May 26, 2011

Petua untuk isteri


1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yg menarik perhatiannya.

2. Lemparkan senyuman yg bermakna. Berdandanlah dengan sempurna. Selitkan jelingan manja.

3. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yg sedih mengharapkan kesetiaan. Janganlah lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dna apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yg bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama 'batin' suaminya dan kedua perut suaminya.

4. Banyaklah membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta2 kerana ini akan menyebabkan suami anda akan berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama2lah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal2 yg mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan ekonomi rumahtangga.

5. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ini patut dilakukan setiap hari, walaupun anda telah beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk melakukan itu semua.

6. Apabila ada saja kesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri2 menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan2.

7. Jadikan amalan untuk menidurkan anak2 anda lebih awal dari masa anda masuk tidur. Amalkan juga tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalm kehidupan berumahtangga.

8. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu anda tetapi tidak sempurna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah padanya. Ini akan meyebabkan ia jauh hati dan merajuk.

9. Jagalah anak2 anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak2 anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak2 anda di depan suami anda , suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yg disayanginya.

10. Selalulah memicit2 dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok2 badannya.

11. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimutlah bersama suami anda. Ciumlah suami anda dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberi pengertian bahawa "hanya kaulah satu2nya kekasihku di dunia ini". Bila anda tidur, sentiasalah menghadap suami anda. Jika pun anda ingin membelakanginya, minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara2 yang baik saja. Itulah tanda anda benar2 mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk bersetubuh dangan anda, layanilah dia walau bagaimana pun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham mengenai keperluan suaminya dari segi sudut seks.Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami merasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda bejima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya lakukan godaan yang halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda2 anda memerlukannya. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedang anda sangap, menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanifestasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkan kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak2 anda dengan baik serta berterusanlah menjalin silaturahim bersama keluarga suami anda. Mudah2an nanti, anda akan menemui suami anda di syurga.

Insyaallah!!!! 


2 comments:

  1. huhu..pesanan yg berguna..terasa diri ini bnyk sgt kekurangan dr segi menjadi isteri yg baik..

    ReplyDelete

1000 of thanks for your comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...