June 22, 2012

Tazkirah Jumaat ~ 6

Assalamu'alaikum,
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi -  Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5.. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah "Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.
"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1″
source: email

June 21, 2012

Exams over!!!!!!


June 20, 2012

Yee Sang Halal?

Terbaca dalam satu blog pasal yee sang ni....so rasa berdosa plak if tak share


‘Yee sang’ amat terkenal di Malaysia sebagai hidangan tradisi yang disajikan pada hari Tahun Baru Cina. Banyak hotel, restoran dan rumah2 masyarakat Cina menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk ‘tuah’ untuk tahun berikutnya.

Menurut kepercayaan mereka, ‘Lo Hei’ (melambung yee sang) ialah satu adat resam Tahun Baru Cina yang mana saudara-mara atau rakan-taulan berkumpul di keliling meja lalu melambung hirisan ramuan ke udara dengan penyepit sambil melaungkan ucapan Lo Hei… Lo Hei… Lo Hei… sebagai menandakan bermulanya tahun yang makmur. Secara harfiah, ‘yusheng’ adalah ‘ikan mentah’, namun masyarakat Cina juga menganggap ia melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Sebenarnya Yusheng, yee sang atau yuu sahng ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran, beraneka sos, perasa dan ramuan-ramuan lain.

Ramuan-ramuan biasa termasuk ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, kacang tanah cincang, biji bijan bakar, keropok udang Cina, dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripada campuran lemak haiwan dan sos plum.

Sos dan rencah dalam bungkusan adalah tidak halal.

Tahukah anda bahawa kebanyakan minyak yang digunakan untuk menggoreng keropok dan rencah perasa adalah campuran minyak dari lemak babi, manakala campuran alkohol/arak digunakan untuk kuah/sos. Begitu juga lobak asin adalah awetan dari bahan larangan dan beracun.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl, ayat 114:

فَكُلُوا مِمَّا رَ‌زَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُ‌وا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ﴿١١٤﴾

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.

Bagi saudara-saudara baru Islam, janganlah membeli minyak dan sos siap yee sang dalam bungkusan kecil yang terjual di pasaran, gunakanlah minyak zaitun sebagai penggantinya.

Apa-apa pun berhati-hatilah, janganlah seronok sangat menghadiri jamuan syarikat atau menerima jemputan ‘makan besar’ supaya tidak menjadi ‘kesilapan besar’ kerana mencemarkan darah daging dengan makanan yang subahah dan tidak halal tersebut.

Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis Baginda yang diriwayatkan at-Tirmizi ;
“Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”
.Tolaklah dengan alasan konkrit, baik dan berterus-terang serta ucapkanlah terima kasih kepada mereka yang sudi menjemput itu supaya mereka tidak berkecil hati dan demi menjaga Agama Islam dan keharmonian masyarakat.

p/s: Penggemar makanan Jepun, terutama sushi berhati-hatilah dengan sos wasabi kerana ia diperbuat dengan campuran samada minyak atau lemak babi.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

sumber


No wonder my chinese boss said sushi king is haram even he is not Muslim....itulah hikmahnya berkawan dgn pelbagai agama...gunakan pergaulan itu utk memperoleh manfaat...wallahu'alam....kajilah mentaliti org kafir (salah satunya lindungi makanan vegetarian 100%  xp abaikan makanan org Muslim).....if dlm Malaysia/negara Islam kita terselamat but luar Malaysia/negara Islam?...langkah selamat pilih pemakanan vegetarian saje...insya ALLAH selamat.......thank God smp skrg tak terlintas dlm hati/tekak sha nak makan/merasa sushi...well dari makanan terbentuknya darah & daging...& dari darah & daging terbentuknya keturunan....moga keturunan kita sentiasa dilindungi & diberkati ALLAH swt...

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat ALLAH!

Wordless Wednesday ~ 31


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...