November 25, 2015

8th Anniversary GiveAway


Jom join

Tarikh tutup :25.11.2015 11:59 malam.

August 26, 2015

TISHA'S MURTABAK & ROTI PARATHA


Murtabak Tisha's adalah resepi asli Tok Wahab A.Ghaffur Simpang 6 KOMTAR yang sangat terkenal.

Dipek bersama 'complimentary' acar/jeruk bawang + cili padi.

Roti paratha Tisha's sangat lembut & menggunakan 100% susu full cream.

Produk Muslim, diyakini halan & bersih.

Tiada pengawet & bahan perasa.

Nikmati Murtabak Ghaffur & Paratha di rumah pada bila-bila masa. 

Tetamu nak datang ke rumah? 
Murtabak & Paratha Tisha's kan ada..... :)

HARGA:

Murtabak Daging - RM13.00 (3 keping)

Murtabak Ayam - RM13.00 (3 keping)

Roti Paratha - RM5.50 (5 keping)

HUBUNGI : 019-433 1601

August 10, 2015

Rania Turn's 1 GiveAway!

Assalamu'alaikum wrt wbt

Dah lama x join giveaway...kali ni nak try balik tambah bila tgk gift nya ialah ephyra...i like it....


Tarikh tutup giveaway ialah pada 15.8.2015 11:59 malam




July 21, 2015

Raya Raya Raya 2015

Raya kali ni adalah simple yang amat...x jemput ramai utk open hoz cos bulan Sept t b'day amzar....so dah planned utk invite ramai ms bday celebration amzar.

Biskut raya pun sehari seblm raya br sha buat....Alhamdulillah sempatla sha siapkan 4 jenis biskut (samprit, almond london, makmur, cornflakes & butter cake)....& mcm biasa my mom buat muruku

Baju raya Alhamdulillah sha tempah awal tahun ni...so x yah risau nak cr baju raya for me....utk amzar je sha shopping baju raya....shopping with my bff

Kerja baru...office baru...so semangat nak beraya sakan tu mmg kurang....cos x dpt bercuti lama....cuti 1 day b4 raya....lepas raya dah msk keja balik....so sempat raya sampai ahad je la....


1st day raya

menu pagi raya...
nasi beriani
ayam masak merah
udang masak kicap
dalca kambing
sayur yogurt
jus lemonade

walaupun x jemput ramai...but masak tetap masak

 2nd raya ....last house

sempat we all beraya dgn transform....dah lalu kawasan dia...mesti la beraya dgn dia....kalu x merajuk plak mamat sorang tu



 3rd raya....last house

as usual tiap thn wajib beraya dgn my ex collegemate banu....owner restoran makbul penang....kawan yg berhijrah dr kl lepas kawin....so kami la yg kna support dia...cos dia xde sedare kat penang.


sempat amik gambar dgn mini cooper milik banu

4th raya

dah start keja

6th raya

biskut raya dah habis ;p

so tu saje la crita raya thn 2015

April 30, 2015

Amzar oh Amzar

Masa cuti sekolah yang lepas, sha minta la amzar habiskan buku bacaan....sha syorkan buku di bawah ni....berhajat nak amzar hafal pasal Rasulullah SAW

 tapi mamat ni plak...hmm...nak tau dia buat apa

-



-



-


-


-



-



-



-





-



-


-


-
 ni la yg dia buat....

bila kena lecture dgn sha dgn muka bengang dia p amik buku & baca....

nak tau dia baca buku apa?

-




-




-




-



-





-





-




-






-





-






-






-





-

 buku kegemaran amzar....ensiklopedia

panjang juga jasa buku ni....3 tahun

sampai koyak rabak....

ada perumpaan tamil 'paddicci kilichindan'

maknanya 'macamlah dia dah baca buku tu sampai koyak'

see....amzar dah buktikan yg dia dah baca buku sampai koyak :p


Juicing day

last saturday sha ada buat juice....d day before sha borong oranges kat aeon...mana bleh x borong kalau harga sebiji oren hanya 30 sen....sebelum ni asyik dok tgk kwn2 ja dok juicing...now turn sha plak nak try juicing....x byk bahan...sha just amik bahan2 yg ada kat umah sha as long as color combination dia cantik :)



orange + carrot + tomato + ginger + lemongrass + curry leaves + honey

sedap...yummy

nak try lagi juicing dgn pelbagai pilihan lain memandangkan harga buah & sayur2 makin murah

2nd entry 2015

Ada part2 plak... :p

ok ni entry pasal my prince plak...My prince?...mesti ramai yg dah lupa kan?...ok he is my one & only prince for d moment....Amzar Syahmi...entry2 sha sebelum ni byk yg sha cerita pasal dia & In Sha Allah in future gak sha akan truskan cerita pasal my prince ni...at least bila dia dah boleh baca blog, blehla dia tau apa yg mak dia dok bebel pasal dia kat blog ni

Amzar dah 9 years old....di samping sekolah, sha cuba aktifkan amzar dgn aktiviti lain just utk divertkan mind dia dr ipad, tv etc....x nak dia terlalu dgn gadget2...tambahan bila my sis hadiahkan tablet on his 8 years birthday lagi payah mamat ni nak berenggang dari ipad tu....sat2 game sat2 game...berbulu mata sha tgk dia dgn ipad tu....so i decided nak divertkan mind dia

First sha survey pasal tahfiz class....Alhamdulillah dapat but....hmm waktu pagi & sha takde transport nak anta & amik amzar...so cancel...maybe akan daftarkan dia waktu cuti sekolah panjang....then sha cari kafa....kafa sebelum ni amzar mcm xde apa2 improvement ja...dia just p & balik ja...lgpun sha rasa nak fokuskan amzar dgn kelas agama yg lebih mendalam such as tahfiz (practical) & mengaji....cari punya cari finally sha jumpa kelas Al-Baghdadi...Alhamdulillah...apalagi, cepat2 sha daftarkan amzar....so far amzar sronok nak ke kelas ni...In Sha Allah i'll join this class later....yes class ni terbuka utk semua ages...utk kanak2 6 bulan & org dewasa 3 bulan.


Amzar ada belajar archery masa 7 thn but sha terpaksa stopkan amzar cos x dpt curi masa utk hantar dia....but now i send him again to archery class....yes i want him to learn it cos entry sblm ni sha ada crita pasal kebaikan archery dalam entry ni di samping ianya sbg sukan kegemaran Rasulullah SAW....survey punya survey finally dpt ctc no coach yg train bdk2 utk sukan negeri....apalagi trus daftarkan amzar ke kelas tu....walaupun tpt praktis tu jauh dr umah sha but demi anak sha berkorban...as long as dia dpt belajar sukan sunnah Rasulullah SAW.

 bebudak tgh practice utk MSNPP....amzar tgh practice dgn getah :P

After that sha hantar amzar ke kelas taekwando plak....yup sebelum ni amzar p kelas aikido smp dia dapat belt kuning but then sha rasa not worthy plak cos xde championship etc....juz attent d class & practise......so melalui kawan Revert Sports Club sha dapat ctc no master yg train bdk2 utk sukan negeri gak....d next week daftarkan amzar ke kelas taekwando plak.... :)

Last but not least....amzar dah mula gi kelas chess....kelas ni dia sendiri yg minta...actually amzar ada minta nak p class abacus & art but sha rasa abacus mcm x berbaloi...art In Sha Allah i'll send him bila cuti panjang sekolah....

1st day



April 29, 2015

1st entry in 2015

Assalamu'alaikum wrt wbt...

Lepas hampir setahun sha start balik blogging...rasa kekok...ketandusan idea....but mmg tak sabar nak luahkan apa yg berlaku sepanjang sha menyepikan diri dari blogging....

& jangan terkejut dengan template blog yg baru....pic pun byk yg x dpt nak view...geram sgt....but sha malas nak fikir pasal tu.....janji sha dapat share something dgn cepat & without prob :)

For the moment, sha nak crita pasal kisah yg berlaku dgn diri sha dulu...

Kisah pertama

Alhamdulillah sha berjaya tamatkan pengajian degree part time last year.

 my school

 my strength & bffs



Kisah kedua

Alhamdulillah sha dah dapat kerja yang bersesuaian dengan kelayakan... In Sha Allah sha akan join keja baru hujung bulan depan.

Kisah ketiga

Alhamdulillah sha dah mula small catering business and juga sha menjual popia nestum susu & muruku....but around penang je....x terdaya nak gi jauh dari penang....& will open order for biskut raya plak t......+ tolong promote utk kawan yg jual kuih kapit pelbagai perasa & bangkit cheese...bleh la hubungi sha 019-4331601 utk order ya


Kisah keempat

Alhamdulillah sha dah beli rumah pertamaku...walaupun hanya rumah kerajaan yang kecil but for me its my 1st step in investment....In Sha Allah sha berazam untuk membeli rumah yang lebih besar skit utk didiami oleh family sha in future....doakan sha ya

Kisah kelima

Sha mula aktif dengan NGOs...so mmg byk aktiviti luar yg sha kna involve malah kna plan some program utk NGO tu gak...but i love it...dapat berjumpa dengan ramai orang, kenal mereka, belajar dari mereka, etc....i just love it.

Kisah keenam

Alhamdulillah sha dah mula mengajar part time tuition.....utk budak2 sek rendah je...after work...yes mmg sha letih but i love it....suka sembang borak2 dgn budak2....depa kan innocent...ada2 ja hal yg depa borakkan....& sha suka nak ajar smp dorang fhm...rasa mcm satu achievement bila bdk2 dpt buat soalan2 yg sha bg....

so far yg ni je la yg penting yg sha dapat ingat....In Sha Allah sha harap sha akan mula aktif blogging lepas ni

pssst: nak kena buat blog keeping ni


September 21, 2014

Karnival Amal 2014


Jemput beramai-ramai ke Karnival Amal 2014 yang akan diadakan pada 21 September 2014 (Ahad) jam 9.00 pagi - 3.00 petang di Dewan Jubilee Perak, Sungai Dua, Pulau Pinang. Voucher bernilai RM50 satu buku. Hasil jualan akan disalurkan kpd golongan yg kurang berkemampuan. Bantuan anda amatlah dihargai dan insya ALLAH dibalas oleh ALLAH SWT. Boleh hubungi sha melalui umsha83@gmail.com utk dapatkan voucher & utk maklumat lanjut mengenai karnival.


September 05, 2014

pesta tanglung 2014



Sukacitanya Hidayah Centre Pulau Pinang dan MACMA menjemput para Muallaf , keluarga Muallaf, rakan-rakan HCPP serta semua lapisan masyarakat untuk menyertai Pesta Tanglung 2014.

Butirannya seperti berikut:

Tarikh : 6 /9/14
Tempat : Masjid Cina Titi Papan , Jalan Burma , Pulau Pinang.
Masa : 9.00 malam

Perayaan kebudayaan masyarakat Cina ini meraikan konsep harmoni dan bersatu hati di mana ia mengumpulkan sanak saudara dan rakan rakan untuk mengeratkan silaturahim.

Ayuh...ajak semua bermain tanglung sambil menjamu kuih bulan...


SEBARKAN...

August 08, 2014

Puasa Qadha dan Puasa Enam Syawal


Soalan: Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal? Terima kasih.

Jawapan: Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut: Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal. Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun”. (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid).

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya;
mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan?

Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa: ( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي ) Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.) Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan. “Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392].

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat. Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa: “Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. … dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]

Imam An-Nawawi RH berkata: “Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut.

Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud.” [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala: وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133] Wallahu a’lam.

sumber


Amalan Selepas Buang Air


Ular Melilit Kepala orang yang ambil ringan amalan menyucikan kemaluannya selepas kencing atau membuang air kecil. Ini bukan kisah lucu atau artikel lawak jenaka. Islam amat pentingkan amalan kebersihan dalam kehidupan harian.

Amalan Selepas Kencing yang tidak sempurna bukan sahaja menjadikan kita kotor dan najis malah sesetengah ibadah kita tidak sah hinggakan bakal menerima Azab Kubur suatu hari kelak. Amalan Kebersihan dan Islam tidak boleh dipisahkan. Islam cara hidup yang amat mementingkan kebersihan dalam segala aspek. In Sya Allah

Amalan Kebersihan dalam Islam amat Penting. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan segala amal-amal besar dalam ibadahnya. Tetapi jangan pula terlupa dengan perkara-perkara kecil dalam pengurusan hidup seharian. Sememangnya lumrah manusia, selalu lupa terutama mengenai sesuatu yang ringkas dan selalu dilakukan secara berulang-ulang. Oleh itu pesan-berpesan sesama kita amatlah digalakkan dan menjadi satu dakwah seperti Kata-Kata Nasihat Hasan al-Basri.

Berikut ialah Kisah Azab Kubur orang yang mengambil ringan dalam hal kebersihan, dan tidak sempurna amalan menyucikan kemaluan selepas kencing atau membuang air kecil.

Kisah Azab Kubur Ular Melilit Kepala Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata "Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan" Diselidiki amalan si polan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal kebersihan menyucikan kemaluannya iaitu Amalan Selepas Kencing yang tidak sempurna.

Amalan Selepas Kencing untuk Kaum Lelaki

Amalan untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Amalan Selepas Kencing untuk Kaum Perempuan

Amalan untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Islam dan Kebersihan tidak boleh dipisahkan. Semoga entri Amalan Selepas Kencing dan Kisah Azab Kubur Ular Melilit Kepala ini menjadi panduan bermanfaat dan iktibar dalam kehidupan. Firman Allah bermaksud, ..sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya. Surah al-Baqarah, ayat 222.

On the authority of Abu Malik al-Harith bin Asim al-Ash'ari, radiyallahu'anhu, who said, The Messenger of Allah, Rasulullah Sallallahu 'alayhi Wasallam, said: Kebersihan adalah separuh daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.

Riwayat Muslim Berdasarkan Firman Allah dan Sabda Rasulullah saw di atas sangat jelas bahawa Islam dan Kebersihan tidak boleh dipisahkan dan kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubungan dengan kehidupan harian. Orang menjaga amalan kebersihan dalam kehidupan seharian pasti mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat yang berganda. In Sya Allah.

Sebahagian artikel Amalan Selepas Kencing dan Azab Kubur dipetik dari Dr Masitah Adam Fakulti Perubatan Islam.

sumber 

August 07, 2014

I Am back

Assalamu'alaikum wbt...

Dah berbulan sha x update betul2 my precious blog ni..autopublished je post yg sha dah sedia save dlm draft.....yup i know...kekangan masa membuatkan sha kepenatan otak utk mengarang bait2 perkataan di blog kesayangan sha ni...ramai je kengkawan sha yg masih bw blog sha & keep on asking about me & bila nak update crita baru...sorry frens...so update pertama after rehat yg pjg ni sha tujukan khas kpd kengkawan yg concern sgt dgn blog sha.....but frens i did open & read it often only dat, update je kurang, kerap gak sha berblogwalking ke blog2 kengkawan blogger yg dr dulu slalu support sha but bw je la alamat nak tinggalkan komen mmg x la....ntah tetiba rasa berat sgt tangan ni nak mengupdate or mengomen...suddenly...bak kata org mood nak update mmg gone.....maybe minda sha perlukan rehat buat sementara waktu i think....moreover dgn prob yg sha face kat blog ni satu....sha kena taip & upload d html which sha x suka sgt2....dunno wot happened...tetiba sha x leh nak type dgn senang d ruang kosong mcm dulu, kena buka html gak..then kena scroll pakai spacebar....tensi....so keadaan tu membuatkan nafsu sha utk update merudum jatuh...toing....but bg yg add sha dlm fb tau la apa aktiviti sha....ye fb senang sikit...just type then post....upload then post....like, share & post.....but apa pun kebestan update dlm blog ni adalah lain dr yg lain....dlm blog ni kita bleh crita panjang....then bila boring bleh buka balik & baca crita kita ...which sometime terdpt gak crita yg x masuk akal but i njoy it....

theme my blog ni pun dah lama sha plan nak tukar but as i said...idea tu terbantut....then trus terabai dgn theme lama lagi....insya ALLAH dlm proses nak tukar theme bg nampak lebih attractive & sejuk mata memandang....

well dlm masa berbulan x update of cos terdpt byk crita utk sha update....bout my family specially amzar, my raya, my study & of cos my besday yg dah lepas 3 july...mmg byk...insya ALLAH semuanya akan diupdate one by one....for d moment adios amigo....insya ALLAH sha akan ke udara lg dgn crita2 sha yg x sberapa... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...