March 29, 2013

Tazkirah Jumaat ~ 19

 
~google~

March 26, 2013

5 perkara yang perlu disegerakan

Untuk renungan dan iktibar kita bersama...



Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada 5 tempat. Maka ia termasuk sunnah Rasulullah s.a.w :

1. Memberi makan tetamu, apabila ia berkunjung.
2. Menyiapkan perkuburan mayat, bila ia telah meninggal.
3. Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4. Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5. Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannya.

Lima pesanan dari Syaikh Al-Balkhi :
"Ambil olehmu lima perkara, kemudian amalkan,"

- Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepada-Nya.
- Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluanmu selama umurmu di dalamnya.
- Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azab-Nya. Nauzubillah..
- Persiapkan bekal di dunia, untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.
- Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal di dalamnya.
Harta bertimbun boleh menyebabkan lima perkara :

Dari Sufyan Sauri ;
"Tiada berkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya 5 perkara..."

# Panjang angan-angan.
# Sentiasa tamak.
# Sangat kedekut.
# Berkurang waraknya.
# Lupa kepada akhirat.

(Ibnu hajar Al-Asqalani)

sumber

March 25, 2013

Dah dapat balik dompet yang hilang itu

Last week sha dpt panggilan dari balai polis...mula2 tu cuak gak la...dok pk maybe cos saman yang sha tak bayar lagi tu but bila dengar ayat 'dompet puan ada dlm simpanan saya...ada org mai bagi' trus ceria...bersinar-sinar mata....ALHAMDULILLAH....akhirnya sha dpt balik purse sha yg hilang nearly 3 months tu...rezeki ALLAH...syukur sgt2 lebih2 lagi bila dengar semua docs termasuk voucher tunai kecuali duit ada dlm tu...ALHAMDULILLAH...so pas dpt izin bos trus bergegas ke balai polis jumpa koperal lee utk amik purse....mulanya sha wonder mcm mn la koperal ni tau no sha but bila tringat yg sha penah buat repot so no wonderla bleh dpt no tel sha....tula kelebihan buat repot...

Sib balai tu dekat je dgn office sha...walking distance....so sesampainya balai after tunggu tak smp 5 minit sha dah dpt balik purse sha..tak yah nak sign ke ape ke....trus koperal tu kasi purse sha....then sha pun checkla dlm purse tu apa2 yg ptt....ALHAMDULILLAH purse dlm keadaan elok & brg lain semua lengkap kecuali duit...tu tak leh nak kata apa la....koperal tu ckp dia dpt no sha dr repot yg sha buat.... :) ...sha tak tanya plak sapa yg bagi or jumpa kat mana...excited punya pasal lupa nak tanya hal tu semua...balik office br tringat nak tanya....but its already late......namun sha doakan moga hidup manusia prihatin yg sanggup bg purse sha kat balai polis tu diberkati & dilimpahi kurnia dr ALLAH...ameen

Kat office, sha mulala search brg2 dlm dompet...utk kepuasan...maklumlah dah dekat 3 bulan tak tgk purse tu...rinduuu...walaupun sha dah rugi RM100++ (ic RM60+lesen RM20+ATM RM20+duit dlm purse) but sha syukur at least sha dpt balik semua voucher tunai (RM100++ + segala member kad (sib tak buat balik hr tu....jimat duit) + gambar my late dad & gambar amzar.......ALHAMDULILLAH rezeki.....

Dapat ja my purse + segala kad maka automatic sha cancel medic card yg sha minta tukar tu..sib tak siap lagi walau sha tau yg actually dorang br nak stat buat...woteva...tetap ada hikmahnya...if not lesap RM10 sha...kad pacific & KFC sib tak buat baru hr tu.....kad2 lain ALHAMDULILLAH dah slamat smp tangan sha...

Balik umah zasss menuju ke singki utk cuci purse tu....maklumla....ntah mana purse sha landing selama 3 bulan ni before smp tangan sha...apa2 pun syukur sgt2...betulla...bila sesuatu rezeki tu mmg ALLAH tentukan utk kita maka tak lari ke mana la....mesti smp kat kita gak akhirnya

March 15, 2013

Anda di mata orang lain…

 
Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

OK, sekarang masih ada yang berminat?”.

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Siapakah Dr. Aafia Siddiqui?

Assalamualaikum w.b.t

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah.

Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ***** untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma.

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."

Keadilan untuk Aafia!! tolong SHARE!!!

Sumber : facebook page Ahli Fikir

Tazkirah Jumaat ~ 17

 
~google~

March 14, 2013

Cover Line Andai Tersalah Tegur Orang

Terbaca dalam 1 blog ni...mmg membuatkan sha tergelak sorang...trus tringat nak share dgn readers sha plak...moga korang terhibur ye...

1. Teruskan menegur, Kalau dah memang kompom salah, korang reka je cerita yang korang macam bebetul kenal dia sampai dia pun terlayan dengan korang..

2. Alang-alang dah silap tu, korang selamba je tegur benda yang ada kat sekeliling... dinding, siling, lantai atau apa saja sampai orang tu malas nak layan karenah korang.

3. Bila dah salah tegur orang tu korang terus berpura-pura tengah bercakap dalam handphone..

4. Menyamar jadi pegawai daerah ker, ketua kampung ker, AJK banci penduduk ker, atau apa-apa pekerjaan yang berurusan dengan orang.

5. Nak elak korang digelakkan, korang gelakkan diri korang siap-siap. Berpakej dgn guling golek-golek serta lelehan air mata sampai orang sekeliling tension dan melupakan insiden itu begitu saja.

6.Cakap jaa memang hobi korang tegur orang tak kenal, nak tambah kawan tapi pastikan alasan ini digunakan dengan orang yang berlainan jantina.

7. Mengaku sebagai saudara jauh yang tengah mencari waris pasal harta pusaka, nescaya diorang akan kenal korang serta mata tanpa ada paksaan...
 

dulu slalula terjadi but now sha dah tak mulakan tegur orang until sha benar2 pasti yg sha kenal dia

March 11, 2013

PM umum 'berita baik' untuk penjawat awam

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

-  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

sumber

BERITA BAIK Gaji, Elaun rumah dan COLA penjawat awam naik lagi?

SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja sektor awam meletakkan harapan tinggi agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 'berita baik' menjelang tengah hari ini - antara dua hingga lima perkara penting termasuk imbuhan tetap perumahan dan kajian semula isu gaji maksimum. Beberapa pemimpin Cuepacs yang dihubungi yakin sekurang-kurangnya akan ada dua pengumuman penting iaitu yang berkenaan dengan imbuhan tetap perumahan bulanan 1.4 juta kakitangan dan gaji maksimum yang menyentuh kepentingan sekitar 20,000 penjawat awam.

"Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara sebelum ini, kami yakin akan ada berita baik berkenaan dua perkara ini, kalaupun tidak kesemua lima perkara," kata pemimpin kanan Cuepacs.

Bagaimanapun kata pemimpin itu, "saya tidak melihat akan ada pengumuman mengenai kenaikan gaji, sebab kenaikan gaji telah dibuat tahun lalu."

Oleh itu katanya, "berita baik lebih kepada soal kajian semula elaun seperti imbuhan perumahan dan elaun sara hidup (Cola)."

Najib dijadual hadir Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Putrajaya hari ini.
Seorang lagi pemimpin kanan Cuepacs yang tidak mahu namanya dipetik berkata, kajian semula kaedah gaji maksimum dilihat antara perkara penting akan diumumkan oleh perdana menteri.

"Perkara ini menjadi penantian ramai khususnya sekitar 20,000 kakitangan awam... kemungkinan pelaksanaan dikuatkuasakan mulai 1 Januari.

"Walaupun kesan pelaksanaan melibatkan 20,000 orang pada masa sekarang, tetapi dalam jangka panjang ia akan melibatkan kepentingan keseluruhan kakitangan awam," katanya.

Pemimpin itu juga tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan hasil kajian awal Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

"Kemungkinan beberapa baik dalam sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) (yang telah dibatalkan), seperti penyusunan semula gred akan diumumkan untuk pelaksanaan. Perkara baik dalam SBPA tak salah dikekalkan dan dilaksanakan," katanya.

Suruhanjaya itu yang dibentuk Mac 2012 dan bergerak sejak Jun lalu diberi masa enam bulan untuk membuat kajian.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.

Ia dibentuk susulan pembatalan pelaksanaan SBPA dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Pada 1 Mac lalu, Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji.

Beliau berkata, kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara tersebut merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam negara ini.

Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.

Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam, hari ini, perdana menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam.

"Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif, kita sama-sama tunggu.

"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.

Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.

Pemimpin-pemimpin Cuepacs juga menjangkakan pengumuman menarik mengambil kira pemberian insentif kepada kakitangan Kastam Diraja Malaysia, yang diumumkan akhir Januari lalu.
Warga agensi itu akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding 2011.

"Keseluruhan nampak ada kelainan kali ini. Jadi, kakitangan agensi lain juga mengharapkan sesuatu... kajian semula elaun ini antara yang penting," katanya.

Cuepacs memohon agar kerajaan menyeragamkan kadar Cola tidak kira zon. Begitu juga imbuhan tetap perumahan yang dilihat rendah mengambil kira kos hidup dan kadar sewa rumah yang semakin meningkat.

sumber

March 06, 2013

Amzar's KAFA class

Sementara mood tgh baik ni better sha update cepat2 if not mmg bersawang blog sha t...

well ni plak kisah nak anta amzar p kelas KAFA....ye sbg umat Islam dah menjadi kewajiban kita utk mempelajari ilmu agama....walau tak secara mendalam at least kita perlu ada ilmu dlm hal2 basic...betul tak? sha tulis ni cos sha tersembang dgn parent yg kata anak dia tak p pun kelas KAFA xp lulus ja ujian KAFA kat sekolah....oh tidak....kelas KAFA bukan utk lulus ujian je ye adik2..:).....hmmm sha tringat ustaz sekolah amzar penah ckp masa dia melawat penjara hampir separuh banduan Islam tak tau baca Al-Quran...yg plg sadis mereka langsung tak tau mandi wajib & x penah mandi wajib seumur hidup mereka....astaqfirullah....

mulanya sha roger dgn kawan yg dikenali masa 1st day sekolah amzar....mak kepada murid sekelas amzar.....so sha diberi no sorang ustaz utk daftarkan amzar dikelasnya...after call & bertanyakan some info sha janji nak gi register t....kelas adalah dr hari isnin smp khamis dr 8-10pm...but sha tak to nape hati sha mcm berat hmm mcm something lack....but sha still proceed.....awal januari pas amzar balik dr sekolah (amzar sekolah petang) after maghrib sha bw amzar gi kelas KAFA nak register...but hampa sgt bile ustazah tu ckp kelas dah penuh....mmg tak leh tambah murid even sorang pun...call ustaz tu & tanya cos sha kan dah janji nak register but jawapan mmg hampa....ustaz tu soh tunggu smp tengah bulan kot2 ada budak yg tak nak dtg ke...if ada tpt kosong then bleh joinkan amzar...hmm...walaupun hampa but i dunno y deep inside my heart mcm lega....mungkin ada hikmahNya but sha masih tak nampak

balik tu after mandikan amzar & makan sha soh amzar buat homework.....Ya Rabbi punyala payah amzar nak buat homework....penatla, letihla, ngantukla siap teriak & nangis2 mcm kena pukul...mcm2 alasan...mmg menguji kesabaran sha...lepas kena marah & diwarning dgn rotan baru amzar stat buat tu pun mata penuh dgn air mcm kena dera....sabo jela....sementara tunggu amzar buat homework suddenly sha terfikir if mcm ni la keadaan amzar pas balik sekolah mcm mn dia nak p KAFA...my mum pun risau mcm mn amzar nak p KAFA if buat perangai mcm ni...ye sha baru sedar amzar akan keletihan...rase bersalah pun marahkan amzar tadi tanpa memahami kepenatan dia.....amzar smp umah dr sek dlm kul 715pm then mandi, makan (ntah sempat or tak) pastu 745pm kena gi kelas KAFA yg stat kul 8pm smp 10pm...then balik dlm kelaparan kena makan if tak sempat makan before gi KAFA...then buat homework/study cos hanya waktu mlm ja sha ada kat umah....pagi mmg tak leh buat homework cos takde org nak ajarkan...mesti amzar penat & tensi+stress.....jgn ingat budak2 takde tensi ye...cube tanye doktor...so sha amik keputusan utk kosongkan aktiviti amzar for weekdays means amzar hanya concentrate utk school, mengaji, homework & study...& weekend plak br attend any activities....even sha yg akan penat cos takde cuti langsung but for amzar sha rela.... rupanya inilah hikmahNya..

dlm masa sha survey kelas KAFA utk amzar sebelum ni sha sempat amik ctc no kelas KAFA yg lain yg berdekatan dgn rumah.....so sha call & after ckp dgn ustazah tu sha confirmkan betul2 samada ada tpt utk amzar takut jadi mcm hari 2....so ustazah tu confirmkan & class stat trus after register....KAFA ni only weekend sbelah pagi...ada satu kelas on weekdays sebelah petang but amzar tak dpt hadir & ustazah said ok cos subjects weekdays tak brp penting sgt moreover amzar ada byk masa utk belajar subjects yang terlepas tu....amik kesempatan registerkan my nephew skali utk KAFA

 on 1st day KAFA...can u spot where is amzar?

 
2nd day.....menung apa tu amzar

 
tgh fikirkan masalah negara ke...

 
ni plak a week after

 
bergaya dgn baju KAFA....abaikan muka macham & gebu amzar...tgh frust cos sha paksa amzar makan breakfast smp tak bagi sha lapkan bedak kat muka dia

 
masih macham

alahai my baby...comei je tgk muka macham amzar ni...suka sakat amzar

March 05, 2013

Amzar's aikido class

Sha mmg dah plan dr awal utk masukkan amzar ke kelas ilmu pertahanan diri once amzar dah darjah 1....so sha mulakan pencarian ilmu mana yang baik buat amzar for d moment....matlamat sha hanya nak cari ilmu yg bleh mengajar amzar berdisiplin, bertenang & fokus memandangkan amzar mmg lack dlm hal2 tu....biasalah budak2 bukan senang nak soh die focus pd satu2 hal....so dr seni taekwondo sampaila silat sha survey punya survey dimana akhirnya sha pilih aikido...ye sha tak penah dengar & tengok seni aikido sblm ni but melalui pelbagai feedback & aim seni ni sha rasa aikido yg plg sesuai buat amzar sekarang....buat masa sekarang sha tak expect amzar join pertandingan atau belajar menyerang, sha hanya nak amzar tau mempertahankan diri bila diserang....so sbg permulaan sha masukkan amzar dlm kelas aikido...esok2 bile dah besar if amzar nak join seni lain atau bertanding sha takkan halang cos amzar dah belajar so dia lebih tau apa yg dia nak.....

Even bz dgn exam sha cuba call sensei & fix d date..on 2 feb sha bw my family gi survey tempat cos amzar akan dihantar d next day dimana sha ada kelas time tu....so minta tolong my sis antarkan...

 
 lepas class trus rushing nak tgk amzar

disebabkan kelas hanya 1 hour so kebanyakan parents mmg tunggu smp kelas habis

dlm masa yg sama sha analisa cara sensei mengajar & of cos his attitude too

Bile ada kids main2 & tak fokus termasuk amzar sha usha je master tu....risau gak if amzar kena marah skali.....mother's heart mmg tak leh tgk anaknya dimarah oleh org lain.....dats y masa kelas archery hari tu sha tinggalkan amzar sendiri dgn coachnya....sha ingatkan die nak tengking ke, marah ke but die sangat sabar, tenang & lembut...means tak tengking2 or marah2

 
 paling sha teruja bila budak pompuan ni yg asyik tak fokus & kejap2 lari but everytime budak tu lari master ni dgn sabar pegang bahu budak tu & berdirikan balik kat tempatnya...ye tanpa tengkingan or jeritan...dgn penuh sabar...if sha d tpt master ni dah lama dewan ni bergegar dgn suara rimau sha t

 
 but pelik plak...even diajar tanpa tengkingan takde plak yg tak ikut arahan ke ape....tiap kali diarah buat any position budak2 ni buat je....hmm something dat i must learn




bilangan yang kecil membolehkan master fokus pada setiap anak muridnya satu persatu



masa tgh belajar ni if baju/suar kids terbuka ke or belt diorg tertanggal ke if kids tak pandai betulkan master tolong betulkan...yup v parents tak masuk campur masa pengajaran...kids hanya dtg kat v all bila diberi rehat 5 minit utk minum air

walau diajar dgn tenang but sha nampak ada ketegasan pada master ni....if ada budak yg tak ikut arahan, master ni tengok je budak tu dimana finally budak tu dgn sendiri buat apa yg master suruh...something i should learn too




rupanya kelas ni hanya utk budak bawah 12 tahun......yg above 12 tahun plak lepas kelas ni....mmg ramai...good...mmg patut pun diasingkan supaya bleh tumpukan lebih perhatian pd kids ni....

  
ni plak a week after..

 
amzar wif his aikido dress

 
dis time bw my nephew plak join...kali ni sha tgk bebudak ni dah bleh ikut arahan tanpa main2 walau ada ja some even badan ikut arahan but mulut becok mengalahkan master....hahaha....budak2...comel je tgk diorg
 
dr hr ke hari makin bertambah plak students.....

sha mmg akan stay disini sepanjang kelas together wif other parents....kelas hanya sejam so tara sha balik umah then nak mai balik pun dah amik masa sejam so better sha stay & tgk mereka belajar...at least sha bleh tolong amzar train kat umah t....& dlm ms yg sama sha pun bleh train skali dgn amzar kat umah...ada udang dlm mee sebenarnya ;p

  
insya ALLAH bila keadaan mengizinkan sha pun nak belajar seni pertahanan diri ni utk kebaikan diri sha....seni ni mmg sesuai utk wanita cos ia lebih byk menggunakan tenaga lawan utk control depa....

Kebaikan Aikido

Aikido dicipta di Jepun pada awal ke-20. Diasaskan oleh Morihei Ueshiba. Guru mereka digelar sensei (tok guru). Aikido bermaksud 'mengharmonikan semangat individu'. Gaya ini diklasifikasikan sebagai satu cara penahanan diri. Ia menggunakan kesemua tenaga penyerang dengan menyesuaikan berat badan dan memastikan keseimbangan dalam gerakan. Teknik ini juga mengajar teknik jatuh yang betul dan bagaimana menyesuaikan diri dengan teknik berlawan yang berbeza. Aikido boleh meningkatkan tenaga, kekuatan tubuh, menenangkan fikiran, meninggikan disiplin, meningkatkan refleksi tubuh dan memperkembangkan tenaga dan kuasa dalaman.


Pergerakkannya sangat lembut, tak guna banyak strength. Kalau kita bertubuh kecil, gemuk or kurus pun kita boleh tumbangkan orang yang lebih besar dari kita yang penting kena ada stamina.

Aikido ada banyak cabang. Aikikai , Kaishin kai, San do kai, Yoshinkan, Shitokan, Aikikenryukai dan lain-lain lagi. Di UIA diajar Aikido Aikikai. Orang Barat pun ramai yang join. Kenal tak Steven Seagal, dia adalah salah satu tokoh dalam aikido.
Aikido bukan teknik melawan atau menyerang orang. Bukan juga menahan serangan. Tapi ialah suatu teknik yang bermain dengan sendi lawan. Pergelangan tangan pihak lawan, bahu dan lengan. Kalau kita dapat pegang sendi-sendi ni, pihak lawan takkan mampu bergerak. Jadi apabila pihak lawan menyerang kita, kita akan mengelak dan tangkap tangan dia, tak perlu melawan atau menahan diri. Tapi teruskan sahaja gerakan dia dan kilas tangannya ke suatu sudut yang dia takkan dapat melawan kita. 
Aikido tak seperti tae kwon do, karate atau silat yang memerlukan kekuatan yang padu. Aikido tidak begitu memenatkan. Cuma semasa warming up je meletihkan. Aikido teknik boleh baling-baling orang. Ada cara jatuh yang betul agar kita tak sakit. Orang yang belajar akan tahu. Tapi kalau apply kepada outsider yang tak tahu, memang sakit gila. Kena rolling cara yang betul, back rolling, flip, kena jaga postur tulang belakang. Sensei selalu marah jika duduk secara bongkok. Macam mana nak luruskan tulang belakang ialah bayangkan ada orang sedang cucuk pisau kat belakang kita takkan la nak bongkok. 

March 04, 2013

Amalan sedekah al-Fatihah kepada orang yang mati



1. Membaca doa dan bersedekah untuk si mati InsyaAllah sampai, menurut jumhur ulama' dan sebahagian fuqaha menganggap perkara ini merupakan ijma.'

2. Di dalam hadith Muslim, terdapat sunnah mendoakan dan memberi salam kepada ahli kubur apabila melalui kawasan perkuburan dengan membaca :

السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله للاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية

'Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur, dari kalangan mukminin dan muslimin, InsyaAllah kami akan menyusul kalian, Aku berdoa kepada Allah supaya memberi keselamatan kepada kami dan kamu. [riwayat Muslim]


3. Walaubagaimanapun, perbuatan membaca al-fatihah kepada si mati atau menyedekahkan pahala bacaannya kepada si mati tidak pernah diajarkan oleh Nabi salallahualaihiwassalam dan bukan merupakan amalan para sahabat dan kaum salaf.


Tidak diriwayatkan walau satu hadith, cerita atau apa jua kisah bahawa baginda SAW dan para sahabat pernah melakukan amalan sedekah al-fatihah kepada orang mati dikalangan mereka.


Isunya bukan soal sampai tak sampai, tetapi soal tak pernah dibuat oleh Nabi SAW dan ianya masalah ibadah serta tidak boleh melakukan sesuatu yang Nabi SAW tidak buat.


4. Sedekah ialah memberikan sesuatu yang sudah kita miliki, adapun pahala bacaan al-fatihah belum tentu dimiliki oleh kita kerana boleh jadi saja ianya ditolak oleh Allah SWT kerana tidak ikhlas, tidak betul tajwid atau salah sebutan bacaan sehingga maknanya lari.


Lalu jika pahala al-fatihah itu pun belum dijamin dapat, bagaimana mahu diberikan kepada orang lain ? Kalau sedekah harta dan sesuatu milik kita maka hal tersebut sudah jelas dan sememangnya diterima oleh syarak.


5. Sunnah mengajar kita supaya membaca 'إنا لله وإنا إليه راجعون ' apabila mendengar berita kematian atau musibah dan kemudian mendoakan si mati jika dia orang yang beriman dengan membaca doa yang baik-baik seperti contohnya doa : اللهم اغفر له وأعقبنا عقبى صالحة ' Ya Allah, ampunilah dia dan gantikanlah bagi kami dengan ganti yang baik. [Riwayat Abu Daud] atau membaca doa yang masyhur dibaca ketika solat jenazah :

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه


6. Tiap amalan yang kelihatan baik tetapi tidak dilakukan oleh Rasul dan para sahabat pastinya tertolak atau tidak benar sebab jika ianya perkara baik sudah pasti mereka akan mendahului kita. Ini berdasarkan kata-kata Huzaifah al-Yaman RA yang menyebut :

كل عبادة لم يتعبدها أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فلا تعبدوها

'Setiap ibadah yang tidak dilakukan oleh para sahabat Rasulullah Salallahualaihiwassalam maka janganlah kamu melakukannya.


7. Namun, jika ada yang tetap mahu berkeras melakukan amalan membaca surah al-fatihah dan menyedekahkannya kepada orang mati maka janganlah dicela atau dimusuhi mereka sebaliknya menjaga ukhuwah dan persaudaraan se-Islam itu adalah lebih utama dan lebih mulia. Daripada Jabir RA menyebut, bahawa Nabi Sallahualaihiwassalam bersabda : إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ أَيِسَ أَنْ يَعْبُدَهُ الْمُصَلُّونَ فِي جَزِيرَةِ الْعَرَبِ ، وَلَكِنْ فِي التَّحْرِيشِ بَيْنَهُمْ Sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk disembah di jazirah Arab tetapi dia akan berusaha menanamkan bibit permusuhan dikalangan manusia. [riwayat Muslim no. 2812]

March 01, 2013

Susu lembu asli

Korang suke tak minum fresh milk?...maksud sha bukan yg dlm kotak tu...but ni fresh from farm...well sha adalah penggemar susu lembu smpkan bleh beza antara susu tepung & fresh milk asli/tambah air hanya melalui rasa...& sha prefer minum fresh milk yg betul2 fresh dr farm...oleh kerana gemar dan pengalaman tinggal kat India slama 3 bulan mengajar sha utk membezakan antara fresh milk mana yg ditambah air or tak...maklumla pedalaman india byk menggunakan fresh milk....& maybe cos sha suka milk maka amzar pun automatically takde prob dgn susu or maybe cos sha suke minum susu time preggykan amzar kot....well ni bukan nak cite pasal taste susu ke ape but nak crite pasal kandang lembu (nak kata farm bkanla besar mana pun tptnya)....

every weekend sha/family akan singgah stall ni utk bli fresh milk yg tak ditambah dgn air (if bli dr uncle2 motor yg jual kat area umah slalunya ditambah air so kefreshan tu mmg tak dpt dirasa)....at least seminggu sekali v all wajib minum susu lembu asli ditambah badam + gajus hancur, kurma dibuang biji, kismis, buah pelaga...taste...wallah mmg kalah segala susu2 mahal di pasaran...

kandang lembu

 eh...muka aku masuk blog golden rose la....pemes aku t... :P

 ko tepila bontot tu....dahla legam ada hati nak tayang muka kat blog...meh cik adik amik gambo abe yg henchem ni

 pengusaha fresh milk

 sementara tunggu susu diperah

sorry gambo susu diperah tak dapek sha nak amik cos seram sikit nak masuk kandang lembu ni....pandangan2 mamat lembu ni nampak menggoda...utk mengelakkan dr diserang lebih baik sha amik langkah slamat amik gambo dr jauh je janji mamat2 ni dpt interprem blog sha

pengusaha ni ada gak jual susu kambing ye...& sha tak pernah gi rasa susu kambing ni...insya ALLAH dah plan nak rasa t...

before tu nak cite skit....kaum Hindu percaya lembu adalah Tuhan mereka....lembu akan dijaga & dihormati....makanya before sentuh lembu ke ape mereka akan membersihkan diri mereka...& before perah susu, kandang lembu akan dibersihkan dr najis lembu


akhirnya selepas menunggu hampir 45 minit sha pulang dgn habuan 2 peket fresh milk tak ditambah  air....berkat sabar menunggu.....sepeket RM5...sempat lagi petik bunga ros kampung & melur mawar (takde pic) yg meliar kat area sana.....my mum plak dpt habuan tangkai bunga ros kampung ni....ros ni la digunakan utk membuat rose water...mmg wangi sesgt

Tazkirah Jumaat ~ 15

 
~google~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...