October 18, 2011

Kelar anak sendiri

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

mymetro

buat pandai tapi bila keluar bunuh....apa salah bayi tu...kalau tak nak anak bagi je la kat sape2 yg kepingin nak dapat anak atau tinggalkan je kat depan umah sape2 at least anak tu bleh hidup but ni tak..apa hak budak ni nak amik nyawa bayi tu....walaupun dia ibu hmm tak layak dipanggil ibu yang melahirkan tapi dia tak berhak nak amik nyawa bayi ni...budak ni patutnya tak dikurniakan anak sampai dia mati...biar dia mati berulat keseorangan...yg jantan tu pun masa nak buat gatal lebih tapi bila dah dpt anak dibiar plak...geram bace kisah2 setan2 macam ni...tapi sha pelikla....takkan takde sape perasan mase budak ni mengandung ke mereka pun turut bersubahat menyembunyikannya?...

7 comments:

  1. myb org yg mengandung luar nikah ni syaitan lindung perut dia.

    ReplyDelete
  2. sedihnya..apa budak ni x trauma ke sbb dah melakukan perbuatan membunuh..


    sy x boleh bayangkan kalau satu hr nnt budak perempuan ni insaf dan berkahwin dapat pula anak baru tak ke dia termimpi-minpikan anak yg dibunuhnya..


    kenapalah manusia semakin kejam?

    ReplyDelete
  3. dorg ni senang pulak bersalinnya kan.

    ReplyDelete
  4. aimz: maybe..sebab tu tak gugur dgn mudah mcm anak halal

    rina: tu kalau dpt anak la...kalau tak dapat anak mcm mn...budak2 mcm ni mmg takde hati perut...bleh die kelar bayi tu walaupun lepas tgk muka bayi tu...hmmm

    rara: a'a'...yg mengandung secara halal mcm2 problem plak...diaorg ni senang je...wallahualam

    ReplyDelete
  5. sedih kenapa lah..remaja sekarang mudah sanggat terperdaya....dah lah dosa dengan allah tambah lagi duk bunuh anak lak..tak sayang ke..anak tu comel...cuba kita kelar lak dia rasa mcm ne..gila betul..harap kalu satu hari dia kahwin...harap tak dapat anak dah..gerammmmmm ne...

    ReplyDelete
  6. remaja sekarang ni semakin berani dan keruntuhan sosial semakin kritikal.

    ReplyDelete

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...