October 06, 2011

Pelakon Baba Nyonya meninggal dunia

Rakan baik: Chee (kiri) dan Chan semasa di set penggambaran ‘Nasi Lemak 2.0, baru-baru ini.

PETALING JAYA: Pelakon siri komedi popular tahun 1990-an, Baba Nyonya, Chee Hood Siong meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun.

Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo.

Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysia Book oF Records sebagai siri televisyen paling lama di negara ini apabila mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.
Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak.

Dalam pada itu, pasangannya dalam sitkom itu, Chan yang kini seorang pemilik restoran King’s Caf di Melaka berkata, kematian Chee adalah satu kehilangan besar.

Kedua-dua mereka adalah sahabat baik yang sentiasa bekerja bersama-sama sepanjang 30 tahun berada di dalam industri.

“Dia adalah seorang pelakon yang berbakat dan dia mampu membawa apa sahaja watak diberikan. Pelbagai cabaran dan rintangan kami lalui bersama,” katanya.

Kedua-dua pelakon itu kali terakhir muncul bersama di dalam filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee yang mana dia dan Chee membawa watak sebagai Baba dan Nyonya yang mengajar Chef Huang lakonan Namewee untuk memasak sambal nasi lemak yang enak.

Penerbit filem tersebut, Fred Chong berkata, pihak produksi mengambil masa selama dua bulan untuk meyakinkan Chee dan Chan untuk sama-sama melibatkan diri dalam Nasi Lemak 2.0.

“Chee sudah bersara dan tidak mahu berlakon jika tidak bersama Chan. Namun kami berjaya meyakinkan mereka untuk berlakon di dalam filem itu selepas mereka memahami mesej yang ingin disampaikan oleh filem tersebut,” katanya.

Sementara itu, Chan memberitahu, Chee keberatan untuk menerima tawaran filem itu kerana tidak lagi mahu berlakon sebagai seorang perempuan.

“Saya terpaksa memujuknya untuk menerima watak sebagai suami saya dalam filem itu. Saya bersyukur kami sama-sama menerima watak itu tetapi sedih kerana itu adalah filem terakhirnya,” ujarnya.

ingat lagi tak pelakon ni..rasenye baba nyonya ni popular time sha sek ren...my mum suke sgt tengok drama ni....actually sha tau cite ni pun cos my bos minta hantarkan bouquet bg pihak cm utk keluarga pelakon ni...nak tengokla cite nasi lemak 2.0 t...his last drama

3 comments:

  1. time kecik2 memang selalu tengok..dulu2 konfius makcik tu laki ke ppuan..hehe

    ReplyDelete
  2. a'ahla,ingatkan dia ni pompuan..huhu

    ReplyDelete
  3. sweet: dulu mmg femes drama ni

    kunang2: samela...konfius je cos suara mcm laki

    ReplyDelete

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...