May 31, 2011

Minta izin dulu sebelum guna

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan dengan izin Allah maka kedengaran satu suara menjerit meminta tolong.Nabi Isa ingin mengetahui apakah yg telah terjadi kepadanya dengan menggunakan mukjizat yg telah dikurniakan oleh Allah kepadanya iaitu menghidupkan orang yg telah mati.Dengan izin dan kudrat Allah s.w.t. maka keluarlah dari kubur itu seorang lelaki yg sedang terbakar menjerit meminta tolong.Maka Nabi Isa bertanya kepada lelaki itu apakah kerana tidak sembahyang dia diazab sebegini tapi lelki itu memberitahu bahawa dia tidak pernah tinggalkan sembahyang dan taat akan perintah Allah.Maka Nabi Allah Isa pun bertanya apakha kesalahannya sehinnga dia di siksa sebegitu rupa...

Lelaki itu pun menceritakan bahawa dia adalah penjual kayu api..dan pada satu hari datang seorang pembeli memesan kayu api daripadanya dan terus memberinya wang.Maka pergilah dia ke hutan untuk mencari kayu api dan semasa hendak pulang dia telah berhenti untuk makan dan lepas itu meneruskan perjalanannya.Semasa dalam perjalanan pulang dia terasa ada sisa makanan di celah giginya.Maka dia telah cuba mengeluarkan dengan lidah tapi tak berjaya, dengan kuku tak berjaya juga.Akhirnya dengan menggunakan kukunya dia telah mencukil kayu api yang dipikulnya utk dibuat pencungkil.Maka dengan izin Allah keluarlah sisa makanan itu.Selepas itu dia meneruskan perjalanannya sehingga sampai kerumah si pembeli itu.Maka dia pun menyerahkan kayu api itu kepada si pembeli itu dan dia terlupa untuk meminta halal hanya untuk kayu yang digunakan sebagi pencungkil tadi.Maka kerana dosa itulah dia di seksa selam 70 tahun sebagaimana yang dilihat oleh nabi Isa itu.Dia memberitahu lagi bahawa dia tidak menyangka Allah melihat akan perkara yang sekecil ini..

Semoga dapat kita ambil iktibar dan mengelakkan diri menggunakan barang saudara kita tanpa izin tuannya...

Semoga Allah memelihara kita drp Azabnya amin.. 


6 comments:

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...