February 21, 2011

perjalanan pergi balik ke kindy

Sejak tukar kindy sha la yang menghantar & mengambil amzar dari kindy....waktu menghantar mmg takde masalah maklumla otw ke keja gak...but waktu mengambil je slalu rush....slalu kejar masa.....yela dah lunch hour...kalu lengah2 mmg tak sempatla....dari town ke gelugor then ke sungai ara pastu ke town balik...tu blum kira waktu pakaikan kasut untuk amzar masa nak amik dia, waktu tunggu my mom turun nak amik amzar kat bawah sambil bawa bekas lunch utk sha (sha takkan biar amzar naik tangga gi umah sorang2 even 2 tingkat je....biarla dia besar skit...slalunya sha akan tunggu sampai my mom turun n amik amzar), traffic lite, jam, panas membahang...uhhh memenatkan....belum kira semput keta kesayangan sha berkhidmat.......uhhh berlemuih ja sha sampai office....sampai je office tepat2 2 then rush nak makan plak....mane tak lapo if rushing macam ni....

even my mom mengofferkan diri nak bawa balik amzar by bus tapi....kesian plak...dahla bus dr sg ara ke gelugor amik masa satu setengah jam...pastu panas plak...tak sanggup den nak bayangkan my mom jalan bawah panas terik, berpeluh juz nak gi amik amzar...pastu balik dgn my mom berkuyup peluh sekali dgn amzar...aduhhh....tulis pun dah bleh terasa azabnye....sha yang gi dgn keta pun tak tahan kepanasan mcm mn my mom & amzar nak jalan dlm kepanasan....so nak tak nak terpaksala sha gagahkan diri gi angkut amzar. 

tapi....

hmm ade tapinya.....

even sha penat sesangat tapi bila tengok amzar tidur lena di sebelah masa sha drive fuhhh perasan lega & nikmat tu memang tak dapat digambarkan....alhamdulillah...

slalunya becok mulut amzar cita apa yang jadi kat kindy....memang jarang sangat dia tidur....kalau dah tidur tu kira amzar kenyang & penatla....my sis selalunya kasi amzar makan tengahari dulu masa sha gi amik dia....maklumla....breakfast kul 10am....dengan main lagi...mestila kelaparan bila jam sampai kul 12....sha plak sampai kindy slalunya dlm kul 115 if tak jam....except friday mmg amzar tak sempat makan tengahari cos sha sampai awal so melantak kat umah je la bersama sha....

so far perkembangan pembelajaran amzar pun ok....amzar dah bleh kenal huruf, numbers, colors & shapes....habis dibacakan satu2 huruf kat signboard tepi jalan & kedai2....then siap diajarnya sha if traffic light color red mak kena stop....if color green mak kena go...if yellow pun mak kena stop tau.....lebih banyak ayat ongputih disebutnya (t sha story dlm entry len)....alhamdulillah....

mmg sepanjang perjalanan menghantar & mengambil sha manfaatkan layan amzar....biar je die nak membecok banyak2 cos lebih banyak dia membecok lebih banyak ilmu yang dia dapat....

walau penat giloss & sakit kaki yang teramat tapi segalanya hilang bila tengok wajah ceria amzar menyambut kedatangan sha....uhh bayar berpuluh juta pun belum tentu sha dapat beli senyuman ceria amzar....yup his smile will always melt my heart....moga ALLAH berikan sha kekuatan & ketabahan utk terus berjuang dalam membesarkan & memberi yang terbaik kepada amzar...ameen

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH


It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value.  We publish below a description of use of water for our readers.  For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:

·         Headache,
·         body ache,
·         heart system,
·         arthritis,
·         fast heart beat,
·         epilepsy,
·         excess fatness,
·         bronchitis asthma,
·         TB,
·         meningitis,
·         Kidney and urine diseases,
·         vomiting,
·         gastritis,
·         diarrhea,
·         piles,
·         diabetes,
·         constipation,
·         all eye diseases,
·         womb cancer and menstrual disorders,
·         Ear nose and throat diseases.

METHOD OF TREATMENT

1.       As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water

2.       Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minutes

3.       After 45 minutes you may eat and drink as normal.

4.       After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours

5.       Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.

6.       The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:
1.       High Blood Pressure - 30 days
2.       Gastric - 10 days
3.       Diabetes - 30 days
4.       Constipation - 10 days (ouch this could be painful)
5.       Cancer - 180 days
6.       TB - 90 days
7.       Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards - daily.
 
This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times. It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life.
Drink Water and Stay healthy and Active.

This makes sense .... the Chinese and Japanese drink hot tea with their meals ..not cold water. maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!!
Nothing to lose, everything to gain...

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.
It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.

Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine.

Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
A serious note about heart attacks: Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting.

Be aware of intense pain in the jaw line.

You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.

Nausea and intense sweating are also common symptoms.

60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.

Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware.

The more we know, the better chance we could survive...

A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can be sure that we'll save at least one life.

 

Faceblog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

 masa BW sha terperasan banner ni....jomla join komuniti faceblog

kepada yang berkenan click DISINI ye

terima kasih

Alhamdulillah dan terima kasih bebanyak kepada semua followers, kak melurjelita dan bro ben ashaari....
sejak entry mengenai blog sha keluar di  melurjelita, melurjelita, melurjelita dan BEN ASHAARI
sha rasakan makin bertambah follower & pelawat ke blog sha

walaupun sha menulis hanya kerana ingin mengabadikan kenangan2 terindah sepanjang perjalanan hidup sha tapi peningkatan follower & pelawat membuatkan sha makin bersemangat kerana at least sha rasa ada juga insan yang berminat untuk mengetahui perjalanan sha....

terima kasih berbilion-bilion kepada kak melurjelita  kerana menulis entry khas mengenai blog sha....sejak sha menjadi readers blog kak melurjelita sha memang begitu meminati gaya penulisan kak melurelita kerana setiap tulisannya mengandungi makna & sentiasa mengheret sha untuk membaca setiap tulisannya...sha rasa tak puas jika tak tinggalkan komen....sebenarnya sha memang tak mengharapkan balasan tapi tindakan kak melur telah membuatkan sha terharu sesangat kerana kak melur telah menyokong & mempromotekan blog sha yang tak seberapa ini...terima kasehhh(dengan gaya alleycats)....jasamu dikenang jua

terima kasih yang tak terhingga juga kepada bro ben ashaari kerana walaupun penyertaan sha tak menepati syarat (follower 1000-1500) tapi bro ben masih senaraikan blog sha untuk tatapan umum & melalui itu follower sha pun bertambah dari hari ke hari...Alhamdulillah

kepada followers sha tanpa anda siapala saya...walaupun blog sha tak sampai setahun lagi tapi terima kasihla yang teramatla kepada yang sudi follow sha....(amboi berucap macam dapat award sedangkan follower baru je 34....hehehe), sha dah melawat blog anda tapi kepada followers yang tak tinggalkan jejak blog anda  sha dah cuba google blog anda tapi tak dapat den nak mencari so tolong tinggalkannya disini supaya sha juga dapat membalas budi anda dengan menjadi follower anda & juga untuk sha menyenaraikan blog anda dalam blog list sha...bagi sha yang terdahulu perlu diutamakan....

untuk menghargai jasa anda sekalian terimala 













February 20, 2011

Mengajar anak menipu

Menipu, kenapa anak menipu dan dari mana ia belajar menipu. Ini satu persoalan yang kita perlu bincangkan bersama dan perlu kita ambil perhatian. 

KENAPA ANAK MENIPU?

Anak mula menipu kerana sebab-sebab tertentu. Di antaranya ialah:
  • Kerana takut tidak diterima (disapproval)
  • Kerana takut menghampakan orang lain, lebih-lebih lagi ibu dan ayah, atuk dan n enek
  • Kerana takut dihukum, dimarahi dan sebagainya

Situasi seperti ini mungkin sering berlaku;
 
“Adi, jangan la menangis sayang. Ibu dan Ayah hendak pergi kerja. Sekarang senyum dan tinggal baik-baik. Emak dan ayah suka dan sayang ada Adi kalau senyum macam ini.”
 
Jika ini diulang setiap kali Ibu dan ayah hendak pergi ke mana-mana sahaja tanpa membawa Adi bersama, Adi akan membuat keputusan;
  • Untuk mendapatkan kasih sayang Ibu dan Ayah, saya mesti berhenti menangis dan senyum.
  • Menangis adalah tanda lemah dan akan menyebabkan ibu dan ayah marah. Dengan itu, saya tidak akan menangis.
Adi tidak menangis lagi sungguhpun kadang kala sebak menahan perasaannya tetapi takut untuk menangis. Dia juga akan memaksa dirinya senyum walaupun ia tidak merasa ingin tersenyum dan dengan ini dia telah mula menipu.
 
Cara yang lebih baik ialah dengan ibu dan ayah menerangkan situasi dengan jelas dan tepat kepada anak
 
“Sayang, ibu dan ayah hendak pergi kerja. Adi kecil lagi dan dengan itu tidak dibenarkan mengikut emak dan ayah bekerja. Adi tinggal di rumah dan boleh bermain, boleh makan, boleh baca buku, dan juga boleh tidur. Nanti, jam 6 atau 7, Insya Allah, ibu dan ayah akan pulang.”
 
Dengan kata-kata begini, ucapkan salam dan ajar anak bersalam dan menyambut ucap salam itu. Cium dan peluk ia dengan khusyuk dan terus pergi tanpa menyebut “Jangan menangis, senyumlah sedikit” dan lain-lain.
 
Mungkin bagi kita, ibu dan ayah, adalah berat untuk meninggalkan anak yang sedang menangis. Anak menangis itu sekejap sahaja, lepas kita pergi, dia akan pulih dan sekiranya orang yang menjaga itu baik, terlatih dan sabar, anak akan terus merasa selamat dengannya.
 
Ibu dan ayah juga perlu membiasakan balik menemui anak secepat yang boleh. Jangan berlengah-lengah ke tempat lain. Jika terlambat oleh sebab perkara-perkara atau situasi yang tidak dapat dielakkan, eloklah menelefon anak dahulu atau memberitahunya sebelum meninggalkannya pada waktu pagi tadi.
 
Jika terlambat, jangan membiasakan membeli barang atau makanan sebagai hadiah untuk menggantikan kita. Jika kita mungkir janji dengan cara yang tidak kita sedari, kita juga telah mengajar anak kita menipu.
 
Situasi seterusnya; “Ain, sayang adik tak?” Ibu bertanya kepada anaknya yang berusia tiga tahun dan meletakkan adiknya yang berusia satu bulan ke atas riba kakaknya. “Tak sayang.” Jawab Ain menolak adiknya. “Eh, berdosa Ain tak sayang adik. Ain mesti sayang adik tau. Adik ini pun anak ibu juga”. Ibu Ain menjawab agak serius dan dukacita.
 
Apabila ini diperkatakan setiap hari dan apabila Ain memahami jawapannya tidak menggembirakan emaknya, dia akan membuat keputusan “saya akan jawab apa yang ibu mahu saya jawab” tetapi di dalam otak kecilnya masih berkata “tak sayang”.
 
Ini bermakna apabila Ain ditanya lagi soalan itu, dia akan menjawab “ Tentulah sayang ibu” tetapi sebenarnya dia belum lagi rasa sayang kepada adiknya dan ini bermakna dia telah mula menipu.
 
Bagaimana pula berhadapan dengan situasi ini.
 
Ain seharusnya telah diberitahu tentang ketibaan adiknya sejak dari dalam kandungan lagi. Ain juga digalakkan bercakap dan berhubung dengan adiknya dari dalam kandungan lagi. Malahan Ain boleh diberi penghormatan bersama-sama mencadangkan nama adiknya. Pendekatan bonding dengan adiknya ini boleh dibuat setiap hari.
 
Sekiranya ibu akan bersalin di hospital atau di klinik, Ain mestilah diberitahu tujuan ibunya ke hospital, di mana ibu akan melahirkan adik serta aan membawa adik itu pulang ke rumah.
 
Adalah baik jika pergi ke klinik atau hospital yang membenarkan suami dan anak-anak lain berada bersama semasa ibu hendak melahirkan anaknya. Dengan cara ini, Ain dapat ditemukan dengan adik barunya, sebaik sahaja adik dilahirkan.
 
Ain juga boleh bersama mengambil bahagian, membuat apa sahaja persediaan untuk menerima adik barunya seperti memilih baju, lampinnya, dan lain-lain lagi. Ain juga boleh mengambil bahagian menjaga adiknya seperti pergi mengambil lampin adik atau membantu menyapukan krim dan lain-lain.
 
Sambil ibu sibuk dengan adik baru, aktiviti Ain membaca, menulis, dan membuat sesuatu mesti diteruskan supaya Ain tidak rasa ketinggalan. Ayah juga perlu memainkan peranan membantu ibu.
 
Sekiranya ibu dan ayah menyediakan Ain sepenuhnya untuk menerima adik, persoalan “Sayang adik tak?” tidak perlu dilafazkan kerana ibu dan ayah sudah yakin Ain sayangkan adiknya.
 
Itu adalah dua situasi harian yang biasa dilalui tetapi kita tidak sedar ianya dapat menanamkan bibit-biti penipuan dalam pemikiran anak-anak. Berhati-hatilah dalam berkata-berkata dalam kehidupan kita seharian kerana mungkin secara tidak sengaja, kita telah mengajar anak kita menipu.



Dato’ Dr. Noor Laily bte Dato’ Abu Bakar
Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak NURY

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...