April 01, 2011

Menangani masalah & konfigurasi PC


Panduan ini akan menjelaskan beberapa punca yang yang boleh menyebabkan ralat pada PC dan cara mengatasinya.

Bagi memastikan PC tidak menghadapi masalah terlalu panas, kelumpuhan rawak dan prestasi, anda wajar memeriksa samada perkakasan dipasang dengan betul. Panduan ini akan menjelaskan beberapa punca yang yang boleh menyebabkan ralat pada PC dan cara mengatasinya. Punca yang dijelaskan di bawah ini boleh menyebabkan PC terlebih panas sekali gus menyebabkan masalah yang berlaku secara rawak. Contohnya, berlaku "reset" secara rawak dan kelumpuhan (PC terhenti beroperasi, paparan skrin biru, dan sebagainya).

MENCEGAH KEPANASAN BERLEBIHAN

Beberapa tips di bawah ini adalah untuk mengelak atau mencegah berlakunya kepanasan yang berlebihan.

1. Pelapik antistatik - kebanyakan papan induk dari kilang disertakan pelapik (foam) anti statik (biasanya merali jambu, putih atau hitam). Apabila memasang papan induk, ada pengguna meletakkan pelapik ini di antara papan induk dan casis, untuk mengelak papan induk menyentuh kerangka casis. Sebaliknya, ia akan menyekat haba dari papan induk, menghalang aliran udara di antara papan induk dan rangka casis. Jika pelapik ini dipasang, PC mungkin lumpuh atau berlaku ralat rawak kerana ia terlebih panas.

2. Kabel longgar - selain kabel bekalan kuasa, kabel data yang digunakan untuk menghubungkan pemacu keras, pemacu optikal, dan pemacu disket juga terdapat dalam PC. Kabel ini wajar dikemaskan dengan menggunakan pengikat kabel dan letakkan ke dalam ruang 5.25" yang kosong untuk menghalang kabel ini menyekat aliran udara dalam PC dan menghalangnya daripada menyekat kipas pemproses (CPU).

3. Penggunaan "thermal grease" - sekiranya menghadapi masalah CPU yang terlampau panas, anda patut memastikan samada "thermal grease" digunakan dengan betul di atas CPU atau mungkin sebaliknya.

4. Kesesuaian reka bentuk casis - semua casis nampak sama, tetapi sebenarnya tidak. Pemproses semasa Intel (Pentium 4 "Prescott" dan terkini) perlukan casis dengan saluran sisi untuk menambah baik aliran udara dari dalam casis PC. Jika saluran sisi ini tiada, PC mungkin menghadapi masalah terlalu panas.

5. Kipas tambahan tersalah pasang - pastikan kipas tambahan itu dipasang pada kedudukan betul supaya ia menghembus udara ke dalam arah yang betul. Kipas di belakang casis mestilah menarik udara panas dari dalam casis ke arah luar. Kipas di hadapan casis mestilah menolak udara dari luar ke dalam casis. Anda boleh meletakkan tangan berdekatan kipas tersebut untuk menentukan arah aliran udaranya. Jika kedudukan kipas tersebut bertentangan, keluarkan ia dari casis dan pasang sekali lagi, dan terbalikkan.

BEBERAPA MASALAH LAZIM PERANTI

Masalah berikut tidak berkait secara langsung dengan terlebih panas, tetapi anda boleh memeriksanya juga.

7. Papan induk longgar - papan induk mesti diskru kemas pada rangka casis. Banyak PC yang mengalami masalah "reset" secara rawak atau lumpuh kerana papan induk longgar apabila meja bergoyang. Ikatan skru papan induk boleh longgar apabila kad tambahan dipasang. Malah, papan induk boleh emelentun (sebab kurang skru pengikat) dan sesetengah papan induk memateri etitik sentuhf pada kerangka casis. Jadi, papan induk mesti diketatkan secukupnya pada kerangka casis dengan beberapa skru pengetatnya.

8. Kabel leper pemacu keras - Jika pemacu keras IDE (seperti ATA-100, ATA-133) masih digunakan, ia perlu dipasang dengan hati-hati. Pemacu keras selari IDE menggunakan kabel leper 40 atau 80 wayar yang biasanya ada tiga penghubung - tengah, dan kedua-dua hujungnya. Pemacu keras mesti dihubung pada satu hujung dan hujung satu lagi pada papan induk. Penghubung di tengah biasanya dibebaskan.

Ada pengguna menghubungkan pemacu keras pada penghubung tengah dan satu penghubung dibiar bebas. Ini kurang sesuai kerana kabel yang diregang akan menjadi antenna, menerima dan menyuntik gangguan (noise) dalam transmisi data, dan kadar pindahan cakera keras akan berkurangan. Selain itu, jika kabel leper cakera keras 40 wayar diguna, anda disaran menggantikannya dengan kabel 80 wayar.

9. Pemacu optikal sebagai "slave" - jika pemacu keras IDE dan optikal (seperti CD dan DVD) dipasang pada port IDE sekunder, tetapkan ia sebagai "master". Ramai memasang pemacu optikal pada kabel sama sebagai cakera keras (pada penghubung tengah yang biasanya kosong) sebagai "slave". Dengan cara ini pemacu keras dan optikal berkongsi fungsi kabel yang sama. Jadi, kedua-dua peranti itu tidak boleh menukar maklumat dengan pemproses sistem secara serentak, lalu mengurangkan prestasi PC.

Elakkan pemacu optikal berkongsi kabel sama dengan pemacu keras. Pasang pada port sekunder IDE pada papan induk sebagai "master" (perlu kabel leper 40 atau 80 wayar). Sekiranya papan induk terkini hanya ada satu port IDE, anda tiada pilihan lain selain memasang pemacu optikal dan pemacu cakera keras pada kabel sama. Jika demikian, anda disaran menggunakan pemacu keras Serial ATA (SATA) untuk membiarkan pemacu optikal sahaja pada port IDE, sekali gus meningkat prestasi cakera sistem.

MENANGANI KONFIGURASI MEMORI PC

Hampir semua PC baru membolehkan memori (RAM) berfungsi menggunakan konsep "dual channel". Di bawah konsep ini, kadar pemindahan memori dikatakan berganda, kerana CPU (contohnya AMD64) atau cip "north bridge" (contohnya CPU lain) mengakses memori pada kadar 128-bit dan bukan 64-bit. Hari ini semua PC baru menerima ciri ini, kecuali yang berasaskan CPU socket 754 dan AMD (seperti Sempron).

Jadi, anda perlu memastikan samada ciri ini diaktifkan atau tidak bagi membolehkan PC mendapat prestasi lebih tinggi. Konsep ini boleh digunakan sekiranya memasang dua modul memori atau genap bilangannya. Contohnya, lebih baik memasang dua modul memori 256 MS berbanding satu memori 512 MB supaya ia menjadi 512 MB. Sekiranya, terdapat satu modul memori sahaja, ciri "dual channel" tidak boleh diaktifkan.

Selain memiliki dua modul, ia mesti dipasang dalam soket yang betul. Ini agak rumit kerana ia bergantung kepada papan induk. Ada papan induk memerlukan modul memori dipasang mengikut turutan (contohnya modul pertama pada soket pertama dan modul kedua pada soket kedua). Majoriti papan induk memerlukan langkauan satu soket (contohnya modul pertama pada soket pertama dan modul kedua pada soket ketiga).

Banyak pembuat menggunakan soket berwama untuk membezakan soket memori, namun tiada peraturan yang tetap di sini. Sesetengah papan induk memerlukan anda memasang dua modul pada soket yang sama wamanya; manakala yang lain memerlukan anda memasang dua modul pada soket dengan warna berbeza. Disebabkan tiada peraturan tetap di sini, sila semak cara pemasangan dengan merujuk manual papan induk.

Terdapat dua cara asas untuk menyemak samada "dual channel" digunakan atau tidak. Pertama, periksa apa yang muncul di skrin selepas PC dihidupkan. Kedua, gunakan utiliti sepesifikasi perkakasan. Jika PC tidak menggunakan "dual channel", periksa apa yang berlaku. Mungkin hanya ada satu modul memori dipasang (patut diganti dengan dua modul atau beli modul lain yang sama dan pasang pada papan induk). Dua modul memori yang ada mungkin tersalah pasang - contohnya modul kedua dipasang pada alur (slot) yang salah.

Anda boleh merujuk skrin selepas PC dihidupkan. Jika memori PC dikonfigurasi di bawah satu saluran, teks "single channel"atau "64-bit mode" akan muncul. Jika sebaliknya, "dual channel" atau "128-bit mode" patut dipaparkan - seperti yang anda kehendaki. Kebanyakan papan induk hari ini memaparkan skrin wama dengan logo besar pembuat papan induk. Jadi, tekan kekunci TAB semasa skrin grafik beralih kepada skrin teks. Skrin ini hanya muncul sekejap, jadi tekan kekunci Pause untuk membaca apa yang terpapar di skrin.

Seperti yang dijelaskan tadi, cara lain untuk memeriksa konfigurasi memori anda ialah dengan menjalankan utiliti spesifikasi perkakasan, contohnya Hwinfo. Pasang dan jalankan program ini dan anda patut melihat PC dikonfigurasi di bawah "single channel" dan "dual channel" (semak bans "Memory runs at"). Seperti yang dinyatakan, jika memori dikonfigurasi sebagai "single channel", anda patut meyemak apa yang silap.

Sumber : Majalah PC Oktober 2006

2 comments:

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...