March 05, 2013

Amzar's aikido class

Sha mmg dah plan dr awal utk masukkan amzar ke kelas ilmu pertahanan diri once amzar dah darjah 1....so sha mulakan pencarian ilmu mana yang baik buat amzar for d moment....matlamat sha hanya nak cari ilmu yg bleh mengajar amzar berdisiplin, bertenang & fokus memandangkan amzar mmg lack dlm hal2 tu....biasalah budak2 bukan senang nak soh die focus pd satu2 hal....so dr seni taekwondo sampaila silat sha survey punya survey dimana akhirnya sha pilih aikido...ye sha tak penah dengar & tengok seni aikido sblm ni but melalui pelbagai feedback & aim seni ni sha rasa aikido yg plg sesuai buat amzar sekarang....buat masa sekarang sha tak expect amzar join pertandingan atau belajar menyerang, sha hanya nak amzar tau mempertahankan diri bila diserang....so sbg permulaan sha masukkan amzar dlm kelas aikido...esok2 bile dah besar if amzar nak join seni lain atau bertanding sha takkan halang cos amzar dah belajar so dia lebih tau apa yg dia nak.....

Even bz dgn exam sha cuba call sensei & fix d date..on 2 feb sha bw my family gi survey tempat cos amzar akan dihantar d next day dimana sha ada kelas time tu....so minta tolong my sis antarkan...

 
 lepas class trus rushing nak tgk amzar

disebabkan kelas hanya 1 hour so kebanyakan parents mmg tunggu smp kelas habis

dlm masa yg sama sha analisa cara sensei mengajar & of cos his attitude too

Bile ada kids main2 & tak fokus termasuk amzar sha usha je master tu....risau gak if amzar kena marah skali.....mother's heart mmg tak leh tgk anaknya dimarah oleh org lain.....dats y masa kelas archery hari tu sha tinggalkan amzar sendiri dgn coachnya....sha ingatkan die nak tengking ke, marah ke but die sangat sabar, tenang & lembut...means tak tengking2 or marah2

 
 paling sha teruja bila budak pompuan ni yg asyik tak fokus & kejap2 lari but everytime budak tu lari master ni dgn sabar pegang bahu budak tu & berdirikan balik kat tempatnya...ye tanpa tengkingan or jeritan...dgn penuh sabar...if sha d tpt master ni dah lama dewan ni bergegar dgn suara rimau sha t

 
 but pelik plak...even diajar tanpa tengkingan takde plak yg tak ikut arahan ke ape....tiap kali diarah buat any position budak2 ni buat je....hmm something dat i must learn




bilangan yang kecil membolehkan master fokus pada setiap anak muridnya satu persatu



masa tgh belajar ni if baju/suar kids terbuka ke or belt diorg tertanggal ke if kids tak pandai betulkan master tolong betulkan...yup v parents tak masuk campur masa pengajaran...kids hanya dtg kat v all bila diberi rehat 5 minit utk minum air

walau diajar dgn tenang but sha nampak ada ketegasan pada master ni....if ada budak yg tak ikut arahan, master ni tengok je budak tu dimana finally budak tu dgn sendiri buat apa yg master suruh...something i should learn too




rupanya kelas ni hanya utk budak bawah 12 tahun......yg above 12 tahun plak lepas kelas ni....mmg ramai...good...mmg patut pun diasingkan supaya bleh tumpukan lebih perhatian pd kids ni....

  
ni plak a week after..

 
amzar wif his aikido dress

 
dis time bw my nephew plak join...kali ni sha tgk bebudak ni dah bleh ikut arahan tanpa main2 walau ada ja some even badan ikut arahan but mulut becok mengalahkan master....hahaha....budak2...comel je tgk diorg
 
dr hr ke hari makin bertambah plak students.....

sha mmg akan stay disini sepanjang kelas together wif other parents....kelas hanya sejam so tara sha balik umah then nak mai balik pun dah amik masa sejam so better sha stay & tgk mereka belajar...at least sha bleh tolong amzar train kat umah t....& dlm ms yg sama sha pun bleh train skali dgn amzar kat umah...ada udang dlm mee sebenarnya ;p

  
insya ALLAH bila keadaan mengizinkan sha pun nak belajar seni pertahanan diri ni utk kebaikan diri sha....seni ni mmg sesuai utk wanita cos ia lebih byk menggunakan tenaga lawan utk control depa....

Kebaikan Aikido

Aikido dicipta di Jepun pada awal ke-20. Diasaskan oleh Morihei Ueshiba. Guru mereka digelar sensei (tok guru). Aikido bermaksud 'mengharmonikan semangat individu'. Gaya ini diklasifikasikan sebagai satu cara penahanan diri. Ia menggunakan kesemua tenaga penyerang dengan menyesuaikan berat badan dan memastikan keseimbangan dalam gerakan. Teknik ini juga mengajar teknik jatuh yang betul dan bagaimana menyesuaikan diri dengan teknik berlawan yang berbeza. Aikido boleh meningkatkan tenaga, kekuatan tubuh, menenangkan fikiran, meninggikan disiplin, meningkatkan refleksi tubuh dan memperkembangkan tenaga dan kuasa dalaman.


Pergerakkannya sangat lembut, tak guna banyak strength. Kalau kita bertubuh kecil, gemuk or kurus pun kita boleh tumbangkan orang yang lebih besar dari kita yang penting kena ada stamina.

Aikido ada banyak cabang. Aikikai , Kaishin kai, San do kai, Yoshinkan, Shitokan, Aikikenryukai dan lain-lain lagi. Di UIA diajar Aikido Aikikai. Orang Barat pun ramai yang join. Kenal tak Steven Seagal, dia adalah salah satu tokoh dalam aikido.
Aikido bukan teknik melawan atau menyerang orang. Bukan juga menahan serangan. Tapi ialah suatu teknik yang bermain dengan sendi lawan. Pergelangan tangan pihak lawan, bahu dan lengan. Kalau kita dapat pegang sendi-sendi ni, pihak lawan takkan mampu bergerak. Jadi apabila pihak lawan menyerang kita, kita akan mengelak dan tangkap tangan dia, tak perlu melawan atau menahan diri. Tapi teruskan sahaja gerakan dia dan kilas tangannya ke suatu sudut yang dia takkan dapat melawan kita. 
Aikido tak seperti tae kwon do, karate atau silat yang memerlukan kekuatan yang padu. Aikido tidak begitu memenatkan. Cuma semasa warming up je meletihkan. Aikido teknik boleh baling-baling orang. Ada cara jatuh yang betul agar kita tak sakit. Orang yang belajar akan tahu. Tapi kalau apply kepada outsider yang tak tahu, memang sakit gila. Kena rolling cara yang betul, back rolling, flip, kena jaga postur tulang belakang. Sensei selalu marah jika duduk secara bongkok. Macam mana nak luruskan tulang belakang ialah bayangkan ada orang sedang cucuk pisau kat belakang kita takkan la nak bongkok. 

6 comments:

  1. eh awak dh tukar nama eh.hehe.ptt x kenal.hmm bagusnya masuk klas tekwwando.rara nt princess dh besar pon nk bg masuk klas ni jugak.

    ReplyDelete
  2. comel amzar pakai baju aikido tu ;)

    ReplyDelete
  3. Hola GR!

    Menarik! Teringat dulu Marya teringin sgt nak masuk taek kwan do *betul ke ejaan ni* ... Tapi mak & abah tak mampu nak bayar so tgk jelah dr jauh... skrg ni kalau boleh nak beri apa yg kita tk dpt dulu pd anak2... tp ikut kemampuan gaklah...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. cik puan rara: sha tak tukar nama cuma hr tu bila ada prob nak upload pic pakai yahoo (golden rose) akaun sha guna gmail ni...trus dah terlogin guna akaun ni plak

    ReplyDelete
  5. sweet: thanks...budak2 pakai apa pun comei ja tgk

    ReplyDelete
  6. marya: betul3....sha dulu blajar silat xp kejap je cos my mum tak bg konon gal tak bagus blajar gaduh2...hahaha....woteva....dats y sha lani bg amzar blajar apa yg sha tak dpt nak blajar dulu

    ReplyDelete

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...