August 30, 2014

Salam Kemerdekaan ke 57


August 22, 2014

Hari berkabung Malaysia


August 21, 2014

senarai nama jenazah MH17



August 08, 2014

Puasa Qadha dan Puasa Enam Syawal


Soalan: Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal? Terima kasih.

Jawapan: Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut: Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal. Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun”. (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid).

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya;
mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan?

Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa: ( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي ) Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.) Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan. “Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392].

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat. Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa: “Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. … dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah.” [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]

Imam An-Nawawi RH berkata: “Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut.

Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud.” [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala: وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133] Wallahu a’lam.

sumber


Amalan Selepas Buang Air


Ular Melilit Kepala orang yang ambil ringan amalan menyucikan kemaluannya selepas kencing atau membuang air kecil. Ini bukan kisah lucu atau artikel lawak jenaka. Islam amat pentingkan amalan kebersihan dalam kehidupan harian.

Amalan Selepas Kencing yang tidak sempurna bukan sahaja menjadikan kita kotor dan najis malah sesetengah ibadah kita tidak sah hinggakan bakal menerima Azab Kubur suatu hari kelak. Amalan Kebersihan dan Islam tidak boleh dipisahkan. Islam cara hidup yang amat mementingkan kebersihan dalam segala aspek. In Sya Allah

Amalan Kebersihan dalam Islam amat Penting. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan segala amal-amal besar dalam ibadahnya. Tetapi jangan pula terlupa dengan perkara-perkara kecil dalam pengurusan hidup seharian. Sememangnya lumrah manusia, selalu lupa terutama mengenai sesuatu yang ringkas dan selalu dilakukan secara berulang-ulang. Oleh itu pesan-berpesan sesama kita amatlah digalakkan dan menjadi satu dakwah seperti Kata-Kata Nasihat Hasan al-Basri.

Berikut ialah Kisah Azab Kubur orang yang mengambil ringan dalam hal kebersihan, dan tidak sempurna amalan menyucikan kemaluan selepas kencing atau membuang air kecil.

Kisah Azab Kubur Ular Melilit Kepala Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata "Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan" Diselidiki amalan si polan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal kebersihan menyucikan kemaluannya iaitu Amalan Selepas Kencing yang tidak sempurna.

Amalan Selepas Kencing untuk Kaum Lelaki

Amalan untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Amalan Selepas Kencing untuk Kaum Perempuan

Amalan untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Islam dan Kebersihan tidak boleh dipisahkan. Semoga entri Amalan Selepas Kencing dan Kisah Azab Kubur Ular Melilit Kepala ini menjadi panduan bermanfaat dan iktibar dalam kehidupan. Firman Allah bermaksud, ..sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya. Surah al-Baqarah, ayat 222.

On the authority of Abu Malik al-Harith bin Asim al-Ash'ari, radiyallahu'anhu, who said, The Messenger of Allah, Rasulullah Sallallahu 'alayhi Wasallam, said: Kebersihan adalah separuh daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.

Riwayat Muslim Berdasarkan Firman Allah dan Sabda Rasulullah saw di atas sangat jelas bahawa Islam dan Kebersihan tidak boleh dipisahkan dan kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubungan dengan kehidupan harian. Orang menjaga amalan kebersihan dalam kehidupan seharian pasti mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat yang berganda. In Sya Allah.

Sebahagian artikel Amalan Selepas Kencing dan Azab Kubur dipetik dari Dr Masitah Adam Fakulti Perubatan Islam.

sumber 

August 07, 2014

I Am back

Assalamu'alaikum wbt...

Dah berbulan sha x update betul2 my precious blog ni..autopublished je post yg sha dah sedia save dlm draft.....yup i know...kekangan masa membuatkan sha kepenatan otak utk mengarang bait2 perkataan di blog kesayangan sha ni...ramai je kengkawan sha yg masih bw blog sha & keep on asking about me & bila nak update crita baru...sorry frens...so update pertama after rehat yg pjg ni sha tujukan khas kpd kengkawan yg concern sgt dgn blog sha.....but frens i did open & read it often only dat, update je kurang, kerap gak sha berblogwalking ke blog2 kengkawan blogger yg dr dulu slalu support sha but bw je la alamat nak tinggalkan komen mmg x la....ntah tetiba rasa berat sgt tangan ni nak mengupdate or mengomen...suddenly...bak kata org mood nak update mmg gone.....maybe minda sha perlukan rehat buat sementara waktu i think....moreover dgn prob yg sha face kat blog ni satu....sha kena taip & upload d html which sha x suka sgt2....dunno wot happened...tetiba sha x leh nak type dgn senang d ruang kosong mcm dulu, kena buka html gak..then kena scroll pakai spacebar....tensi....so keadaan tu membuatkan nafsu sha utk update merudum jatuh...toing....but bg yg add sha dlm fb tau la apa aktiviti sha....ye fb senang sikit...just type then post....upload then post....like, share & post.....but apa pun kebestan update dlm blog ni adalah lain dr yg lain....dlm blog ni kita bleh crita panjang....then bila boring bleh buka balik & baca crita kita ...which sometime terdpt gak crita yg x masuk akal but i njoy it....

theme my blog ni pun dah lama sha plan nak tukar but as i said...idea tu terbantut....then trus terabai dgn theme lama lagi....insya ALLAH dlm proses nak tukar theme bg nampak lebih attractive & sejuk mata memandang....

well dlm masa berbulan x update of cos terdpt byk crita utk sha update....bout my family specially amzar, my raya, my study & of cos my besday yg dah lepas 3 july...mmg byk...insya ALLAH semuanya akan diupdate one by one....for d moment adios amigo....insya ALLAH sha akan ke udara lg dgn crita2 sha yg x sberapa... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...