April 14, 2011

Tabiat yang merosakkan OTAK



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi,
paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit
'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan
bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak
kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada
sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



6 comments:

  1. nombor 1, 2, 4, 6, dan 8 semua saya buat. haha patut la otak ni lemb semacam jer..adeh

    ReplyDelete
  2. no 3 tu bagus kalau perokok baca..hati terbakar ni kalau org merokok kat kedai makan..

    ReplyDelete
  3. 1,2 dan 6...
    bahaya dah nie.,..


    entry terbaru :
    http://solomolo.blogspot.com/2011/04/makin-femes-makin-kedekut.html

    ReplyDelete
  4. thanks for the info..aya kalau sakit jangan bekerja kan...mesti rehatkan diri lah

    ReplyDelete
  5. adahunny: laaa...takpe pasni cube amalkan cara2 utk meningkatkan kecerdasan otak plak

    rina: samela...mmg tensi dgn perokok ni...specially bile terpaksa turun guna tangga..kuar je dr bilik tu terus tudung semua berbau..uhhh

    solo:mmg bahaya ni

    rebe: u r mostly welcome

    beaty: sbb tula gunanya mc...hehehe

    ReplyDelete

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...