April 17, 2011

Kebahagiaan

 
pic credit to google

Kebahagiaan manusia ada bila ia bisa membuka mata hatinya, dan menyedari bahawa ia memiliki banyak hal yang bererti dan menyedari betapa ia dicintai. Manusia bisa bahagia, bila ia mahu membuka diri agar orang lain bisa mencintainya dengan tulus...

Kebahagiaan manusia tidak dapat hadir kerana tidak mahu membuka hati, dan berusaha meraih apa yang tidak dapat diraih, terlalu memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ia miliki.

Keegoisan manusia yang menyebabkannya menjadi buta, keegoisan dan hanya memikirkan diri sendiri yang menyebabkan manusia tidak sedar bahawa ia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik untuknya...

Begitu banyak sahabat yang begitu mencintai, tapi kerana terlalu memilih, menilai dan menghakimi sendiri.. justeru sahabat sejati menjadi semakin jauh.. Terlalu memilih sahabat membuat manusia tak dapat menyedari di depan mata ada sahabat sejati yang dikhianatinya....

Setiap manusia memiliki erti dan peranan masing-masing, semua berbeza...tidak ada yang memiliki erti yang sama persis punya peranan  dan kelebihan disatu hal, tidak harus memiliki peranan dan erti dalam hal lain.. dicintai oleh satu orang belum tentu disayang oleh orang lain..

Kebahagiaan bersumber dari dalam diri sendiri, jangan berharap dari diri manusia lain, kerana orang lain dapat mengkhianati. .

Kebahagiaan ada bila bisa menerima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai dan menerima manusia lain..

Percaya kepada Tuhan.. bersyukur bahawa manusia selalu diberikan yang terbaik... sesuai yang diperbuat manusia itu sendiri, Ia akan memberi di saat yang tepat, jika tidak saat ini, masih ada esok hari..

Seperti yang sedang teralami, mendapat suatu cubaan dan kesusahaan adalah jalan untuk melihat kebahagiaan

"menikmati kebahagiaan dalam kesusahaan hati"

3 comments:

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...