March 16, 2012

Dua BIN

Ya Allah! Apa ni? 

Saya menggeleng kepala. Salinan kad pengenalan si Zamri amat memeranjatkan saya. Apatah tidaknya. Nama penuh di dalam MyKad itu berbeza dengan namanya dalam salinan sijil kelahirannya. Yang manakah yang betul ni?

Something fishy is going on... begitulah komen seorang cikgu apabila saya menyuarakan masalah.

"Kamu tahukah ada beza nama kamu di antara Kad pengenalan dengan sijil kelahiran kamu?" saya bertanya padanya.

Zamri mengangguk perlahan. Badannya besar, lebih besar daripada saiz biasa pelajar Tingkatan 2.

"Tau, teacher..." jawabnya.

"Bapa kamu tak tanya pegawai yang keluarkan MyKad kamu, mengapa nama penuh kamu ini berlainan?"

"Ada, tapi mereka cakap tak boleh buat apa.. tak boleh ubah."

Saya menyuruhnya kembali ke tempat duduk. Pening. Kes yang agak berat sebab selama ini, semua rekod persekolahan Zamri menggunakan nama penuhnya dalam Sijil kelahiran, iaitu Mohd Zamri bin Mohd Ariffin Tan [bukan nama sebenar].

Mungkinkah pihak JPN tersilap, sebab bapa kandungnya seorang mualaf Cina, yang memegang kad pemaustatin tetap? Pelik juga, pemastautin tetap yang negara asalnya Malaysia? Ibunya seorang warganegara Malaysia berbangsa Melayu.

Saya bandingkan salinan surat beranak Zamri dengan salinan pelajar-pelajar lain. Hmmm, ada sedikit perbezaan rupanya.

Tandatangan pelapor dalam sijil kelahiran Zamri mempunyai 2 tanda tangan, iaitu ibu dan bapanya. Terdapat juga cop yang tertera,'permohonan seksyen 13.'

Setelah selesai meng-google seksyen 13 itu, rupa-rupanya sangkaan saya ternyata benar.

sambungan....... 

3 comments:

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...