September 05, 2012

HAPPY 6TH BIRTHDAY MY DEAR DEAR SON


Alhamdulillah hari ni genapla usia Amzar yg ke 6...pelbagai ragam & kerenah yg sha lalui selama 6 tahun membesarkan Amzar tetapi ragam & kerenah itu juga yg telah mendewasakan sha & menjadikan sha ibu yang bertuah kerana diberikan peluang utk melalui setiap detik & saat bersama Amzar...

Alhamdulillah segala puji bagi Mu Ya ALLAH kerana menjadikan amzar anak yg sihat, sempurna & bijak....walaupun kenakalan Amzar membuatkan sha tensi kadang kala tetapi senyuman & ketawa bersama kenakalan itu juga yang membuahkan kesyukuran & ketenangan dlm hidup sha....tanpa kenakalan tu hidup sha menjadi tak bermakna & sunyi....kadang terfikir oleh sha adakah sha berpeluang utk terus bersama Amzar melalui setiap detik bahagia dalam hidupnya tetapi pelukkan Amzar sentiasa menyedarkan sha utk berdoa supaya sha terus mendapat lagi peluang bersamanya..

Amzarlah racun & dia jugala penawar sha & sekeluarga...setiap kelatahnya menghiburkan & menerangi hidup kami....tanpa Amzar berhentilah dunia sha...Amzarla kekuatan & kelemahan sha...kerana Amzar juga sha sentiasa kuatkan diri utk terus berjuang menghadapi segalanya...segala dugaan & rintangan yang mendatang dapat sha tepis dgn mudah dengan pelukkan & ciuman Amzar....kebahagiaan Amzar adalah kebahagiaan sha...tak bahagia Amzar maka tak bahagia jugala sha...sha sanggup berkorban apa sahaja hanya utk melihat secebis senyuman di bibir Amzar...

Alhamdulillah....terima kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan permata yang tak ternilai kepada sha...terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan sha tanggungjawab & amanah utk sha mengilap & menjaga permata itu supaya makin terpancar & terserlah kilauannya...

Ya ALLAH bantulah aku utk menjalankan tanggungjawab ini...Ya ALLAH sentiasalah berikan aku kekuatan & pertolongan utk menjalani setiap liku2 & dugaan dalam menjadikan Amzar anak yang soleh, beriman, bijak dan cemerlang. ....Jadikanlah amzar anak yang sihat sempurna & kurniakanlah kebahagiaan & keberkatan hidup di dunia & akhirat kpd Amzar...Moga bibirnya tak lekang dengan senyuman & ketawa dan moga Amzar sentiasa dibawah lindungan & pelihara Mu Ya ALLAH...Ya ALLAH sentiasalah berikan kasih sayang Mu kepada Amzar serta jadikanlah Amzar insan yang sentiasa dikasihi & disayangi selalu....ameen
  

4 comments:

  1. happy birthday encem boy...semoga jadi anak yg soleh..

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Amzar....semoga membesar dgn sihat dan menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  3. mummy ayu, norzie & mrs eady: amzar said thank you so much aunty...

    ReplyDelete

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...