February 28, 2013

10 Most Expensive Flowers In The World

SUBHANALLAH....melihat keindahan dan kecantikan bunga2 ciptaan ALLAH no wonderla ianya menjadi bunga termahal di dunia...

tenang je


Lily of the Valley

 
Gloriosa, Gloriosa rothschildiana

 
Juliet Rose

  
Gold of Kinabalu Orchid

  
Shenzhen Nongke Orchids

 
 Kadapul Flower  

  
Hydrangea, Hydrangea 

  
Lisianthus 

 

17th Century Tulip Bulb 

 

Saffron Crocus 

February 27, 2013

Amalan yang terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

11.  Dalam perjalanan ke kerja kita selalunya tidur/baca majalah/borak jika pergi dgn bas atau menumpang atau mendengar lagu/radio jika dlm kereta. Alangkah indahnya jika masa yang digunakan sepanjang perjalanan tersebut dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk berzikir dan memperingati kebesaran ALLAH.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

February 22, 2013

Tazkirah Jumaat ~ 14

~google~

February 19, 2013

Memanah untuk Amzar

Alhamdulillah dgn susah payahnya sha dah berjaya carikan amzar kelas archery...yup...di penang mmg susah nak jumpa kelas archery specially utk budak baya amzar....even ada sesetengah sekolah yg offer kelas memanah but yg tu utk students diaorg je...sekolah amzar mmg tak offer....memandangkan memanah adalah salah satu sukan kegemaran Rasulullah SAW (sunnah) & mempunyai kebaikan maka gigih gak sha usaha utk carikan kelas ni for amzar....

akhirnya after google by google finally sha dpt no coach yg bleh ngajar memanah melalui ex student usm...Alhamdulillah....so lepas calling2, coach minta amzar dtg for test first nak tgk layakke tak amzar utk trus belajar memanah....pd mulanya d test schedule on jan but memandangkan sha bz dgn xm makanya tukar ke 2 feb plak...even siang test malamnya kelas for me...tak kisahlah...yg penting bhg amzar settle.....

with my bf shazwani kami heading ke lapangan memanah (sori tpt terpaksa dirahsiakan).....dlm masa tunggu coach smp sha perati beberapa budak dtg utk memanah & dlm 5 budak hanya 2 sahaja budak melayu....yg lain chinese malah coach amzar pun chinese gak....hmmm Rasulullah SAW adalah nabi kita...ketua kita....kita yg spttnya tahu & ikut sunnah nabi tapi perasaan sha sedih plus bangga lihat keadaan ni.....sedih cos kita umat Islam yg ptt amalkan jadi makin kurang amalkan sunnah nabi ni...bangga cos agama lain pun sedar hikmah sunnah nabi ni.....adakah sbb susah nak jumpa kelas sebegini? or sebab kita umat Islam lebih terpengaruh nak belajar menda lain? wallahu'alam....kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih.....well berbalik pada story amzar yg sha akan critakan melalui gambarnya.....

 
ready for test....
testnya ialah sekuat & sepanjang mana amzar bleh tarik tali arrow tu....
mmg keras ok...

 
before tarik tali sha tanya amzar 'amzar, can u pull it like ur fren?' sambil tunjuk kat bebudak lain yg tgh tarik tali....lepas diam sat then amzar jawab 'yes i can'...wahh dgn yakin...alhamdulillah...mak doakan amzar pass test ni....

 
tgh amik semangat...dlm masa yg sama dlm hati sha tak berenti berdoa moga amzar mampu tarik tali tu & pass test ni

 
 akhirnya amzar pass....dgn penuh tenaga & semangat amzar tarik tali tu sepanjang-panjangnya even teknik tak betul...

 
Alhamdulillah amzar dah bleh start belajar memanah.....walaupun blum cukup tinggi but kekuatan tangan & tarikan amzar melayakkan amzar utk ikut salah satu sunnah nabi...Alhamdulillah

 
lepas tu coach minta amzar trus practise tarik tali tu....& sha pun amik kesempatan gak cuba tarik...1st time k...tak penah sha tarik tali panah ni...

 
actually sha pun minat gak xp sha kena utamakan amzar dulu...t amzar dah expert t blehla jd sifu utk  maknya plak... :)

lepas dua tiga kali tarik amzar dah mula boring....hahaha sha dah agak...ye amzar mmg cepat boring....& mula ngelat nak tarik tali tu....makanya sha & wani then tinggalkan amzar dgn coachnya cos sha tau slagi sha dekat dgn amzar, amzar akan bermanja.....sha serahkan tanggungjawab ngajar kat coachnya...tak kisahlah if amzar kena marah pun yg penting amzar boleh belajar....

sha & wani round2 skitar kws tu dlm setengah jam then patah balik ke amzar....amzar nampak moody je.....cute plak....penatla tu asyik kena tarik tali....alahai my boy b brave sayang...then sha tanya coach bleh balik tak but coach kata nak bagi amzar try dgn arrow plak...k lagi bagus...

 
amzar try dgn arrow plak 

 
dgn penuh bergaya...

 
nampak macho sgt my boy

 
try & error

 
points

 
kusyuk

dlm pd tu sha amik kesempatan perati bebudak lain memanah....nampak bergaya & tenang je....yup memanah perlukan ketenangan & kesabaran yg tinggi

once amzar dah habis panah semua arrow kena tunggu plak smp rakan lain habis panah then baru bleh p kutip arrows tu...mengajar kesabaran

fees for archery hanya RM30 per month tu pun maintenance fee ja cos amzar kena guna set archery coach....if dah ada set archery sendiri dah tak yah bayar sesen pun...

maybe some think awal lagi utk amzar blajar memanah but for me lebih baik awal cos melentur buluh biar dr rebungnya...ni la masa yg sesuai utk sha mula bentuk personaliti amzar

if tunggu smp amzar besar sha tak yakin amzar nak plih sukan ni....if dia lebih berminat dgn sukan lain t sha tak nak control...lagipun sha nak amzar belajar memanah bukan utk masuk pertandingan apa2...but if amzar nak join pertandingan sha akan happy & of cos akan encourage dia....bg sha at least amzar ada basic memanah & dpt kebaikan melalui sukan ni....pd ms yg sama amzar dpt menzahirkan cintanya kpd Rasullulah SAW cos ikut salah satu sunnah nabi...insya ALLAH

Kebaikan Memanah 

Melatih emosi untuk meletakkan 'target' pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. 

Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.
Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah."- Louis Lord Mountbatten'
sumber

February 14, 2013

Berakhir sudah...

Alhamdulillah lepas 3 minggu fight for intensive + exams akhirnya sha bleh tarik nafas & lepas sikit2...tak leh trus cos masih ada lagi exams yg menanti...apa2 pun intensive kali ni mmg betul2 memenatkan ditambah dgn assgns plus tanggungjawab terhadap amzar....ye...even sha dpt hostel but slama 3 tahun sha intensive sha tak penah stay kat hostel...jus amik kunci then dah bis intensive masukkan balik kunci dlm peti....

byk sgt aktiviti sha sepanjang cuti ni....nama ja cuti but tak rupa cuti cos bz memanjang je....time cuti ni juga la sha peruntukkan betul2 utk settle bbrp hal specially amik lesen, ic, mykid & etc....

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan ALLAH dan berjalan lancar.....t sha cita kemdian ye...anyhow thanks sgt2 kat member2 yg wish & rajin singgah & komen blog sha walau tak berupdate sgt....jasa anda sekalian akan dibalas dgn kebaikkan dr ALLAH swt....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...