Allah
s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia
sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan
banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia
yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja
darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta’ala.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita
terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah
dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan
kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh
Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak,
rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan
Allah pada diri manusia yang jarang disedari.
Nama Allah pada 5 Jari Tangan
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha
Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui
penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam,
Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan
Arab, seperti dalam gambar di bawah.
Bilangan Nama-nama Allah Pada Tapak Tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan
melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan
membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di
telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua
nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).
Jari tangan manusia yang normal ada 5.
Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan
dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor,
Asar, Maghrib dan Isyak.
Saluran Udara Pada Paru-paru Membentuk Kalimah Tauhid
Ahli sains telah menemui bahawa
saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah ‘La
ilaha illallah’ (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat
gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja
kalimah Tauhid itu.
Perbuatan-perbuatan Dalam Solat Adalah Simbol Bagi Nama Nabi
Berdiri lurus dalam solat melambangkan
huruf Alif (ا), ruku’ melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan
huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya
membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang
membawa Perjanjian Terakhir.
احمد = ا + ح + م + د = Ahmad
Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu
nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikut sejarah, ibunya Aminah
mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya
Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.
Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu ‘Yang Terpuji’.
“Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam
berkata: “Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah
kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar
gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku,
yang namanya Ahmad (Muhammad)” …… ” (Surah As-Shaaf : Ayat 6)
Otak Manusia Dalam Keadaan Seperti Orang Sujud Dalam Solat
Bentuk otak manusia pun jika
diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang
sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala
yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas
manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah,
menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa
masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan
yang mencipta kita?
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka
tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka
sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar, dan
apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia
menyaksikan segala sesuatu?” (Surah Fusshilat : Ayat 53).
Nama Allah Ketika Angkat Jari Telunjuk Pada Duduk Tasyahhud Dalam Solat
Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat,
adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah
syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa. Dan
perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk
kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.
“Hai manusia, apakah yang telah
memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah.
Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan
menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia
kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.” (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)
subhanallah.. mmg setap kejadian ada kebesaran Allah..
ReplyDeletebetul tu....ALLAH MAHA MENGETAHUI
ReplyDeletesubhananllah...banyak keajaiban yang telah diciptaNYA...ada hubungkait kan?
ReplyDeletesumesakan: of cos....setiap zarah ciptaan ALLAH ada hubungkait...cuma apa hubungkaitnya tu yg kita tak to krn tu adalah rahsia ALLAH
ReplyDelete