January 07, 2013

Ganti mykad

Salam....as u all know purse sha kan hilang mse city walk...so d next day sha jpn nak buat ic & mykid....dah lah ramai....lepas sejam menunggu finally no sha dipanggil....bile sha ckp nak ganti mykad yg hilang & tunjuk polis repot, pegawai tu soh sha bayar RM110...wth....bile sha tanya nape bleh die ckp dlm repot sha takde perkataan 'dicuri/diambil/diragut'....dlm repot sha tertulis 'tiada dlm simpanan'.....manelah sha tau...dlm keadaan panik, tension, sedih, serabut etc sha buat repot....lagipun ni la 1st time sha facing hal sebegini...polis tu pun tak inform ape2 kat sha...nak salahkan sape?rase nak sound je mase ni but sha tabahkan hati...

sha informla kat pegawai tu mana sha nak tau kena tulis repot mcm tu...so pegawai tu ckp sha bleh minta kurang ke RM60 cos 1st time...sha kena isi form pengecualian & fotostat segala mak nenek (polis repot)..dimana servis fotostat tak disediakan & sha kena bergegas cari 7 eleven semata-mata nak fotostat sekeping kertas....dah settle amik pic sha dpt mykad sementara pastu sha kena plak gi fotostat blik utk buat mykid (kena fotostat mykad sementara & surat branak anak).....sib baikla mykid free if not mmg mengamukla sha..

sha rasa fed up betul....kita tensi cos kehilangan purse segala....dengan payah nak kuarkan duit dr bank...diaorg plak buat2 tak fhm keadaan kita & minta kita bayar itu ini....sha nak tanya mcm mn plak prosedur nak buat lesen memandu?kena bayar gak ke?brapa?

Tragedi tahun baru 2013

Salam semua...lama tak ke udara ye...bz memanjang je sha sejak kebelakangan ni....bz apa tuuuu? tuuuu t sha update pelan2 ye....now nak cite pasal tragedi tahun baru 2013....

On tahun baru 1.1.2013 tu sha join 'city walk' dgn my bf wani and my spupu merangkap fren cik farah....kami kena ada kat tpt reg di padang kota before 7am...sambil bersiap sambil simpan purse segala dlm beg galas sha....sha ada 2 purse...satu jenis yg betul2 purse, satu lagi jenis wristlet ....slalunya sha simpan purse sha yang ada segala mcm kad d umah or dlm handbag & juz carry wristlet yg sha simpan ic, lesen & some cash je....but nak dijadikan crita on dat day sha terbawa plak purse yg sha simpan segala mcm kad, ic, lesen & cash....even deep inside my heart sha ada rasa tak best bila letak purse dlm beg galas but........sha abaikan je...sha simpan purse dalam tempat yg berjaring di bhg dalam zip depan bag....

sha tak bf cos takut termuntah ke ape maklumla blum penah gi join aktiviti sebegini but wani blikan air kotak susu choc for me kat stesen minyak....smp di pdg kota lepas reg, senamrobik segala kami memulakan perjalanan lengggang lenggok dah namanya city walk of cos kena jalan lenggang ye dak.....city walk ni sepanjang 5km dan melalui 10 station dimana kena amik cop kat setiap stesen tu....sib baik semua stesen tu ada volunteers yg berdiri utk copkan....

 
sebelum bertolak...mafla nak cover air choc yg tertumpah kat tudung
 MULA...kami tak pakai baju 'city walk' cos baju yg dibrikan pd kami adalah gedabak...size XL k...mmg tenggelam

 
dalam pada best menikmati udara pepagi yg fresh tetiba dicemari dgn asap rokok....pleasela..tolongla hormati org lain....nak je gi depan muke die say 'TAK NAK'....geram tul...

Alhamdulillah sepanjang program cuaca adalah sangat cantik....even hujan renyai2 tapi takla smp basah....kira hujan setitis-setitis yg menyejukkan je...

mase tgh berjalan tu sha dah rase pening semacam...maklumla sha kan ade low hb....so singgah kedai bli jus oren....amik teori dlm filem dimana jus akan diberikan kepada org yg mogok lapar....hahaha..pengaruh ...

dah bayar then dlm keadaan nak cepat sha simpan purse kat zip depan...bukan dlm jaring...masa nak simpan balik purse tu pun deep inside my heart dah rasa something wrong......pun sha abaikan

bila dah smp penamat...sha kena berasak utk dptkan sijil & token lucky draw....mmg sesak sgt2


 
wif our cert....

lucky draw nye mmg tak dpt...mmg tak lucky pun hari tu cos smp je keta sha perasan purse sha hilang..omg....mmg tak dpt dibayangkan....slama hidup sha dlm dunia ni 1st time sha facing situasi ni....bergegas sha ke bbrp point sepanjang city walk utk cr balik purse sha kot2 tercicir ke ape but nan ado....

finally ended kat sini.....sha tgh buat repot...mau tak repot...dahla hilang ic, lesen, mykid, ATM card, duit, cash voucher segala....dlm masa yg sama sha call bank utk block kan ATM card sha

ya...nila akibatnya sha abaikan inner sense sha....sha abaikan something wrong yg sha rasakan tu...ALLAH dah brikan petunjuk melalui inner sense sha but sha refused...akhirnya sha yg merana....sha sabarkan hati dan muhasabah diri...

hikmah yg dpt sha simpulkan

1. next time berhati-hati dgn purse & segala dokumen specially bila nak join aktiviti sebegini
2. mmg mykad sha perlu diganti cos cipnya dah rosak....dah byk kali sha faced prob cip tak dpt baca specially bile nk namakan waris di epf office...so keja penting tertangguh
3. cash voucher yg sha simpan bertahun tak guna cos tunggu masa yg sesuai....sepatutnya bile dpt cash voucher jgn simpan, trus gunakan....
4. kad ATM yg dah lusuh....kad ATM lama yg x leh buat debit card...juga tak dpt ditukar cos cip mykad tak dpt baca

so ALLAH hilangkan purse sha utk sedarkan sha specially bab2 yg penting2 ni.....WALLAHU'ALAM...dah bukan rezeki sha....moga ALLAH gantikan dengan yg lebih baik.



December 21, 2012

Penjelasan Mengenai Ramalan-Ramalan Kiamat

 
Akhir-akhir ini masyarakat dunia heboh memperkatakan tentang tarikh berlakunya hari kiamat. Di ruang internet, malahan televisyen, sibuk memperkatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari ini iaitu Jumaat bertarikh 21.12.2012. Maka khutbah pada hari ini akan mengulas berkaitan dengan hal ini.
 
Tarikh 21.12.2012 disebut-sebut, akan menjadi tarikh yang menakutkan kerana pada tarikh inilah, kiamat akan berlaku. Tarikh ini pada asalnya disandarkan pada satu kalendar masyarakat Mayan yang hidup satu ketika dulu di selatan Mexico. Mereka dikatakan menguasai ilmu falak sehingga telah meninggalkan banyak hasil peradaban mereka terutamanya sistem kalendar yang digunakan. Menurut mereka yang mendakwa telah mengkaji kalendar Mayan ini, kalendar ini ia akan tamat pada tahun 2012. Tarikh 21.12.2012 pula ditetapkan sebagai permulaan berlakunya satu perubahan besar pada alam ini dan ia ditafsirkan sebagai kemusnahan alam ini atau berlakunya kiamat.
 
Cerita ini kemudian ditokok tambah dengan kononnya NASA iaitu sebuah agensi angkasa di Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa kemunculan sebuah planet bernama NiBiru yang akan menghentam bumi pada hari ini. Dengan saiznya 20 kali ganda dari planet Musytari ia sebuah planet yang sangat besar. Pada mulanya planet ini dijangkakan akan menghentam bumi pada Mei 2003, tetapi setelah tiada apa pun yang berlaku, tarikh itu dijangkakan pula akan berlaku pada hari ini 21 Disember 2012.
 
Begitu juga dengan sebuah lagi berita yang dikaitkan juga dengan NASA, bahawa bumi ini akan bergelap selama 3 hari, bermula 23, 24 dan 25 Disember 2012. Ini disebabkan berlakunya “Penjajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan berubah kedudukannya berbanding sekarang. Seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru. Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
 
Sebagai seorang mukmin, kita telah diajarkan untuk menapis dan mempertimbangkan segala maklumat yang diperolehi agar kesahihannya dapat disabitkan.
 
Dakwaan pertama yang mengaitkan tarikh kiamat dengan kalendar Mayan sebenarnya timbul dari penafsiran semata-mata. Ini kerana di dalam kalender tersebut tidak menyebutkan pun bahawa dunia ini akan kiamat pada tahun 2012. Catatan di kalendar hanya menyatakan tahun 2012 diletakkan sebagai tahun terakhir dalam pusingan kalender  tersebut. Ini bermakna bagi tahun 2013 ia perlu dimulakan semula pada permulaan kalender seperti mana kalendar-kalendar lain.
 
Dakwaan kedua yang menyatakan bahawa planet Nibiru akan melanggar bumi juga merupakan satu dakwaan yang tidak mempunyai sebarang asas. Jika fakta ini telah disandarkan kepada NASA, pihak NASA telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tersebut. Tambahan pula dengan saiz Nibiru  yang sangat besar iaitu 20 kali ganda saiz Musytari, tidak munasabah sekiranya semua balai balai cerap dan ratusan ribu ahli falak di seluruh dunia tidak dapat mengesan planet ini dengan teleskop mereka. Apatah lagi dengan langit yang terbuka luas untuk sesiapa saja meneropong dan mengkajinya.
 
Dakwaan ketiga ialah berkaitan dengan bumi akan bergelap selama 3 hari, dan berita ini juga disandarkan kepada NASA. Pihak NASA sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan bahawa NASA atau mana-mana organisasi astronomi tidak pernah mengeluarkan kenyataan ini. Penjajaran planet-planet  yang dikatakan akan berlaku juga hanya merupakan khabar angin. Berdasarkan kajian ahli-ahli falak, penjajaran ini tidak berlaku. Apa yang akan berlaku pada 21 Disember ialah matahari akan berada di sebelah selatan pada garis lintang 21 darjah yang menandakan peralihan musim luruh ke musim sejuk, dan ia adalah satu fenomena biasa yang berlaku pada setiap tahun.
 
Berdasarkan beberapa hujah di atas maka dapat kita simpulkan bahawa, berita peristiwa kiamat yang didakwa akan berlaku pada hari ini, Jumaat 21.12.2012 adalah tidak berasas.
Menjadi salah satu dari  rukun iman, untuk setiap dari orang Islam mempercayai akan berlakunya hari kiamat.  Menolak berlakunya hari kiamat akan menyebabkan gelincir iman seseorang tersebut. Namun bilakah akan berlakunya hari kiamat. 
 
Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf : 187 :
 
Bermaksud : “ Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun Yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan dia. (huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk Yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah Engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui".
  
Ibn Kathir ketika menghuraikan ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT mengarahkan Nabi SAW menjawap persoalan bilakah berlakunya kiamat itu dengan menyatakan pengetahuan bilakah kiamat itu hanyalah semata-mata berada di dalam pengetahuan Allah SWT.
 
Begitu juga berdasarkan hadis dari Umar Ibn Khattab r.a, menyatakan ketika Jibril menemui Baginda SAW dan bertanyakan tentang hari kiamat, dengan katanya :
 
Bermaksud : “ Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat? Baginda SAW menjawab : “ Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui dari yang bertanya.”
( Riwayat Muslim: Hadis no 12)
 
Dr. Said Ramadhan al-Buti menyatakan bahawa :
“ Berhatilah-hatilah jika anda mendengar sesiapa yang menetapkan tarikh dan masa datangnya kiamat. Ketahuilah bahawa dia sesungguhnya telah dikongkong oleh kejahilan yang teramat sangat dalam agama.”
Antara pengajaran yang dapat diambil dari artikel ini:
 
1. Selepas ini, pasti akan ada lagi ramalan-ramalan berkaitan tarikh kiamat yang akan tersebar. Namun mempercayainya dan menyebarkannya tanpa kita cermati dan tapisi, akan memberikan kita saham dalam menyebarkan khabar angin. Kiamat yang menjadi rukun Iman kita berdasarkan nas-nas yang jelas, akan bercampur aduk dengan berita-berita yang tidak berasas seperti ini. 
 
2. Berdasarkan sumber al-Quran, Sunnah dan kesepakatan para ulama, kiamat akan berlaku setelah berlakunya beberapa alamat kecil dan besar . Khatib ingin menyeru semua jamaah di sini, marilah kita mempelajari, membaca dan menghayati alamat-alamat yang telah diberitahu dengan jelas dengan sumber yang paling boleh dipercayai dari Allah dan RasulNya dengan penjelasan oleh para ulama. Berpegang teguhlah kepadanya berbanding cerita-cerita mitos dan tahyul yang disebarkan.
 
3. Ketika mana kita sibuk berdebat mengenai tarikh kiamat, adakah kita pernah bertanyakan diri kita, apa yang telah aku sediakan untuk menghadapi hari kiamat? Di samping kiamat besar yang pasti akan berlaku, janganlah lupa bahawa kiamat kecil, iaitu kematian juga sedang rapat mengekori kita
 
Sumber dari :
Ustaz Mohd Faizal Jani,
Pegawai Falak, Jabatan Mufti Perak
http://zarqali.blogspot.com/2012/12/khutbah-adakah-kiamat-akan-berlaku-pada.html#more

December 13, 2012

Apa dah jadi dengan Yahoo

wuaa semua emails sha hilang...apa dah jadi denga Yahoo....mana p my emails, contacts, drafts, folders segala....tak suka...tak suka...

 
kosong je.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...