IKRAM sasar RM1 juta sumbangan Ramadan
KUALA
LUMPUR - Bagi mereka yang ingin merebut amal pahala sedekah dan memberi
makan umat Islam berbuka puasa di tempat yang memerlukan, Rayuan
Ramadhan IKRAM 1433H buat julung kalinya tampil mengumpul sumbangan
untuk mengadakan iftar, sedekah dan fidyah di 15 negara umat Islam yang
memerlukan. IKRAM juga turut bekerjasama dengan Aqsa Syarif untuk
menyalurkan sumbangan Ramadan khusus untuk rakyat Palestin.
“Objektif
rayuan sumbangan ini adalah untuk mengumpul dana untuk menaja program
berbuka puasa dan sedekah di negara atau lokasi umat Islam yang lebih
memerlukan serta menunaikan tanggungjawab membantu umat Islam yang
ditindas, ditimpa bencana, dilupakan dan berjuang di jalan Allah,” ujar
Pengarah Program Rayuan Ramadhan 1433H, Tuan Yaacob Tuan Sof (kanan).
Tambahnya
lagi, program ini diadakan bagi menzahirkan rasa mahabbah dan
keprihatinan kepada umat Islam yang benar-benar memerlukan dan membina
jaringan kerjasama antara IKRAM dan badan-badan bukan kerajaan (NGO)
sama ada dalam dan luar negara.
“Program
ini telah dilaksanakan sejak tahun 1999 (1420H) dan pada tahun lepas
(1432H), pihak Rayuan Ramadhan IKRAM telah berjaya mengumpulkan
sumbangan sebanyak RM500,000 dan diagihkan kepada 100,000 orang
penerima.”
Pada
tahun ini, katanya, program Rayuan Ramadhan 1433H dengan jawatankuasa
dan gerak kerja yang baru telah menyasarkan sumbangan yang lebih tinggi
sebanyak RM1 juta iaitu 200,000 orang penerima.
“Mereka
yang berminat untuk menyumbang dalam Rayuan Ramadhan IKRAM bolehlah
memasukkan sumbangan tersebut ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad
1211-30100-40182 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia.”
Tuan Yaacob berkata, perpindahan sumbangan secara online juga diterima.
“Sebarang sumbangan hendaklah dimaklumkan secara emel kepada rayuan@ramadhan-qurban.orgatau poskan maklumat pembayaran kepada pihak sekretariat sumbangan dalam borang yang disediakan,” jelasnya.
Penyumbang
boleh memberi atau menaja sumbangan kewangan dalam bentuk tajaan iftar
(berbuka puasa) Ramadan, sedekah untuk fakir miskin dan zakat atau
fidyah. Untuk maklumat lanjut, sila layarilaman web http://rayuan-ramadhan.jim.org.my/blog/ dan Facebook Rayuan Ramadhan IKRAM.
Tarikh tutup bagi sumbangan Ramadan adalah pada 20 Ramadan 1433H atau 9 Ogos 2012.
“Pihak
Sekretariat Rayuan Ramadhan IKRAM mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak atau individu yang menyumbang dalam
program ini dan mendoakan semoga Allah memurahkan dan melipat gandakan
rezeki para penyumbang hasil keberkatan sumbangan kepada umat Islam lain
yang memerlukan pada tahun ini,” ujar Tuan Yaacob lagi.
Pada sidang media ini juga diadakan perjanjian bersama antara Sekretariat Rayuan Ramadhan 1433H dengan Aqsa Syarif Berhad.
Turut
hadir pada sidang media itu Pengerusi JK Masyarakat Madani IKRAM, Nahar
Md Nor; Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor;
Setiausaha Wanita IKRAM, Faridah Maludin dan Guru Besar Sekolah Rendah
Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan, Wan Norsiah Wan Abdullah.
15
negara yang terlibat tersebut adalah Sudan, Palestin, Iraq, Pakistan,
Syria, Afghanistan, Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Vietnam,
Indonesia, Mindanao, Selatan Thailand dan beberapa tempat di Malaysia.
IKRAM
yang kini mempunyai 69 cawangan seluruh negara berusaha menjadi
pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang sentiasa prihatin tentang
urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara
hidup Islam.
sumber: email
__._,_.___
No comments:
Post a Comment
1000 of thanks for your comments