May 12, 2011

Bila kita nak jumpa ALLAH?



satu hari sambil tengok pic Mekah yang disangkut di dinding rumah Amzar bertanya

Amzar: mak, tu gambar apa?
sha: Mekah
Amzar: Mekah tu apa mak?
sha: hmm Mekah tu rumah ALLAH
Amzar: ALLAH ada kat sana ka?
sha: hmm ALLAH ada dimana-mana...tapi Mekahla tempat yang ALLAH paling suka
Amzar: hmm mak....kita pi Mekah nak?...kita pi jumpa ALLAH
sha: ya sayang...insya ALLAH kita pi Mekah t tapi Amzar tak boleh jumpa ALLAH
Amzar: laaa...Amzar nak jumpa ALLAH
sha: ALLAH bukan saja ada di Mekah tapi ALLAH ada dimana-mana...kat sini pun ALLAH ada
Amzar: mana?
sha: kita tak boleh tengok ALLAH tapi ALLAH boleh tengok kita...sekarang pun ALLAH dok tgk kita
Amzar: yeka?mana?
sha: hmm Amzar boleh rasa angin tak?
Amzar: hmmm boleh
sha: Amzar nampak angin?
Amzar: nampak
sha: aik...mana?
Amzar: tu kipas angin
sha: laa...Amzar cuma nampak kipas angin tapi mana angin yang Amzar dok rasa tu?
Amzar: hmm takda...tak nampak
sha: haaa macam tula ALLAH....kita boleh rasa tapi kita tak boleh nampak....tapi satu hari (akhirat) nanti kita semua akan nampak ALLAH....Amzar nak jumpa ALLAH?
Amzar: nak
sha: kalau Amzar nak jumpa ALLAH Amzar kena jadi good boy, kena sembahyang, kena buat baik, kena mengaji, kena dengar cakap mak, kena dengar cakap teacher, kena dengar cakap makmah, tak boleh gaduh dgn bachia(my sis)...kalau Amzar jadi good boy insya ALLAH satu hari (hari akhirat) Amzar akan jumpa ALLAH
Amzar: hmmm ok....t Amzar nak jadi good boy...Amzar nak jumpa ALLAH
sha: ameenn...ya sayang



2 hari selepas itu....

Amzar: mak, bila kita nak p sana? (sambil tunjuk pic Mekah)
sha: insya ALLAH t kita p Mekah
Amzar: mcm mana nak p Mekah mak?
sha: kita bleh p dgn aeroplane
Amzar: Amzar nak p Mekah...Amzar nak naik airoplane
sha: insya ALLAH sayang....t kita p



semalam....

Amzar: mak, bila kita nak p Mekah?...mak cakap t kita boleh p sana...bila kita nak p mak?..
sha: insya ALLAH sayang...satu hari t kita p Mekah ya....
Amzar: bila?..mak asyik cakap nak p nak p ja tapi tak p pun
sha: kalau Amzar nak p Mekah Amzar kena jadi good boy dulu...kalau Amzar tak nak dengar cakap mak, mak tak nak bawa Amzar p Mekah
Amzar: hmmmm ok...Amzar jadi good boy tapi mak promise ya bawa Amzar p Mekah
sha: ya sayang...insya ALLAH kita p Mekah ya

my mom: mana tau bila Amzar asyik dok tanya macam ni t kita berpeluang p Mekah
sha: ameen...moga2 kita berpeluang mak

Ya ALLAH moga Kau berikan kami peluang untuk bernafas di bumi anbiyyah ini

 
rinduku padaMu tidak pernah terpadam 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...