku dsb.

- Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

- Membasuh tangan atau mandi sekiranya anda berasa ingin merokok.

- Kunyah sesuatu seperi karot, chewing gum dsb.

- Berdoa semoga anda diberi keazaman yang cekal untuk berhenti merokok.

p/s : Selamat mencuba ... semoga anda berjaya.


8 comments:

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...