September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia

Tiba je tanggal 16 September setiap tahun kita akan sambut Hari Malaysia...tau tak apa tu Hari Malaysia?..kenapa kita sambut Hari Malaysia?..

Hari Malaysia sebenarnya disambut setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 Spetember 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Inilah sejarah Hari Malaysia...

wikipedia
 


No comments:

Post a Comment

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...