March 24, 2011

perluke bagi sedekah?

 

korang kenal tak mamat kat pic atas ni?
kalau korang lalu highway sg pinang & stop kat traffic lite depan kilang kain tu mesti bleh tengok dia
slalunye waktu balik keja la...
dia rajin jalan terhenjut-henjut dari satu keta ke keta len minta sedekah
1st time ok tgk cara org minta sedekah macam ni kat negeri kita...mmg teruja bin heran

mula tu sha kesian gak then sha observe dia
tengok gaya dia 
cara jalan
cara dia henjut
expresi muka dia

uhhh dah sah
dia adalah mat g----
henjut tu hanya dibuat-buat ok
tapi yg herannya ada gak yang prihatin bagi sedekah kat die utk memudahkan dia bli najis tu
patutla rajin bebenor dia cari rezeki kat sini
hmm buat malu negeri je
apa beza kita dgn negara2 yang biasa dgn cara minta sedekah macam ni?
majuka negara kita if masih terdapat golongan seperti ini?
 woteva....

sebenarnya memberi sedekah itu adalah pahala tapi...
if duit sedekah yang kita bagi tu digunakan untuk membeli benda2 haram adakah itu dikira pahala or subahat?
kalau kita tau duit kita digunakan utk mengisi perut yang kelaparan alhamdulillah tapi kalau ianya digunakan utk bergelumang dgn najis macam mana?
maknanya kita pun ada share gakla support org2 sedemikian?
betul atau tak?
hmmm


Kenali hati budi seorang lelaki


 pic credit to google

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa.

Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: "Adakah anda cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab "Ya, saya cintakan awak".

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. "Ya, rasa-rasanyalah" B. "Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?" C. "Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak" D. "Penting sangatkah?" dan E. "Siapa, saya?"

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: "Oh, dia ini pasti datang bulan." sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan 'I love you' pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya "Awak yang kuat melayan".

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.


forward email



March 23, 2011

amzar lelakila

last sun balik dari market....
amzar: mak...mai barang tu kat amzar...amzar angkat
sha: barang tu berat la sayang...amzar tak leh angkat
amzar: mak ni...amzar LELAKI la...orang LELAKI yang kena angkat barang
sha: aik...hmm takpala...t amzar besar sikit amzar angkat ya...sekarang amzar kecik lagi...barang ni berat...amzar tak larat nak angkat t...ok sayang?
amzar: laa mak...hmm 


semalam sha tengah sapu bedak utk amzar....
slalunya sha sapu brand len tapi semalam sapu brand len plak....

amzar: mak...bedak apa ni?
sha: baby powder
amzar: apala mak sapu baby powder kat amzar...amzar bukan baby la...amzar LELAKI
sha: oh yeka?...hmm ok


pagi tadi masa turun tangga nak gi keta

sha: amzar mai cepat jalan depan...dah lambat ni
amzar: mak....mak jalan depan...amzar jalan belakang
sha: y?...makla kena jalan belakang...amzar jalan depan
amzar: mak pompuan kena jalan depan...amzar LELAKI kena jalan belakang
sha: ooh ok....tapi mak ni mak amzar....mak selalu kena jalan belakang...anak kena jalan depan
amzar: laa mak...amzar LELAKI la...amzar yang kena jalan belakang
sha: hmmm yela2 



makin besar makin terserlah sifat gentleman amzar...:)

cream hantu

masa sha bawa amzar balik dari kindy.....

amzar: mak...cream ni kita kena sapu sebelum tido kat tangan & badan semua sebelum tido
sha: y?
amzar: baru hantu tak mai dekat kita
sha: hantu? sapa cakap macam tu?
amzar: teacher la

so kengkawan kalau korang tak nak hantu mai dekat masa tido sapula cream ni ye
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


mosquito repellent dipanggilnya cream hantu...waduh


March 22, 2011

amzar ego

baru-baru ni masa sha gi amik amzar, amzar soh bawa keta laju2 cos nak sampai umah cepat cos dia lapar...tak makan lagi
laaa...bukan sepatutnya dia makan lunch ke kat kindy dia

sha: napa amzar tak makan kat school tadi?
amzar: amzar tak nak
sha: y?
amzar diam je tak jawab

hmmm something wrong somewhere..

after a while...
amzar: mak...amzar nak color pencil
sha: aik color pencil kat umah tu tak cukup ka?
amzar: tak cukup...teacher suruh buat homework
sha: hmm ok ...t mak bli

so esok pagi bila anta amzar sha tanye la kat teacher yg slalu sambut amzar nape amzar tak makan lunch
teacher tu jawab tak to cos dia tak jaga bahagian makanan...ok fine

then bila sha gi amik amzar balik ternampak d principle 
& die pun citerla nape amzar tak makan

actually amzar & sorang lagi budak gaduh
ntah pasal ape ntah
so d teacher punished them 
asked them to stand at d corner 
bila time makan teacher panggilla amzar makan
dengan penuh ego amzar cakap tak nak
aduhhhh
kecik2 dah berego-ego
mmg sha tau amzar ada ego sikit tapi tak sangka plak dia buat kat kindy
sabo je la

so otw balik sha cakap kat amzar

sha: mak tak nak cakap dgn amzar lepas ni
amzar: y?
sha: sebab amzar tak jadi good boy kat school
amzar: hmm
sha: sebab amzar tak cakap kat mak apa yang jadi kat school semalam
amzar: hmmm
sha: sebab amzar fight dgn ur fren
amzar: dia yg pukul amzar dulu
sha: kalau dia pukul amzar dulu napa tak cakap kat teacher?
amzar: hmmm
sha: u should tell ur teacher....amzar tak boleh pukul dia balik...its wrong
amzar: hmmm
sha: so lepas ni amzar jangan cakap lagi dengan mak & no color pencil also
amzar terus terdiam & tunduk

so bermula perang antara kami
sha tak layan langsung bila amzar panggil sha
& apelagi nangisla budak ego tu
lantak
 mak yang lahirkan amzar ok
ego mak lagi tinggi...hehehe
ni salah satu cara sha ngajar amzar

sampai umah terus amzar minta maaf & peluk cium sha
then terus janji tak nak buat lagi
good...
sha: sok p school amzar dengar cakap teacher tak?
amzar: hmmmm
sha: amzar pukul kawan amzar tak?
amzar: tak
sha: kalau kawan amzar pukul amzar apa amzar kena buat?
amzar: tell teacher
sha: ok...good boy...sebab ni mak cayang amzar

keesokkan harinya sha tanya kat principle how amzar behave today & d principle cakap he is good boy today...alhamdulillah

balik tu sha blikan color pencil as a compliment

sha: amzar sayang...mak beli satu barang untuk amzar
amzar: apa dia mak?
sha: kalau amzar nak barang tu amzar kena behave sampai mak puas
amzar: laaa....hmm ok la

esok pagi baru sha bagi barang tu...tu pun bila amzar behave ....hehehe
(hal ni tak leh dibuat slalu kang diharap-harap compliment dari kita ja)


kotak color pencil yang koyak disebabkan sifat tak sabar amzar

telah diselotep baik2 oleh maknye yang prihatin



penting ni

ni pun

go go go



pencil color lama amzar yang tinggal ciput...balance tu ntah sesat kat mane

pencil box atas ni dapat masa beli pencil box di bawah ni
so pas dapat pencil color baru lagi bersemangat amzar coloring...alhamdulillah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...