December 21, 2012

Penjelasan Mengenai Ramalan-Ramalan Kiamat

 
Akhir-akhir ini masyarakat dunia heboh memperkatakan tentang tarikh berlakunya hari kiamat. Di ruang internet, malahan televisyen, sibuk memperkatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari ini iaitu Jumaat bertarikh 21.12.2012. Maka khutbah pada hari ini akan mengulas berkaitan dengan hal ini.
 
Tarikh 21.12.2012 disebut-sebut, akan menjadi tarikh yang menakutkan kerana pada tarikh inilah, kiamat akan berlaku. Tarikh ini pada asalnya disandarkan pada satu kalendar masyarakat Mayan yang hidup satu ketika dulu di selatan Mexico. Mereka dikatakan menguasai ilmu falak sehingga telah meninggalkan banyak hasil peradaban mereka terutamanya sistem kalendar yang digunakan. Menurut mereka yang mendakwa telah mengkaji kalendar Mayan ini, kalendar ini ia akan tamat pada tahun 2012. Tarikh 21.12.2012 pula ditetapkan sebagai permulaan berlakunya satu perubahan besar pada alam ini dan ia ditafsirkan sebagai kemusnahan alam ini atau berlakunya kiamat.
 
Cerita ini kemudian ditokok tambah dengan kononnya NASA iaitu sebuah agensi angkasa di Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa kemunculan sebuah planet bernama NiBiru yang akan menghentam bumi pada hari ini. Dengan saiznya 20 kali ganda dari planet Musytari ia sebuah planet yang sangat besar. Pada mulanya planet ini dijangkakan akan menghentam bumi pada Mei 2003, tetapi setelah tiada apa pun yang berlaku, tarikh itu dijangkakan pula akan berlaku pada hari ini 21 Disember 2012.
 
Begitu juga dengan sebuah lagi berita yang dikaitkan juga dengan NASA, bahawa bumi ini akan bergelap selama 3 hari, bermula 23, 24 dan 25 Disember 2012. Ini disebabkan berlakunya “Penjajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan berubah kedudukannya berbanding sekarang. Seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru. Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
 
Sebagai seorang mukmin, kita telah diajarkan untuk menapis dan mempertimbangkan segala maklumat yang diperolehi agar kesahihannya dapat disabitkan.
 
Dakwaan pertama yang mengaitkan tarikh kiamat dengan kalendar Mayan sebenarnya timbul dari penafsiran semata-mata. Ini kerana di dalam kalender tersebut tidak menyebutkan pun bahawa dunia ini akan kiamat pada tahun 2012. Catatan di kalendar hanya menyatakan tahun 2012 diletakkan sebagai tahun terakhir dalam pusingan kalender  tersebut. Ini bermakna bagi tahun 2013 ia perlu dimulakan semula pada permulaan kalender seperti mana kalendar-kalendar lain.
 
Dakwaan kedua yang menyatakan bahawa planet Nibiru akan melanggar bumi juga merupakan satu dakwaan yang tidak mempunyai sebarang asas. Jika fakta ini telah disandarkan kepada NASA, pihak NASA telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tersebut. Tambahan pula dengan saiz Nibiru  yang sangat besar iaitu 20 kali ganda saiz Musytari, tidak munasabah sekiranya semua balai balai cerap dan ratusan ribu ahli falak di seluruh dunia tidak dapat mengesan planet ini dengan teleskop mereka. Apatah lagi dengan langit yang terbuka luas untuk sesiapa saja meneropong dan mengkajinya.
 
Dakwaan ketiga ialah berkaitan dengan bumi akan bergelap selama 3 hari, dan berita ini juga disandarkan kepada NASA. Pihak NASA sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan bahawa NASA atau mana-mana organisasi astronomi tidak pernah mengeluarkan kenyataan ini. Penjajaran planet-planet  yang dikatakan akan berlaku juga hanya merupakan khabar angin. Berdasarkan kajian ahli-ahli falak, penjajaran ini tidak berlaku. Apa yang akan berlaku pada 21 Disember ialah matahari akan berada di sebelah selatan pada garis lintang 21 darjah yang menandakan peralihan musim luruh ke musim sejuk, dan ia adalah satu fenomena biasa yang berlaku pada setiap tahun.
 
Berdasarkan beberapa hujah di atas maka dapat kita simpulkan bahawa, berita peristiwa kiamat yang didakwa akan berlaku pada hari ini, Jumaat 21.12.2012 adalah tidak berasas.
Menjadi salah satu dari  rukun iman, untuk setiap dari orang Islam mempercayai akan berlakunya hari kiamat.  Menolak berlakunya hari kiamat akan menyebabkan gelincir iman seseorang tersebut. Namun bilakah akan berlakunya hari kiamat. 
 
Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf : 187 :
 
Bermaksud : “ Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun Yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan dia. (huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk Yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah Engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui".
  
Ibn Kathir ketika menghuraikan ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT mengarahkan Nabi SAW menjawap persoalan bilakah berlakunya kiamat itu dengan menyatakan pengetahuan bilakah kiamat itu hanyalah semata-mata berada di dalam pengetahuan Allah SWT.
 
Begitu juga berdasarkan hadis dari Umar Ibn Khattab r.a, menyatakan ketika Jibril menemui Baginda SAW dan bertanyakan tentang hari kiamat, dengan katanya :
 
Bermaksud : “ Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat? Baginda SAW menjawab : “ Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui dari yang bertanya.”
( Riwayat Muslim: Hadis no 12)
 
Dr. Said Ramadhan al-Buti menyatakan bahawa :
“ Berhatilah-hatilah jika anda mendengar sesiapa yang menetapkan tarikh dan masa datangnya kiamat. Ketahuilah bahawa dia sesungguhnya telah dikongkong oleh kejahilan yang teramat sangat dalam agama.”
Antara pengajaran yang dapat diambil dari artikel ini:
 
1. Selepas ini, pasti akan ada lagi ramalan-ramalan berkaitan tarikh kiamat yang akan tersebar. Namun mempercayainya dan menyebarkannya tanpa kita cermati dan tapisi, akan memberikan kita saham dalam menyebarkan khabar angin. Kiamat yang menjadi rukun Iman kita berdasarkan nas-nas yang jelas, akan bercampur aduk dengan berita-berita yang tidak berasas seperti ini. 
 
2. Berdasarkan sumber al-Quran, Sunnah dan kesepakatan para ulama, kiamat akan berlaku setelah berlakunya beberapa alamat kecil dan besar . Khatib ingin menyeru semua jamaah di sini, marilah kita mempelajari, membaca dan menghayati alamat-alamat yang telah diberitahu dengan jelas dengan sumber yang paling boleh dipercayai dari Allah dan RasulNya dengan penjelasan oleh para ulama. Berpegang teguhlah kepadanya berbanding cerita-cerita mitos dan tahyul yang disebarkan.
 
3. Ketika mana kita sibuk berdebat mengenai tarikh kiamat, adakah kita pernah bertanyakan diri kita, apa yang telah aku sediakan untuk menghadapi hari kiamat? Di samping kiamat besar yang pasti akan berlaku, janganlah lupa bahawa kiamat kecil, iaitu kematian juga sedang rapat mengekori kita
 
Sumber dari :
Ustaz Mohd Faizal Jani,
Pegawai Falak, Jabatan Mufti Perak
http://zarqali.blogspot.com/2012/12/khutbah-adakah-kiamat-akan-berlaku-pada.html#more

December 13, 2012

Apa dah jadi dengan Yahoo

wuaa semua emails sha hilang...apa dah jadi denga Yahoo....mana p my emails, contacts, drafts, folders segala....tak suka...tak suka...

 
kosong je.....

December 12, 2012

12.12.12


December 11, 2012

Order barang

Dah lama sha jadi ahli co direct selling ni...slalunya bila bagi katalog kat cust, mereka akan tulis nama depa kat brg yg depa nak dlm katalog tu...so senangla sha nak bli brg depa t....br2 ni adalah 1 cust yg berkenaan kat brg tu but telah memplagiatkan nama sha utk mengorder brg tu....apa tindakan yg ptt sha amik atas cust tu ye....

nampak tulisan dgn pensel nama sha tu

see
 
tak dpt pen, pensel yg digunakan utk buat homework pun jadila
 
apa yg org lain buat cust ni pun nak buat sama....sabor jela

 ni la cust yg telah memplagiatkan nama sha....

Loading.....

Assalam...

Wah lama benor tak jenguh teratak sha ni....apa khabar readers? hopefully semua sihat2 belaka....sejak kebelakangan ni mmg sha bz memanjang je...as sole proprietor hal dr A-Z dah jd tanggungjawab....so sentiasa cari masa utk segalanya....

1st of all sha sefamily br je sembuh dr prob kesihatan yg lama....demam, batuk & flu....habis my sis, amzar plak kena then my mom & finally me....bila mai kat finalist tu trus jadi lama nak sembuh....amzar pun br 1st time makan ubat bentuk pil....mulanya amzar mcm takut2 but bila sha soh dia sendiri makan & minum air trus amzar dah ok & dah bleh makan sendiri ubat pil lepas tu....sha dulu2 nak makan ubat pil mmg payah....arwah ayah sha kena hancurkan pil tu dgn air kat camca then tambah gula pastu br sha telan...tu pun rasa gak pahitnya...but ALHAMDULILAH amzar jenis yg tak susah makan ubat sejak dr kecil....senang je nak kasi ubat ke vitamin utk amzar....tak yah nak gaduh2...ALHAMDULILLAH ALLAH permudahkan utk sha...

 
ubat pil pertama amzar
 
 
letih
 
 
penat
 
 senyum terpaksa

sejak 3rd year ni rasanya assgn makin bertimbun...& kesemuanya subjects baca & hafal...makanya otak pun kdg2 jadi bengggg ja.....dgn nak kejar dateline (tula buat gi last min)...next month dah stat mid term exam...dah prepare ke sha?...erkkk

persiapan std 1 for amzar....so far sempat register je...shopping mhopping kena curi masa...risau skit dgn test for amzar & mcm mn amzar nak face alam sekolah t...but sha abaikan je...he has to face it...dr situla amzar akan belajar erti hidup...utk test sha dah start soh amzar buat some latihan utk bg amzar biasa dgn corak study std 1 ni...maklumla lani kan semua KSSR....mcm2 sha dengar pasal KSSR ni....dengar pun dah mcm susah inikan nak face....huhuhu....but its good for his future....smp bila nak study manja2....study kat negara2 lain lagi hard dr kita....sha penah stay kat india slama 3 bulan....slama 3 bulan tu sha nampak corak education depa....mmg tough k...kecik2 dah kena buat projek segala but bebudak negara2 tu enjoy ja....stat kelas dr pagi smp ke petang....mak pak p n balik keja skali dgn anak2 depa...kiranya mmg takdala istilah nursery apa semua cos masa budak2 tu adalah di school.....dats y education India ni recognize kat sluruh dunia......hopefully dgn system KSSR ni dpt mengubah pendidikan negara kita t

dah mula survey kelas KAFA + kelas2 lain utk amzar...once dah stat school maka masa amzar akan lebih terisi dgn hal2 yg berfaedah...insya ALLAH

insya ALLAH sha dah plan nak khatankan amzar bulan ni....hopefully semuanya berjalan lancar...yg merisaukan sha is amzar...bleh ka budak aktif tu stay setempat t?...doakan yg terbaik ye utk amzar

rasanya cuti sekolah kali ni amzar cuma spend dgn gi umah kenduri & sedara ja...tak sempat nak bw amzar gi jalan2 luar...maklumla sat & sun mmg penuh schedule...hari2 lain plak bz dgn work & etc...lgpun pas khatan lagila tak leh gi mana....m so sorry amzar sayang...takpa mak dah ada plan terbaik ms cuti thn baru cina t...insya ALLAH

ni baru separuh keja blum gi sha list down keja yg lain....taip pun dah penat...yg sadisnya sha tak leh nak upload pic cos storage dah penuh....wuaaa but ALHAMDULILLAH teringat penah baca pasal prob ni kat blog jujue lopez & kasih aleeya .....makanya gigih mengoogle balik entry tu last2 jumpa link ni http://ogyscloset.blogspot.com/2012/05/tak-bleh-upload-gambar-sbb-album-picasa.html ....apalagi follow la setiap stepnya...hehehe...thanks ya mamagee....mmg terbaik la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...