April 08, 2011

Petua khas untuk wanita

Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30 adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur. Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah/doa selepas bangun tidur.

Kemudian:-
1. Lakukan sedikit senaman ringan.

2. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk bilikair.

3. Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul.

4. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan sehingga ke atas kepala.

5. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat kerja atau ke tempat belajar.

6. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyumselama 30 saat.

7. Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari.

8. Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut ditinggalkan. Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil.

9. Ketika makan,jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan  diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa.

10. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut.

11. Selepas itu lakukan solat Zohor.

12. Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau  kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar.

13. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti  pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

14. Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran. Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. ! Sebelum tidur, cuci muka dan  berus gigi.

15. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat. 


5 comments:

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...