April 29, 2013

Health tips~1


April 26, 2013

Tazkirah Jumaat ~ 23

 
~google~

April 19, 2013

Tazkirah Jumaat ~ 22

~google~

April 16, 2013

Adat bersin


 

Daripada Abu Hurairah r.a.,“Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya untuk menutupnya sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ” [Alhamdulillah] (Segala puji untuk Allah). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin hendaklah mendoakannya dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah] (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah], maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” [Yahdikumullah wayus-lihu balakum] (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (HR al-Bukhari)

sumber 

April 12, 2013

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT


 


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

sumber

Israel diserang belalang

KEMEHIN - Israel memulakan perang ke atas sejumlah besar belalang dari Mesir kelmarin untuk menghalang serangga tersebut daripada memusnahkan tanaman di selatan negara itu.

Serangga tersebut yang terbang dalam berkumpulan sehingga membentuk awan di langit.
Ia 'menyerang' Israel tiga minggu sebelum hari perayaan Yahudi, Passover.

Beberapa pegawai berkata, belalang itu melitupi kawasan seluas hampir 800 hektar di padang pasir dalam tempoh semalaman.

Pihak berkuasa pertanian Israel menyembur racun serangga dan darat untuk cuba menghapuskan belalang-belalang itu pada awal pagi sebelum embun pada sayapnya kering.

"Kami berharap tindakan kami berkesan," kata seorang juruterbang berkenaan kepada stesen radio tentera.

"Harap-harap kerosakan yang dibawa serangga itu hanya minimum," tambahnya.

Menurut juruterbang itu, kehadiran sejumlah besar belalang yang membawa bencana dengan memakan tanaman penduduk pernah berlaku sebelum ini pada tahun 2004.

Sementara itu seorang penanam ubi kentang yang tinggal sekitar tiga kilometer dari sempadan Mesir, Pavel Rosenfeld berkata, setakat ini 30 hingga 40 peratus tanamannya sudah rosak.

"Semuanya bergantung kepada tiupan angin dan kami berdoa agar angin tidak akan membawa lebih banyak belalang," katanya. - Reuters 

sumber kosmo
 
"Maka Kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa." (Surah Al-A'raf, 133)
 

Tazkirah Jumaat ~ 21

 
~google~

April 11, 2013

Hukum Menguap


 

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang
yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan
'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula
mengucapkan 'Yarhamukallah! '.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap,
hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila
seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang
bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya
pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang
terbuka.” Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orangorang
yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang
kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan
yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara
ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di
luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap. 

sumber

April 10, 2013

April 09, 2013

Hukuman Mati Paling Kejam dan Ngeri Di Dunia

1. Ditanam Hidup-Hidup

 Hukuman ini telah digunakan kepada individu ataupun secara kelompok.Mangsa biasanya diikat dan kemudian ditempatkan dalam sebuah lubang dan ditanam. Salah satu yang paling terkenal adalah pembunuhan ketika Perang Dunia II semasa tentera Jepun menanam hidup-hidup warga sipil China.Tahukah korang berapa mangsa yang ditanam hidup-hidup ? Mengikut info,hampir 10,000 orang telah ditanam hidup2 dalam tanah!

2. Snake Pit
Ini adalah salah satu lagi bentuk Penyiksaan yang boleh dikatakan kejam dan ngeri. Narapidana dilemparkan ke dalam lubang dalam dengan ular berbisa.Beberapa pemimpin terkenal dikatakan mati dengan cara ini termasuklah Ragnar Lodbrok, panglima perang Viking, dan Gunnar Raja Burgundi.

 3. Cakar Sepanyol
Penyiksaan ini umumnya digunakan di Eropah selama Abad Pertengahan. Digunakan untuk merobek kulit mangsa, senjata ini boleh robek melalui apa pun, termasuk otot dan tulang.Mangsa diikat telanjang, kadang-kadang di depan umum.Bentuk penyiksaan ini biasanya dimulakan pada tungkai kaki dan hanya menyiksa leher dan wajah saja.

4.Dihiris Perlahan Lahan
 Ling Chi, diterjemahkan sebagai “lambat mengiris” atau “kematian yang masih tersisa” itu digambarkan sebagai kematian dengan seribu luka. Penyiksaan seperti ini bermula pada tahun 900 M sampai tahun 1905, bentuk penyiksaan dengan cara ini perlahan-lahan membuat luka dan menghilangkan beberapa bahagian tubuh, memperpanjang hidup mangsa penyiksaan selama mungkin.

5. Dibakar
Kematian dengan membakar telah digunakan sebagai suatu bentuk hukuman mati selama berabad-abad dan sering dikaitkan dengan kejahatan seperti pengkhianatan dan sihir. Sekarang ini dianggap sebagai hukuman yang kejam.Sebelum abad ke-18, yang dibakar pada tiang panjang adalah amalan umum.Mangsa diikat dan dibakar dihadapan orang ramai yang menyaksikan hukuman ini.

6. Necklacing
Hukuman ini banyak dilakukan di Afrika Selatan. Necklacing sayangnya masih sangat umum hari ini. Necklacing dimasukkan pada mangsa dan lengan, dan kemudian dibakar. Necklacing dasarnya menyebabkan tubuh akan berubah menjadi meleleh.

7.  Dipijak Gajah

Di Asia Selatan dan Asia Tenggara,Gajah telah menjadi bentuk hukuman mati selama ribuan tahun. Haiwan in dilatih untuk melaksanakan dua cara. Perlahan-lahan, dalam cara yang berpanjangan, menyeksa atau menghancurkan, yang membunuh mangsa dengan sekelip mata. Pembunuhan dengan gajah ini berguna untuk menimbulkan rasa takut kepada rakyat jelata, membuktikan bahawa mereka memiliki kemampuan untuk mengendalikan binatang liar.

8. Guillotine
Guillotine adalah salah satu bentuk penyeksaan yang paling terkenal . Terdiri dari pisau tajam diikatkan pada tali, kepala mangsa diletakkan di tengah-tengah bingkai dan kemudian pisau dijatuhkan dan menyebabkan orang yang dipenggal mati serta merta!

9. Digantung, ditusuk, dan dicincang

                                           
Hukuman ini biasanya dijalankan kepada pengkhianat di England. Mangsa akan digantung, ditarik dan dipotong-potong pada abad pertengahan. Hukuman ini telah dihapuskan pada tahun 1814.

Prosesnya hukuman ini dijalankan :
a)Mangsa diseret pada bingkai kayu yang disebut rintangan ke tempat penyiksaan akan dijalankan.
b)Mangsa digantung leher dengan tali untuk waktu yang singkat sampai hampir mati.
c)Isi perut dan alat kelamin mangsa dibakar. Akhirnya, tubuh terbelah menjadi empat bahagian yang terpisah dan selepas itu kepala mangsa akan dipenggal!

10. The Brazen Bull

The Brazen Bull dikenali juga dengan Sicilian Bull merupakan salah satu bentuk penyeksaan paling kejam. Dimulakan di Yunani kuno, kuningan padat dilemparkan ke dalam bentuk lembu kosong, dengan pintu di bahagian samping yang terbuka dan terkunci.

Untuk memulakan penyeksaan, mangsa ditempatkan dalam lembu kekuningan dan api telah dinyalakan dibawahnya. Api logam dipanaskan sampai benar-benar kuning, menyebabkan mangsa di kukus sampai mati. Lembu itu direka sedemikian rupa supaya jeritan mangsa akan terdengar bagai alunan muzik. 

April 05, 2013

DUN Penang dibubarkan

Hari ni secara rasminya DUN di Penang dibubarkan....apa yang kita dengar, lihat dan cakap saja tidak penting....tapi apa yang penting adalah nilai dan kaji....kita diberi masa selama 5 tahun utk menilai....so buatlah pilihan yang terbaik utk kita dan keluarga kita....

tahun ni merupakan tahun kedua sha & adik sha nak undi....tak sabar rasanya....rasa bangga & gembira bila kita nak tunaikan tanggungjawab kita terhadap negara....


Hukum Belek al-Quran Guna Jari Yang Dibasahi Air Liur

Ramai orang dah jadi tabiat bila nak membelek Quran, dia jilat jari biar basah guna air luir, pastu dia belek Quran. Hukumnya HARAM mengenakan air liur pada Quran. Walaupun air liur tu bukan najis tetapi ia sesuatu yang kotor, jijik. Cuba jilat jari mung pastu calit kat muka orang lain. Dia marah tak? Marah lah. Itu tanda air liur itu kotor. Mana boleh kenakan benda yang kotor pada Quran.


 Nanti ada orang kata, "habis tu nak belek muka surat Quran licin nak buat macamana ustaz?". Gunalah air paip! Letak dalam cawan kat sebelah mung. Kalau tak cukup secawan, ambil air satu baldi, apa susah!

"Nak buat macamana ustaz, dulu saya tak tau, ingatkan tak apa...". Dah tau ni, istighfar lah banyak-banyak, pohon keampunan dari Allah.


Petikan dari ceramah Ustaz Azhar Idrus (^_^)
 

Tazkirah Jumaat ~ 20

 
~google~

April 04, 2013

Berbaktilah kepada ibu bapa walaupun selepas mereka meninggal dunia

Dari Aisyah menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W. bertanya : "Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, adakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya"? Nabi S.A.W menjawab : " Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala)".
(Sahih Bukhari dan Muslim)


doa untuk ibu bapa, doa mohon ampun untuk kedua ibu bapa,


Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahawa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah S.A.W, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : "Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia?" Rasulullah S.A.W menjawab : "Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya."
(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

sumber

April 03, 2013

PARLIMEN BUBAR ~ 2013

Parlimen dah bubar.......masih menunggu cm pg ngadap tyt utk rasmi...so lepas ni kita yang berkuasa sekarang.....hahahaah....gelak villain....kuasa apa tu?......UNDI la...apa lagi....so jalankanlah tanggungjawab kita sebagai rakyat ya....pilihlah yg membawa kebaikan kepada kita.....






Cara Khalifah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya

 

Memang tidak dinafikan, wanita lebih banyak bercakap berbanding orang lelaki. Jadi tidak hairanlah jika suami terpaksa menadah telinga mendengar bebelan isteri adakalanya sampai setiap hari. Biarpun leteran itu benda yang sama, ia tetap menjadi satu perkara yang rutin. Namun tahukah anda bahawa Khalifah Umar Al-Khattab juga mempunyai cerita yang tersendiri. Biarpun kita tahu dirinya amat ditakuti kerana sifatnya yang garang, namun apabila dengan isteri, ia sangat menghormati isterinya.

Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.
Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab. Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya. Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?”

Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.”

Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.”

Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya.
Wallahualam.

April 02, 2013

Kerenah amzar bersekolah ~2

Assalamu'alaikum...kerenah amzar lagi....mmg tak habis2 lagi dgn kerenah amzar ni kan...well before amzar stat sekolah sha survey apa yg perlu sha bagi, apa yg perlu sha simpan spare part etc...sib baik stp gifts berbentuk stationary yg amzar dpt sha simpan...tak bagi amzar guna....rupanya ada hikmah....yup sha tak byk berbelanja utk stat amzar...hanya brg selain stat ja sha bli....cos stat amzar mmg lebih dr cukup....same goes tu color pencil....tapi 12 batang ja....mula tu sha plan nak bli yg 24/36 batang but after dinasihatkan by some mommies yang berpengalaman sha bagi amzar color pencil yg 12 batang panjang tu dulu (gift)....maklumla budak br belajar pegang barang so x leh expect brg tu akan kekal mcm tu.....tgk dulu brp lama color pencil tu bertahan....br buat keputusan samada bg yg 24/36 tu atau tak....

memandangkan ni 1st time amzar pegang barang (dulu kat kindy teacher simpan segala stats dorang) sha labelkan segala barangan sekolah amzar dgn nama & kelas dia....dr beg sekolah, tumbler, pencil case, pencils, eraser, sharpener, gunting, gam termasuk setiap batang color pensil.....so tiap hari amzar balik sekolah & after mandi & makan segala sha check setiap buku amzar utk tgk kot2 ada homework if ada homework sha guide amzar buat sambil2 tu sha akan check setiap brg2 amzar plak.....mana yg perlu diasah, mana yg perlu ditop up....pastu dah check segala baru sha akan simpan buku ikut jadual waktu keesokkan hari....Alhamdulillah semua barang perfectos....

Satu hari tu (18/1/2013) sha gi school amzar utk collect duit RM100 yg school bagi....pas collect tu budak2 dah bleh balik dgn parents dorang....so bila nampak sha, amzar trus bersiap nak blik....mlmnya bila sha check bag amzar sha tak nampak pencil case & color pencil....bila tanya amzar, dia jadi blurr.....mulala amzar check bag dia...kesian plak tgk....then baru dia realize rupanya  dia tertinggal kat bawah meja...nampak sedih ja muka dia....amzar tertinggal hari jumaat, sabtu & ahad cuti....even sha mcm tak yakin bleh dpt balik brg2 tu cos amzar sesi petang.....but sha minta amzar check on monday t.....pencil case mahal tu...but sib baik sha amik precaution iaitu stats dlm tu & color pencil jenis murah....so sha bekalkan stat yg baru utk amzar...kali ni semua pun murah & without label....& as i thought mmg amzar tak jumpa stat dia.....wot to do dah bukan rezki dia...lgpun kebanyakkan mommies pun ckp mmg susah nak dpt specially bila ada 2 sesi sekolah ni......but...yup ada butnya....keesokkan harinya pas anta amzar gi TASMIK sha trus menghala ke pejabat...don't know y but sha feel better sha report kat penolong kanan petang..walau tak mungkin bleh dpt balik stat amzar but at least utk kepuasan hati sha & utk elak hal ni terjadi lagi sha report gak...masa report tu sha tak perasan guru besar pun ada sama....& apalagi berlakula segala luahan & ketakpuashatian sha...guru besar tu ckp mmg hari2 dorang pesan kat bebudak yakni 'brg org if jumpa jgn amik, masukkan dlm box kat depan pejabat'....& of cos brg amzar takde dlm box tu....pen kanan tu tak jamin sha bleh dpt balik stat amzar but she'll check dgn budak class amzar sesi pagi....pas report tu baru sha rasa lega...baik ada dr takda kan...

a week later amzar balik dr school dgn wajah ceria tunjuk pencil case & color pencil dia yg hilang tu....ALHAMDULILLAH dah rezeki amzar...sha tanyala mcm mn amzar dpt.....amzar kata guru kelas dia yg bagi....'hmmmm guru kelas amzar simpan kat bilik darjah ke'....'tak, guru kelas amzar gi bilik guru pas habis kelas, pastu dia mai balik & bagi brg2 tu'....oic...means maybe pihak sekolah ada buat spot check & disebabkan brg2 amzar kan ada label maka dgn mudahnya amzar dpt blik brg2 tu.....

tu crita di awal sekolah...& after a few weeks later amzar hilangkan dompet dia plak...wallet mahal plak tu......hmmm kali ni sudah tentu sha .......TAK REPORT.....biarla amzar belajar tanggung akibat drp kecuaian dia tu....of cos wallet amzar ada nama amzar but dah sah mmg tak dpt....if tiap kali hilang brg tiap kali tu gak sha repot makanya amzar akan trus cuai cos dia akan ingat mak dia ada utk report then pas report bleh dpt blik....nehi kabhi nehi meri bedha....belajarla berdikari & bertanggungjawab ye...as long as tak terlibat dgn menda2 besarla....after 2nd wallet pun hilang finally no wallet anymore....apa guna poket kat suar tu.....walaupun ada ja stat yg tak cukup dlm school bag amzar sha dah mula abaikan....juz top up ja...but top up berkadar....means eraser faber castell tu dipotong 2, if panjang sikit potong 3...bleh la tahan dlm 3 minggu...ruler yg murah, sharpener yg murah, color pencils top up (ikut kepanjangan) dgn color pencils murah yg dbli tiap kali gi shops dimana sudah tentu akan berterabur tanpa boxnya slps 2 kali penggunanaan....tiap2 hari check & asah siap2 segala pencils & color pencils dia....tak nak bg amzar asah sendiri dimana dah sah2 pencils akan cepat pendek.....bukan tak nak kasi yg berkualiti but merugikan ok....tu pun wajib hilang even after dah pesan jaga brg2 tu baik2...hmmm sabor jela....

well cos of dat sha decide until amzar pandai jaga barang2 dia sha takkan kasi stat yang berkualiti kat dia...biarlah dia blajar dr brg2 murah dulu....mak amzar ni pun dulu pakai brg2 murah gak walaupun dah sekolah menengah nak oi.....bukan nak berkira but 10 sen pun duit ok....bukan senang nak dpt duit wei....hanya yg menanggung ja yg tau nikmat 10 sen tu.....but amzar is bijak ok....stat yg hilang amzar dah mula pandai bli sendiri kat book shop gitu...then balik dgn wajah ceria tunjuk kat sha...reaksi sha?...anakku dah besar...dah pandai gi book shop...dah pandai bli brg sendiri...good3...keep it up....hahaha...mula2 tu 'takkan nak marah kot...biarlah budak baru pegang duit tu'....xp lama2 'if hari2 melabur kat book shop meleburla duit tu t'.....so....hehehe.....mak lagi bijak k....apa yg bijaknya tu kita sambung next entry ye.....

April 01, 2013

Say No to April Fool



Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam. 

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...